Genius aulad


Followers

Friday, December 27, 2013

Cara Menyimpan Bahan Masakan Di Dapur

Salam...

Cepatnya masa berlalu..hari ni dah Jumaat terakhir untuk tahun 2013. Hmm..bukan tugas kita untuk menentukan peredaran masa ni. Apa yang penting setahun demi setahun usia kita meningkat dan mematangkan kita. 

Okey kita tinggalkan jap pasal ni. Jom kita tengok apa yang Ida buat beberapa minggu lepas. Dah lama....cuma tak de masa untuk terus update kat blog. huhu...Biasa la, busy menjadi suri rumah ni hanya orang-orang yang pernah mengalaminya sendiri je yang tahu. Kan? 

Berbalik kepada tajuk ek.. Bagaimana Ida buat untuk simpan bahan-bahan masakan kat dapur?? Dapur rumah Ida tak de la besar mana pun. Tapi tak kisah la besar ke, kecil ke..janji kemas kan. Mungkin dah ramai yang praktikkan cara ni. Tak pe la, ini just perkongsian tentang apa yang telah Ida buat. 

Selalunya, apa yang terjadi bila kita masuk dapur time nak masak?? Ada tak kita asyik terkebil-kebil mencari bahan-bahan yang nak digunakan? Kat mana letaknya garam, gula, serbuk kunyit dan sebagainya. Tambahan pula apabila encik suami yang masuk dapur nak tolong sekali. Riuh rendah dapur dibuatnya bila suami bertanya yang mana satu serbuk itu, yang mana satu serbuk ini..hehe...

Tapi...lihat ni, apabila bahan-bahan masakan atau rempah ratus dalam keadaan macam ni. Adakah ianya membantu?? Okey..jom kita buat sama-sama.

Thursday, December 26, 2013

Apabila Telatahnya Mengalahkan Orang Dewasa

Lama pulak tak update blog ni. Seminggu balik kampung, busy la sikit. Rindu pulak, bila lama tak melawat blog rakan-rakan. Tak pe la, bila dah ada masa..slowly Ida akan visit blog korang eh...=)

Haa....Okey la..Ini telatahnya si anak bujang Ida sorang ni, Afif. Sekarang ni mungkin peringkat umurnya untuk belajar benda-benda baru di sekelilingnya. Dia gemar meniru apa sahaja yang diperhatikannya. Bila dia tengok orang buat itu, dia nak buat. Bila dia tengok orang buat ini, dia nak buat jugak. hehehe..So, that why kita kene tunjukkan perlakuan yang baik-baik untuk mereka contohi. ceeewahh....

Antara gaya atau aksi yang suka ditirunya ialah bercakap dengan telefon. Adusss.....lucu pun ada bila tengok telatahnya. Mana taknya dia akan bercakap sorang-sorang siap gelak-gelak lagi macam orang dewasa pulak..hahaha..




Tapi, kita sebagai ibubapa kena la awasi anak-anak kita. Takot nanti dia main tekan-tekan, habis ter'dial' nombor telefon dalam contact list telefon tu pulak. Pernah terjadi kat Afif ni. Dia main tekan-tekan then, entah macam mana atoknya kat kampung call back, tanya kenapa telefon tadi. Duk hello,hello..tak de pulak orang jawab. Hmmm..Nasib baik number telefon atoknya. Kalau tak....habis lah..huhu..

Mungkin kanak-kanak lain pun pernah membuat benda yang sama seperti ni kan.  Seronok melayan kereneh dorang, tapi bila time dia sepah-sepahkan barang mainan..fuhh..penat nak mengemas semula. Biarlah kanak-kanak tengah nak membesar katakan =)








Pavlova Dessert - Buah Tangan Untuk Adik

Salam....

Pavlova lagi. Kali ni Ida tak nak share resepi, tapi kalau nak tengok resepi boleh la tengok resepi Pavlova yang Ida dah update kat sini [Resepi Pavlova Yummy!].  


Okey, ini la hasil pavlova yang Ida buat untuk dijadikan buah tangan untuk adik-adik Ida kat Perak. Diorang teringin benar nak makan Pavlova. So, Ida buatkan la sebijik. Sedap Pavlova ni. Sekali hadap je habis. Tak jemu makan.hehe...



Siap masuk dalam kotak nak bagi dorang. Special kan.hehe...Alhamdulillah dorang suka makan. Suka masak bila ada orang yang suka makan ni kan..hehe..


Happy pulak tengok dorang makan. Tak pe la, lain kali boleh buat lagi. =)




Thursday, December 12, 2013

Resepi Red Velvet Cup Cake

Akhirnya dah menjadi Red Velvet Ida. Seronoknya bukan kepalang..hehe... Tapi, kali ni Ida buat Red Velvet Cupcake. Bukan apa, saja nak try cupcake pulak. Senang nak makan, tak payah nak potong-potong.


Banyak jugak resepi-resepi rujukan untuk buat Red Velvet ni. Pening dibuatnya..So, dalam banyak-banyak resepi Ida tertarik dengan resepi Kak Azie (Azie Kitchen) untuk kek, tetapi kuantiti bahan-bahan yang digunakan Ida kurangkan (sebab rasanya Kak Azie buat untuk kuantiti cupcake yang banyak kot). Manakala untuk buat Cream Cheese Frosting pula Ida refer resepi dari Zalin Zalina sebab bahan-bahan yang digunakan lebih senang. Adunan yang Ida buat ni dapat 32 biji cupcake. Cukup la, sekadar untuk buat makan 3, 4 orang je. hehe.. 

