Genius aulad


Followers

Saturday, January 6, 2018

Pesta Penang 2017: Bercuti ke Penang

This trip was actually on Dec 2017. Kebetulan hujung-hujung tahun macam ni kat Penang ni memang ada pesta yang dipanggil Pesta Penang. Penangan Pesta Penang ni ya Allah...camner nak cakap, korang google la sendiri [pesta penang]. heheh.....


This time dari Perak rumah adik ke Penang juga tengok adik-adik. Berniaga kat sana. Time ni memang dorang semua sibuk denga Pesta Penang ni. Memang heaven bagi dorang sebab time ni semua jualan masyuk wey...ramai sangat orang. Macam kami lah, sanggup datang dari luar negeri ke Penang. Perghhh..=)

Friday, January 5, 2018

Best Ever Holiday! Bercuti ke Lost Wold of Tambun

Baru berkesampatan nak upload photo masa bercuti ke Lost Wold of Tambun. Ya Allah..This is very joyful trip setakat ni, bawa anak-anak. Dorang happy sangat. Pasal tiket masuk dah lupa, korang boleh la google untuk yang up to date info. Tapi serius agak mahal la...rasa hangin jugak kalau tiket mahal-mahal tapi tak best kan..By the way rasa berbaloi la mahal pun sebab memang best you all.. tak rugi pun sebab memang anak-anak enjoy habis..

Mula-mula pilih nak datang sini ada survey jugak, rata-rata semua bagi feedback yang memuaskan. So, that why decide untuk bawa anak bercuti kali ni ke sini. 



Korang kalau nak ke sini baik ceduk info banyak-banyak dulu tau..sebab nanti tak de la macam rusa masuk kampung bila ke sini. Ok, Lost World Of Tambun ni terletak di Ipoh, Perak. Tempat ni sangat luas, dan kalau nak pergi better pergi pagi-pagi lagi tau. Kawasan dia ada theme park, beach, dan zoo. Haa....mana tak menarik kat sini kalau nak bawak anak-anak memang sesuai sangat la. Anak-anak boleh main dan explore sampai penat tau dorang. 

Tuesday, January 2, 2018

Bercuti ke Perak: Pengalaman Naik Cruise di Taman Tasik Taiping

Perak, Taiping. Taiping Perak. Ulang-ulang benda yang sama..hehe....Sebenarnya kami ke rumah adik di Kamunting, Perak. Bila dah keluar jalan-jalan di Taiping tu, kami selalu la ke Taman Tasik Taiping ni. 


Just a short trip..huhu..sebab keluar pun dah tengah hari..keluar makan, lepas tu tak tahu nak pergi mana so bawak anak-anak jalan-jalan ke sini. Cantik kawasan di sini pokok-pokok merendang dan Tasik! 

Monday, January 1, 2018

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

Teringat dulu masa husband kene demam denggi masak Sup Ketam Nipah. Sedap sungguh bila masak ketam, tak kira la menu masakan apa sekali pun. Tapi kalau nak lebih menyelerakan ketam buat masak cili api. Perrggh..sedap betul.   

Tapi kali ni bukan Ketam Nipah..banyak bintik-bintik. Rasanya Ketam Bunga la kot..hehe... Urrmm..sedap, jom tengok cara simple untuk Masak Lemak Cili Api Ketam!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...