Followers

Thursday, November 21, 2013

Mencari Susu Untuk Anak Sembelit

Sejak Afif minum susu formula sepenuhnya ni macam-macam la..cirit birit la, sembelit la..haduiii....macam mana ni?? Ada sesiapa yang ada experience tak? Dah banyak tukar-tukar susu untuk mencari susu yang paling sesuai untuknya. Orang kata selalu tukar-tukar susu untuk anak tak elok jugak kan. Tapi nak buat macam mana, kesian tengok dia susah nak buang air besar ni. Kalau nak buang air besar sampai mengigil-gigil, berpeluh-peluh dan menangis. 

Dah faham sangat tanda-tanda dia nak buang air besar sekarang ni. Keadaannya yang gelisah semacam, ke hulu, ke hilir dan tak selesa bermain. Kadang-kadang dia akan pusing meja makan kat dapur tu 2, 3 kali round sebelum mendapatkan mama dan memeluk mama kuat-kuat dan mengigil-gigil untuk buang air besar. Sampai berdarah tau..err..Kesian bukan...?? 

Bukannya tak pernah bawak berjumpa doktor, malah 2,3 kali dah pergi klinik. Nasihat doktor supaya jaga pemakanan. Banyak diberikan makan serat seperti buah-buahan dan banyak minum air masak. Semua tu dah buat untuk Afif. Minum air masak? Hmmm...dah berbotol-botol air masak dia minum sejak dia mula aktif bermain. Dia memang kerap minum air pun. Sengaja letakkan botol air masak tempat dia bermain, sebab dia dah pandai minum sendiri. Sampai la last-last kita perasan air masak dia dah habis...huhu.. Doktor ada juga bagi ubat lembutkan najis. Ok la, ianya membantu proses buang air besar, tapi sampai bila nak bergantung pada ubat tu kan. So, bila dibawa berbincang, kami decided nak tukar susu Afif ni. Mana tahu ada susu yang sesuai.


Susu first yang Afif minum ialah susu Anmum ni (yang newborn) . Sejak kecil lagi sebenarnya Afif minum susu ni bergilir-gilir dengan susu badan. Mula-mula tak de masalah. Bila dah masuk 1 tahun dan fully minum susu formula dah mula sembelit.


Mungkin susu Anmum tak sesuai. Jadi kami cari susu yang berunsurkan buah-buahan sket. Kami try susu Dumex mula-mula yang Dupro kemudian Dugro yang buah-buahan tu. Sama jugak, tapi sebaliknya pulak jadi sebab dia dah mula demam-demam dan cirit-birit. Mungkin susu ni juga tak sesuai dengan Afif. Ada yang mengatakan susu ni agak 'panas' jadi tak sesuai. Tapi ia bergantung pada kanak-kanak jugak la. Ada yang sesuai ada yang tak. 


Jadi, atas cadangan ramai..katanya susu Enfagrow A+ ni elok. So, kami beli la susu ni walaupun agak mahal. Lama jugak Afif stay dengan susu ni. Siap tukar ke perisa vanilla lagi. Dia suka. Kalau diberi 1 botol susu besar pun habis dia minum. Sedap rasa vanilla kan. Tapi sembelit jugak. Tapi time ni kami dah campurkan pemakanannya dengan betik la, minuman yogurt, vitagen dan macam-macam lagi. Apa je orang cakap untuk hindarkan sembelit kami akan cuba. Masalah sekarang ni, susu Enfagrow ni pun tak sesuai untuk menghindarkan sembelit Afif ni. Kami tak kisah susu ni mahal ke apa, janji boleh hindarkan masalah sembelit Afif ni. Nampaknya kene tukar susu lagi. 


Dari pengalaman anak rakan-rakan, katanya susu Lactogen ni elok untuk kanak-kanak sembelit. Survey yang dibuat kat internet pun sama. Ramai yang cakap susu ni elok untuk sembelit. Jadi kami beli susu ni pulak. Susu ni murah je, tak mahal mana pun. Tak kisah la, janji sesuai dengan Afif dan boleh hindarkan sembelitnya. Masalahnya tak ada perubahan jugak. Susu ni rasanya agak kurang sedap. Eerrr..rasa dan baunya macam ape ek..tak tau nak cakap. Selera minum susu Afif automatik drop. Sebotol susu kecil pun dia minum tak habis. Satu kotak pun tak habis minum susu ni. Belum sempat nak beli kotak yang ke-2, kami tukar susu lain.