Ida bukan pro pun buat kek, tapi resepi ni sekadar untuk rujukan untuk buat next time pulak. Lagi pun resepi ni Ida dah ubah-ubah, tapi still rujuk resepi asal.

Tuesday, December 10, 2013

Makan di Pizza Hut, Wangsa Maju

Salam semua...

Pasal makan lagi. Kali ni kat Pizza Hut, Wangsa Maju. Haa....Restoran fast food lagi. huhu... Untuk pengetahuan semua, Ida bukan la penggemar pizza pun, tapi kali ni just nak tukar selera. hehe....Boring makan kat McD dan KFC so, this time nak makan kat pizza hut pula. Bukan selalu husband ajak makan kat sini tau. hehe...Lagi pun terliur tengok iklan kat tv tu. Pizza dengan keju...macam best je..Ini la orang cakap pengaruh iklan yang berjaya kan...kan..huhu..

Bab-bab menu kat pizza hut ni, memang kiteorang failed la. Mane taknya selalu je susah nak buat pilihan nak makan apa. Normally, bila time nak order..Ida akan tanya pelayan kat situ je. Jenuh la pelayan kat situ kene explain dulu..hehe...Tak pun, kiteorang just pilih 'menu of the day' atau dengan kata lain menu set for special promotion  pada hari tersebut. 

So...Menu of the day kami ialah..Cheesy Bites Trio Seafood Sensation untuk dua orang. Wow..Nama menu pun panjang, nak menyebutnya pun berbelit lidah..hehehe... So, apa yang ada dalam set menu ni ialah, Chessy Bites Trio Seafood Pizza, Mushroom Soup, Garlic Bread dan minuman Mountain Dew. 

Cheesy Bites Trio Seafood Sensation

Monday, December 9, 2013

Cubaan Pertama Membuat Red Velvet

Alahai....teringin la pulak nak buat Red Velvet Kek ni. Macam sedap je..Bukan main semangat lagi nak ber baking ni..hehe... Resepi dah ada, bahan-bahannya pun dah pergi beli. So, apa lagi.... Harum satu rumah bau bakar kek.hehe... Seronok jugak rupanya buat kek ni. Tapi..... malangnya cubaan pertama membuat Red Velvet Cake tak menjadi..huhu...


Sebenarnya Kek Red Velvet yang Ida buat tu bukannya tak menjadi pun, tapi kurang menjadi la sikit. Ada sedikit tak puas hati.huhu... Kata husband, "ok je..sedap ape". haha....

Fresh Blackcurrant Juice

Hai semua...

Gluuurrrp...Teringin benar nak rasa jus buah yang masam manis seperti buah anggur hitam atau blackcurrant ni..


Hmmm.....nikmatnya..:) Terliur plak bila melihat buah anggur segar, bersinar je kulitnya..Dapat rasa jus, buahnya sekali lagi best..kan..kan..

Saturday, December 7, 2013

Resepi Char Kuey Teow Marvelous

Salam...

Menu dinner yang menggantikan nasi, char kuey teow marvelous ni..hehe...Wah..bukan main lagi marvelous nya....sedap betul..:))  Selalunya makan char kuey teow ni kat kedai je. Tapi, kadang-kadang teringin nak makan, Ida masak sendiri je. 


Tak susah pun, cuma kene pastikan memasak dengan cepat dan pantas sebabnya proses memasak char kuey teow ni dalam 3-4 minit sahaja dan pastikan api kuat semasa memasak. Macam chef-chef kat kedai tu masak..hehe....So, make sure semua bahan untuk memasak char kuey teow ni tersedia kat tempat kita masak tu ok..

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

As-Salam


Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour

Thursday, December 5, 2013

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM

Salam..

Murah rezeki HH ni, Alhamdulillah moga limpahkan lagi rezeki yer. Nanti boleh la buat GA macam ni selalu..hehe...

Sebenarnya Ida dah lama follow fb hasrulhassan.com tu. So, alang-alang dah follow..boleh la join GA ni...mudah-mudahan ada rezeki:)

Pemilihan pemenang menerusi Random.org (cabutan nombor bertuah). Tarikh tutup adalah pada 15 Disember 2013.


So, apa lagi... korang yang nak join boleh la klik banner.





Resepi Pavlova Yummy;P

Pavlova oh Pavlova...:) Rasanya ramai yang dah rasa dan dah buat sendiri Pavlova ni kan. Sekarang Pavlova Dessert dah jadi favorite husband pulak. Mana taknya selang dua hari sekali suh buatkan Pavlova ni. Katanya sedap, tak muak macam makan kek, yelakan..ianya bukan kek..dah nama pun dessert.hehe...

Resepi Pavlova ni Ida rujuk kat resepi Kak Ana-Cahaya Cintaku. Mula-mula nak buat risau jugak takut tak menjadi, tapi alhamdulillah menjadi jugak..:) Caranya pun senang je, cuma part nak menunggu masak tu lama..hehe...


Okey, sape-sape yang nak cuba sendiri resepi Pavlova ni boleh la cuba. First time buat ni..teruja sangat..one by one 'snap' photo..hehe..nanti senang korang nak tengok satu persatu langkahnya kan..

Wednesday, December 4, 2013

Percuma Kalendar 2014 Bergambar Sendiri!

Salam...

Hai..Jom Join..
Mana tahu nasib baik dapat kalendar bergambar sendiri ni..:)

Tarikh tutup penyertaan 31 Disember 2013, Selasa, Jam 12:00 malam.

Pengumuman Pemenang pada 5 Januari 2014, Ahad.



Nak Join Klik Banner..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...