Genius aulad


Followers

Wednesday, January 1, 2014

Resepi Pavlova Two Layer

Pavlova two layer?? Oooo..baru tahu pavlova yang kelihatan agak tinggi tu yang dibuat dua layer ek. Camner nak buat? Cara nak buatnya sama sahaja cuma adunannya dibahagikan dua bahagian dan dibakar. 


Ida dah try buat yang dua lapis..Menjadi!! hehe..suka! Resepinya sama macam yang sebelum ni. Boleh refer resepi yang sebelum ni kat sini. Untuk resepi yang ni bezanya Ida dapat dua biji Pavlova kecil... 


Bahan-bahan:

  • 4 biji telur (di ambil putih telur sahaja)
  • 1 cawan gula kastor (tapi Ida kurangkan sedikit, sebab tak nak terlalu manis)
  • 1 camca besar tepung jagung
  • 1 camca teh cuka makan
  • 1/2 camca teh esen vanilla 

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak.
  2. Asingkan putih telur dan kuning telur. Ambil putih telur sahaja. (hati-hati jangan bercampur sekali dengan kuning telur)
  3. Putar putih telur hingga berbuih dan kental. (tidak jatuh jika diterbalikkan)
  4. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. 
  5. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata perlahan-lahan adunan tadi. 
  6. Kemudian bentukkan dua biji di atas kertas minyak tadi. Kalau nak bakar sebiji-sebiji secara berasingan pun boleh juga. (Tengokkan masa membakarnya lama untuk masak, so Ida bakar dua sekali gus). Pastikan jarak-jarak sedikit ataranya, sebab ia akan kembang sedikit sewaktu membakar.
  7. Masukkan ke dalam oven dengan suhu 140C-150C dan bila dah nak masak boleh turunkan suhu menjadi 120C. Bakar selama 1 jam 15 minit.
  8. Bila dah masak, jangan keluarkan lagi pavlova tu, buka sedikit pintu oven tu dan biarkan ia sejuk dalam oven seketika (lebih kurang 10 minit).
  9. Sambil-sambil menunggu pavlova masak boleh la sediakan whipping cream dan buah-buahan.

Sebelum bakar: Dua biji camni....

Selepas bakar: Dah kembang sedikit.

Untuk Hiasan

Bahan-bahan toping:
  • Whipping cream (Non Dairy - Bukan Tenusu)-Brand Rich's
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Buah-buahan segar secukupnya 


Cara-cara:
  1. Putarkan whipping cream sehingga kental. 
  2. Masukkan sedikit esen vanilla.
  3. Selepas tu baru ambil sebiji pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah-buahan segar. 



4. Kemudian lapiskan dengan satu lagi pavlova dan sapu whipping cream dan taburkan buah-buahan mengikut kreativiti.

Nampak macam burger pun ada...hehe..
Dapat dua lapisan macam ni. 

Sedia untuk ditabur dengan buah-buahan segar.

Tadaaaa...!! Dah siap..Ini lah hasilnya...Pavlova Two Layer..:)




Bila dipotong nampaklah hasilnya kat tengah-tengah pun ada juga whipping cream dan buah tu. Kat tengah-tengah tu kalau tak nak letak buah pun tak pe. 



Selamat mencuba..=)



No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...