 

Survey mama ke atas setiap susu ni diteruskan lagi. Rata-rata dalam internet, ramai jugak ibu-ibu yang anak-anak mereka mempunyai masalah yang sama. Ada yang suggest kan susu Novalac IT Grow ni. Susu ni susu khas untuk kanak-kanak sembelit. Ada macam-macam specification untuk susu ni, untuk cirit-birit, untuk sebu dan macam-macam lagi la. Jadi kami beli susu ni pulak. Susu ni lebih mahal dari susu Enfagrow tau, maklum la susu untuk berubatkan. Susu ni, tak semua tempat yang ada. Kat farmasi, dan pasaraya-pasaraya tertentu je ada. Kat Pasaraya Giant ada, kat Manjaku ada kot. Tapi itu pun, time kami nak beli, kadang-kadang dah habis la, apa la...susahnya nak beli susu ni. Atas nasihat advisor susu ni kat pasaraya Giant, boleh cuba susu ni untuk 2-3 pertama. Bila sembelit dah ok, boleh la tukar susu lain. Jadi ini la susu Afif yang seterusnya. Lama jugak stay dengan susu ni dalam sebulan lebih jugak. 

Keputusan?? Hasilnya ok la, ada perubahan sedikit. Sedikit je. Bila buang air besar tak berdarah, najisnya pun macam lembut sedikit. Tak berketul-ketul macam dulu lagi. Tapi Afif kurang gemarkan susu ni. Dia minum sikit-sikit dan lambat habis. Bila dah dekat sebulan minum susu ni, sembelit Afif macam lebih kurang je, kadang-kadang berdarah..kadang-kadang tak. Dia akan buang air besar 2 kali sehari setiap 3-4 hari. Kali pertama najis yang agak keras, najis yang kedua cair sedikit. Tapi proses buang air besarnya pulak 3-4 hari sekali. Haduii...Rasanya kene tukar susu lagi ni. Lagipun susu ni macam kurang DHA untuk tumbesaran. Harganya pun mahal, maunya melayang hampir RM80 seminggu untuk susu ni sahaja. Sebulan dekat RM320. Haiii...Rasanya tak boleh teruskan dengan susu ni. Sebab mahal dan hasilnya pun tak berapa memuaskan jugak.


So, lastly kami decided nak beli susu Friso Gold, berdasarkan hasil survey dari pamphlet dan nasihat adviser susu ni. Semua adviser susu recommend yang bagus-bagus untuk melariskan jualan susunya kan..hehe...tapi entah kenapa memang tertarik dengan susu ni. Rasa macam susu ni bagus dan sesuai untuk Afif. Susu ni sesuai untuk proses penghadaman. Ianya bagus untuk kanak-kanak yang cirit-birit. Kandungan DHA nya pun tinggi jugak. Jadi kami beli susu ni dan sampai sekarang masih lagi dengan susu ni. Harganya pun berpatutan, dalam RM40-50 satu tin. Harga berbeza-beza disetiap pasaraya. Tapi paling best bila ada promosi. Hari tu kat Carefour kami dapat dengan harga RM37.90 je. Kat pasaraya Giant pun selalu ada promosi.


Okey, letak tepi pasal harga, janji susu ni sesuai dengan Afif. Nampaknya Afif suka dengan susu ni, rasanya sedap. Sembelit Afif masih ada lagi. Tapi, sekarang dalam 1-2 hari dia akan buang air besar sekali. Okey la kan. Sepanjang dia minum 1-2 tin ni, kadang-kadang ada jugak la dia buang air besar ok dan tak sembelit dan kadang-kadang je sembelit. Harap-harap ini la susu last untuk Afif. Malas dah nak tukar-tukar susu ni..=)




* Credit to Google untuk sumber photo susu =)

45 comments:

  1. As salam akk,artikel ni lama dah..mcmana aliff sekarang ni sembelit lagi ker? Kesian kan kalau budak2 sembelit,ti ank ke 2 hrtu sembelit..sekarang tak dah..salam perkenalan akak,jemput singgh kat blog saya..natrah4ever.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wksalam..skang dah ok sket..sbb bila dia dh besar dia dh makan mcm2..so, kurang sembelit. akak banyak bagi dia minum air soya, nampak cam membantu..

