Genius aulad


Followers

Wednesday, May 28, 2014

Resepi Daging Masak Hitam Special

Selalunya untuk daging, Ida akan goreng biasa je. Tapi kali ni, Ida nak cuba buat daging masak hitam. Suami Ida memang gemarkan masakan yang berasaskan tumis dan mempunyai kuah yang pekat-pekat ni. 


Daging masak hitam ni sedap dan sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi beriani serta nasi minyak. Resepi daging masak hitam ni sesuai digandingkan bersama acar timun. Emmmm..Sedap...

Tuesday, May 27, 2014

Pembelajaran Anak: Rumah Macam Tadika

Masih terlalu awal untuk Afif yang baru nak masuk 2 tahun ni belajar secara formal. Kanak-kanak peringkat usia ini akan belajar sendiri menggunakan semua benda-benda di sekelilingnya. 


Dek kerana hobi mainannya sebelum ini ialah menulis, so mama sengaja bagi pen/pensil dan buku untuk Afif. Bila dapat pen dan buku dia memamg asyik dan leka menconteng pada buku tersebut. Boleh la, mama memasak lama-lama sket bila time dia bermain buku dan pen ni. 

Buah Keranji dan Pantun

Sebut sahaja mengenai buah keranji, fikiran terus je teringat akan sebuah pantun. Pantun orang tua dulu-dulu sememangnya  tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ianya masih digunakan sehingga ke hari ni.

Sorong papan, tarik papan,
Buah keranji dalam perahu;
Suruh makan, saya makan,
Suruh mengaji saya tak tahu.

Ini pula pantun versi Upin dan Ipin..=)

Sorong papan, tarik papan,
Buah keranji dalam perahu;
Suruh makan, dia makan,
Suruh membaca dia tak tahu.

Sungguh kaya nilai seni bahasa ni kan..=) Berbalik kepada buah keranji ni, sebenarnya Ida pun jarang makan buah keranji. Buah keranji ni adalah salah satu buah yang unik dan jarang dijumpai. 

Thursday, May 22, 2014

Resepi Daging Goreng Kacang Buncis

Boring makan ayam je hari-hari. Kali ni kita tukar menu daging pula. Resepi daging goreng ni sebenarnya simple je. 


Kebetulan lebihan kacang buncis masih ada lagi tersimpan dalam peti ais. So, boleh la guna untuk digoreng bersama daging.

Okey...resepi Daging Goreng Kacang Buncis seperti dibawah ni.

Ragamnya Nak Pakai Stoking

Tak habis-habis lagi cerita mengenai anak mama sorang ni, Afif. Dah la sekarang ni selalu bangun awal. Pagi-pagi dah bangun, sebelum papanya pergi kerja. Bila dia tengok papa pakai stoking, nak jugak dia pakai sama. Soronok dapat pakai stoking papa punya..Aduuhh...


Resepi: Sup Tulang Simple dan Sedap

Resepi sup tulang yang mudah dan simple, yang penting sedap. Resepi ni lebih kurang sama juga seperti resepi yang Ida post dalam entry resepi sup tulang, sup gear box, dan sup tulang kambing

Tapi kali ini, resepi sup tulang yang lebih simple dan sedap. Tulang yang dimaksudkan di sini ialah tulang lembu. Tak kisah la samada tulang rusuk atau tulang yang biasa. 


Ok..Resepi sup tulang mudah dan sedap adalah seperti dibawah.

Slot Akasia TV3: Sinopsis Kerana Terpaksa Aku Relakan

Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan sudah mula ditayangkan menggantikan drama Aku Isterinya di Slot Akasia, TV3. Drama ini merupakan sebuah drama yang diadaptasi dari novel "Kerana Terpaksa Aku Relakan", ditulis oleh Umie Nadzimah. Ia adalah sebuah novel setebal 772 muka surat terbitan Karya Seni.

Drama ini dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Izreen Azminda (Indah Halina), Amar Baharin (Tajul Razin), Syafiq Kyle (Tajul Fahin), Eddy Asfar (Tajun Zahin), Dian P Ramlee (Dato Safiyah), Iqram Dinzly (Inspector Aryan), Ika Nabella (Hasma), Aliza Shadan (Mak Mariah), Nadia Aqilah (Zawati), Hairi Safwan (Yazid), Afzan (Saiful) dan ramai lagi.


Drama bersiri 24 episod ini bermula pada 21 Mei 2014 di Slot Akasia TV3, (Isnin-Khamis) jam 7.00 petang. 