      Delete
  2. Anak saya asalnya minum friso step 3. Bila buang air besar, macam cirit sbb sgt cair. Tp dia xsakit perut pun. Pastu tukar ke anmum. Mula ok najisnya sampailah berbulan2 tiba2 sembelit. Sama kes mcm anak puan. Skrg tukar balik kpd friso. Hari pertama, kembali cair. Tapi lepas tu sembelit balik. Xtahu dah nk buat mcm mana. Lactul pn xmembantu.

    ReplyDelete
  3. Lactogen sesuai untuk sembelit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun tgh mcari susu yg sesuai utk bayi yg kerap sembelit ne.ank sy skg sthun da.xtau nak pilih susu yg sesuai utk sembelit.da 3x tukar susu.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Sy tgh mcari susu ya sesuai jg utk bayi kerap sembelit ne.umr bru stahun kerap sgt sembelit.klu btul susu lactogen ne sesuai utk sembelit.rasanya bole la d cuba

      Delete
    4. Sy pakai susu enfalac smpi sethn then pakai dutch lady, lama jg pakai ok je, then sembelit lak da, pki lactogen 3,tp sembelit jg, try dugro fruit n veg, still menangis nk berak..

      Delete
  4. Anak sembelit memang risau kan.. dulu anak saya pun selalu sembelit.. tapi sekarang dah tak.. Alhamdulillah..

    Salam perkenalan.. jemput lawat blog saya..

    http://syuhada-wahi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. assalamuaalikum
    banayknya susu yg bertukar tukar
    tak mengapa.. janji si comel sihat
    kasih ibu berkorban nyawa
    kasih ayah hingga ke syurga
    sis boleh ambil MEALSHAKE,,, Sangat bagus. anak saya tak pernah sembelit...lelah pun hilang

    jemputlah ke blog saya.. selamat berkenalan

    ReplyDelete
  6. bby sy skrg dah umur 2 tahun pon ade masalah sembelit. Mak mertua ade suruh bagi tepung susu yg mengandungi byk Prebiotics sbb bagui utk rawatan sembelit kanak-kanak. Ade siapa yg blh recommend brand tepung susu yg byk Prebiotics???

    ReplyDelete
  7. x pernah dgr susu formula yg ade prebiotics pon tp ape yg saye tau adlah susu formula membolehkan kanak2 menjadi lbh pintar dn x pernah dgr bleh selesaikan masalah sembelit bb
    sembelit biasa berlaku apabila bb x ckp minum air dn tk makan serat yg cukupi
    mengekalkan system penghadaman yg sihat utk elakkan masalah sembelit
    ape yg saya buat adalah paksa bb minum byk air dgn makan byk buah2an

    ReplyDelete
  8. Saya tahu banyak supermarket ada jual susu tepung yg ada Prebiotic la mcm Mamil dari Dumex.. Ibu bapa kalian boleh bagi anak yg ada masalah sembelit cuba formula ni selama 7 hari, saya pun dapat tahu dari kawan yg jenama ni mcm best utk bayi yg sembelit. Jadi saya pun bagi anak umur 4 tahun cuba, skrg anak pun tak nangis lagi.

    ReplyDelete
  9. Nestle NIDO ... pun salah satu product yang okie.. je...

    ReplyDelete
  10. @Yen Hou Fu

    Mamil lagi baik la, tapi best Frisco Gold.

    ReplyDelete
  11. Apa2 pon sebagai mak bapak yg bertanggungjawab kenalah pilih tepung susu yg ade pasaran hati2. Pilihlah yg sesuai utk anak2 yg ade masalah sembelit, bukan semua tepung susu pon boleh rawat sembelit anak2 kalian. tepung susu yg ade dikenali ramai lagi baik, jgn lah pilih yg murah sj utk jimat wang tu.

    ReplyDelete
  12. rasanya Mamil berkesan tak utk rawatan sembelit kanak-kanak?? Sbb sy sudah tukar byk formula tapi masih sama je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kut.~ tp mamil sedikit

      Delete
    2. anak i pun sembelit...tak tau susu mana nak bagi...

      Delete
    3. Sama dah guna sembelit.. Pakar yg suggest tu.. Dah berdarah pulak.. Dah beli lactogen 3 tp nak try friso la rasanya

      Delete
  13. anak I pun sembelit..last week baru jumpa doctor bagi lactul okay la..boleh perak tapi masih keras juga apa milk yg sesuai ye...I hr ni baru bagi dugro fruits n vege tp dia macam tak suka je

    ReplyDelete
  14. Anak sy baru 3 bulan pun kene sembelit. Siang di rumah pengasuh minum susu dutch baby, tp bila dgn saya sepenuh nye breast feed. 4 - 5 hari baru nk berak. Kesian tgk nye. Menggigil gigil dan berpeluh peluh. Tp anak sy kerap kentut.. Ada tak ape ape cadangan?

    ReplyDelete
  15. Kalu dah umur 2yrs..susu fresh, anak saya settle masalah btahun sembeliy je kjny? Beli fresh milk yg dkat tmpat sejuk tu ..susu
    lembu ata kmbing asli fresh

    ReplyDelete
  16. Anak sembelit memang kesian , anak saya pun pernah terjadi . kesian sangat. tapi sekarang Alhamdulillah dah ok dah , tak bagi ubat-ubat pun .. tapi saya amalkan semulajadi jom baca selanjutnya di http://butiksihatcomel.blogspot.com/2015/07/8-sebab-meal-shake-penting-untuk-anak.html

    ReplyDelete
  17. Anak sembelit memang kesian , anak saya pun pernah terjadi . kesian sangat. tapi sekarang Alhamdulillah dah ok dah , tak bagi ubat-ubat pun .. tapi saya amalkan semulajadi jom baca selanjutnya di http://butiksihatcomel.blogspot.com/2015/07/8-sebab-meal-shake-penting-untuk-anak.html

    ReplyDelete
  18. baru tahu rupanya ramai ibu bapa yang ada anak sembelit. jadi sy xkeseorangan la..trima kasih d atas pkongsian. anak sy minum enfa dr umur 6 bulan. kdg sembelit kdg2 berak cair. bagi sy usus mereka yg belum matang. jadi sama2 ikhtiarkn yg terbaik..selalu buat teknik 'Bertanya Allah Dahulu). in shaa Allah anak xsembelit lg..

    ReplyDelete
  19. susu merupakan salah satu punca anak tidak berak berhari2. ada budak yg tk blh hadam protein susu itu. bkn salah susu, tp sistem imun bdn setiap org adlh berbeza. anak sy, cth nye. sblom ni, mmg dia alah pd smuabjns tenusu sbb eczema. tp, mggu ni sy beli susu full cream dutch lady utk sy dan abgnya. tp dia mnum. smggu tk berak. dan eczema dia naik dgn.truk. bila sy buat research, ada org yg tk mmpu nk hadam protein susu. najis akan jd jelekit dan byk mukus. so now, sy stop mmbeli susu. sbb anak sy mmg slps 2 thun umurnya, sy tdk pnh berikan apa2 susu formula krn dia alah pd tenusu dan daging. daging jgk pnca kpd sembelit. doc suggest kan, bg jus buah dan air masak sahaja. byk lg sumber klsium dpd sayur. bkn hnya pd susu semata2. keju pun anak sy tk blh hadam.