Dari episod pertama menonton drama ini nampaknya memang cerita ni best. Tak sabar nak mengetahui jalan ceritanya. Lagu tema drama ini bertajuk Patah hati (Nadia Aqilah) menjadikan cerita ni betul-betul menarik.

Wednesday, May 21, 2014

Resepi: Kancang Buncis Goreng Telur Hancur

Menu ni adalah menu yang boleh dikatakan sedap dan simple jugak. Untuk mempelbagaikan menu untuk telur boleh la cuba resepi ni. 


Boring jugak selalu makan telur dadar dan telur mata kerbau je kan. So, resepi ni ada sedikit variasi dari menu-menu yang selalu kita masak iaitu dengan menggunakan kacang buncis.


Okey..jom tengok resepi lengkapnya.

Taman Layang-layang: 'Pesta Bermain Buih dan Layang-layang'

Hari minggu, hari untuk meluangkan masa bersama Afif  untuk bermain. Bila pergi ke taman layang-layang aktiviti yang sinonim di sini semestinya bermain layang-layang. Tapi, Afif kecik lagi..mana reti lagi main layang-layang..Hmm...nak main apa yer? 


Taman Layang-layang atau nama lainnya ialah Taman Tasik Metropolitan, Kepong merupakan salah satu tempat beriadah yang sering mendapat tempat di kalangan penduduk sekitarnya. 

Sebelum ini Ida pernah update mengenai Taman Layang-layang di sini dan sini. Kali ni sekali lagi mengenai taman layang-layang iaitu "pesta bermain buih dan layang-layang". 

Tuesday, May 20, 2014

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih


Klik Banner untuk join.

Hadiah-Hadiah Giveaway:

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut;

Tempat Pertama: 1 X RM100
Tempat Kedua: 1 X RM60
Tempat Ketiga: 1 X RM40
Hadiah Saguhati: 5 X RM20

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 04 Jun 2014.


Cerita Makan: Hayaki Kopitiam, Danau Kota

Cerita makan! Nak rasa makanan Kelantan? Haa..Rupanya kat Hayaki Kopitiam ni banyak menyediakan menu atau hidangan dari Kelantan. Hayaki...bunyinya macam restoran makanan Korea je. Bila 1st time dengar sebelum ni, Ida pun fikir ini restoran ala-ala Korea/Jepun..tapi, sebenarnya bukan..hehe...


Bagi penjejak kedai makan dan penggemar menu-menu dari Kelantan boleh la ke sini untuk menikmati hidangan seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi kukus dan beberapa menu-menu sampingan yang lain seperti western food dan sebagainya. 


Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

"Imam Muda" Afif 1 Tahun 9 Bulan

Terhibur melihat telatah anak yang kian membesar. Betul la orang kata, anak sumber inspirasi. Penghibur saban hari takkala meniti waktu. Sedar tak sedar usia kita pun dah meningkat. Afif ketika ni berusia 1 tahun 9 bulan. Dah semakin besar dah. 


Gambar ni sudah lama tersimpan dalam fon. Baru-baru ni baru sempat copy ke laptop. Kanak-kanak seusianya memang cepat belajar, cepat meniru dan cepat mendengar apa yang orang lain buat. 

Friday, May 16, 2014

Hari Guru 2014 Giveaway RM100

Salam..


Selamat hari guru buat semua guru-guru yang pernah mendidik sehingga menjadikan kita sebagaimana kita hari ni. Alhamdulillah. Terima kasih yang tidak terhingga atas jasa dan budi baik guru.

Selamat hari guru juga kepada teman-teman dan rakan-rakan yang juga bergelar guru yang mendidik anak bangsa.

Selamat hari guru buat semua guru-guru yang secara langsung dan tidak langsung mengajar serta mencurahkah ilmu yang berguna. 

Mini GA Cash RM50 by Emas Putih #part3

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3 ini dianjurkan oleh Emas Putih 

Friday, May 9, 2014

Slot Lestary TV3: Sinopsis Romi Cinta Julia

Sekarang ni memang musim drama bersiri best-best. Apa nak buat, Ida pun turut tumpang sekaki...tercongok depan tv nak menonton episod demi episod cerita yang ditayangkan.hehe...Bukan apa, sambil-sambil tengok, sambil-sambil layan kerenah anak bujang sorang tu bermain (Afif). Apa orang kata time ni la nak merapatkan hubungan anak dan ibubapa. Betul tak..Positive thinking okey..=)


So, dari hari ke hari, tak sabar pulak nak tahu ending cerita Romi Cinta Julia ni. Rata-rata sinopsis yang Ida tengok semuanya sekerat je. Nak tahu sinopsis penuh kene la tengok cerita ni sehingga ke episod akhir, kan? 