    ReplyDelete
  20. Ank sy umo 14bulan...msa awl2 bg susu enfalac dlu ok tp skrg sembelit pulak...da bg mkn mcm2 buah...sayur2 hijau tp sama jgk...da buntu...susu mne yg bgs...blh suggest x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum...
      Try pergi Giant (setakat ni kat situ je saya jumpa) cari susu nama Weany Promex.
      Anak saya juga seperti empunya blog. Dr semahal2 susu hingga murah ini plg sesuai.

      Delete
  21. Assalammualaikum

    Terima kasih atas perkongsian �� sy nak share petua dr allahyarhamah bidan sy. Kalau anak sembelit puan2 boleh cuba urut perlahan2 perut anak & di belakang tulang punggung. Urutlah dlm 5 minit inshaaAllah dpt elakkan sembelit. Amalkan stiap kali lps mandi. Cubalah :)

    ReplyDelete
  22. Salam..baby saya skang 2 bulan.xde la sembelit teruk sgt tp kdg2 berak tahi keras.kesian tgok die meneran.bg susu anmum.prnh try susu s26 tp nmpk mcm x ok.now nk try lactogen plak sbb ramai share lactogen ok. Btw,nk share tips if baby susah berak,bole try myk mustajab nona roguy utk urut perut.kakak ipar try die ckp berkesan.

    ReplyDelete
  23. Salam sis...sy nk tnya y friso gold ni ader perisa vanilla ker..sb ank sy minum y vanila jer..sy google ckp ader y vanilla p bika tgk kat tin xda mention pun perisa vanilla

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang takde vanilla.tapi rasa dia sedap.anak u mesti suka.

      Delete
  24. Salam sis...sy nk tnya y friso gold ni ader perisa vanilla ker..sb ank sy minum y vanila jer..sy google ckp ader y vanilla p bika tgk kat tin xda mention pun perisa vanilla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.

      Delete
  25. Anak saya 2 bulan...susah la nk berak...susu dh byk dh tukar...frisogold ni ok ke utk anak sy 2bulan..5hari skli bru berak...nan dah bg,lactogen dah,dupro soy pn dah,now ducthbaby,jadi mcm ruam2 kt perut dia plak...

    ReplyDelete
  26. Dengan mengamalkan susu kambing utk kanak kanak, masalah sembelit akan hilang. Ini adalah kerana susu kambing adalah susu yang paling hampir sifatnya kepada susu ibu dan mempunyai kandungan vitamin dan antigen yang serupa dengan susu lembu malah lebih baik. Ramai sudah mencuba dan mengakui kebaikan susu kambing Premium ni. untuk info lanjut sila ke
    https://www.facebook.com/owgoatmilkpower

    ReplyDelete
  27. Dengan mengamalkan susu kambing utk kanak kanak, masalah sembelit akan hilang. Ini adalah kerana susu kambing adalah susu yang paling hampir sifatnya kepada susu ibu dan mempunyai kandungan vitamin dan antigen yang serupa dengan susu lembu malah lebih baik. Ramai sudah mencuba dan mengakui kebaikan susu kambing Premium ni. untuk info lanjut sila ke
    https://www.facebook.com/owgoatmilkpower

    ReplyDelete
  28. Salam, baby sy 4months pun lately ni kena sembelit. seblum ni minum similac neosure, skrg try s26. jarang2 berak 4-5 hari camtu. tgh mencari susu yg sesuai jugak. kesian tgok dia neran pastu nanges

    ReplyDelete
  29. salam ...cuba try pediasure ..susu sedap ..untuk tumbesaran .... mmg ok klu minum...anak pon x de sembelit.... tapi yang x tahan nya ..mahai sgt la .. 1.6kg pon dah 160++

    ReplyDelete
  30. Ank sye pon same . Da cube mcm2 susu . Akhirnye sye da jmpe susu yg sesuai . Alhamdullilah da tak sembelit . Berak die da normal .pagi sekali . Petang sekali . smpai skrg setia jek da ngn susu nih . MAMIL DUMEX STEP3 . Ni untuk ank umur 1-3tahun . Biasenye sye akn bg ikut sukatan 5scoop .air 6.5oz . .sape yg masih mncarik bole cube susu nih .hrge nye pon berpatutan .kalau 1tin dlm RM83 lebih la .tgok tempat jugak .

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...