Cerita ni best jugak la bagi Ida. Drama 13 episod ini mula bersiaran 27 Februari 2014 yang lepas dan ditayangkan setiap hari Khamis, Jam 9:00 malam, di Slot Lestary TV3. Ia merupakan sebuah drama arahan Kas Roshan dan dibintangi pelakon-pelakon seperti Syarul Ridzwan, Aisya Hasnaa, Aidil Aziz, Leez AF4 dan dibantu oleh Isma Daniel, Aida Aris, Mahmud Ali Basha, Mia Ahmad, Maria Farida ramai lagi.

Sekarang ini lagu tema drama ini (Wanita Sempurna dinyanyikan oleh Ning Baizura) sudah mendapat tempat dikalangan peminat-peminat drama bersiri ini.

Apapun jom layan sinopsis drama ni..=0

Slot Samarinda TV3: Sinopsis Masihkah Ada Cinta

Selepas satu...satu drama best yang menyusul sekarang ni..hehe..Ida turut ambik port untuk menonton drama bersiri Masihkah Ada Cinta ni. Nampak menarik sangat sebab ianya dilakonkan oleh para pelakon yang best-best seperti iaitu Amar Asyraf, Nabila Huda, Fouziah Gous, Shah Iskandar, Elizad Sharifuddin, Dato’ Jalaluddin Hassan dan ramai lagi..(Suke!!)


Drama yang menggantikan drama 'Anugerah Terindah' sebelum ini juga merupakan sebuah drama bersiri yang mempunyai 18 episod terbitan produksi Rashbir Media dan sutradara Rashid Sibir dan nukilan skrip oleh Panel Opera Klasik.

Ianya mula ditayangkan di slot Samarinda TV3, mulai 8 Mei 2014 pada setiap hari Rabu dan Khamis, pada jam 10.00 malam

Pos Hadiah Simple 1st Giveaway Blog Kisah Kita

Salam..

Di pagi hari Jumaat yang penuh dengan kerahmatan dan barakah ini, kita masih lagi menghembuskan nafas pinjaman dari-Nya. Marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur dan berdoa semoga segala tugasan kita berjalan dengan lancar.  


Ok..Sebut mengenai hadiah untuk dipos ni, sebenarnya dari semalam lagi Ida dah packing siap-siap hadiah-hadiah Simple 1st Giveaway Blog Kisah Kita. So,  pagi ni cuma tunggu pejabat pos buka untuk pos hadiah.hehe..(haa....terharu tak,terharu tak..huhu).

Tuesday, May 6, 2014

GA cuci lemari by mamamursyid.blogsport.com

Salam..


 Siapa nama anak? - Mursyid
 
 Apa pekerjaan? - Guru & Suri rumah

TARIKH TUTUP PENYERTAAN 
16 MEI 2014

Saturday, May 3, 2014

Senarai Pemenang Simple 1st Giveaway Blog Kisah Kita

Assalamualaikum w.b.t...

Saat dan ketika yang di tunggu-tunggu telah pun tiba. Sebagaimana yang telah dijanjikan Ida akan umumkan pemenang-pemenang yang bertuah Simple 1st Giveaway Blog Kisah Kita.

Pemenang yang bertuah akan dipilih dengan bantuan random.org mengikut senarai no. 110 orang perserta pada [Senarai Peserta Simple 1st Giveaway]. Diharap ianya adil dan memuaskan hati semua peserta yang join. 

Memandangkan ini adalah GA yang pertama yang anjurkan sendiri, Ida percaya ianya tidak boleh lari dari pelbagai kekurangan dan kedaifan. Pandangan dan comment korang amat lah dialu-alukan bagi membantu memperbaiki untuk next GA pada masa-masa yang akan datang. InsyaAllah...ada rezeki, boleh la buat GA lagi..=)

Kepada para pemenang tahniah diucapkan dan bagi yang kurang bernasib baik mungkin ini bukan lagi rezeki dan jangan serik untuk join GA lagi selepas ini kerana yang penting ukhwah antara rakan-rakan blogger adalah hadiah yang amat bernilai=)

Pemenang akan memenangi hadiah-hadaih sebagaimana [Senarai hadiah] berikut. So, tanpa membuang masa lagi jom kita tengok pemenang-pemenang GA ni. Pemenang-pemenangnya adalah:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...