Genius aulad


Followers

Saturday, November 16, 2013

Resepi Tomyam Campur

Belum habis lagi resepi masakan tersusun dalam draf ni.huhu..Tak pe, Ida akan update satu-satu k. Kalau dulu Ida dah update resepi tomyam ala thai, sekarang ni resepi tomyam campur pula. Bahan-bahannya hampir sama, cuma ditambah dengan lauk-lauk ala-ala tomyam seafood gitu. 

Resepi asal dah lupa dah amik kat mana. Time nak masak je tengok resepi jap. Belek-belek. Pastu dah lupa dah tengok kat mana. huhu....Walau apa pun, cara memasak tomyam ni terpulang pada kreativiti sendiri, yang penting rasanya yang memuaskan. Betul tak...=)




Resepi Tomyam Campur (pekat) .

Kisarkan:

  • 1-2 biji tomato (untuk pekatkan kuah sket)
  • 2 biji bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • Cili padi untuk pedas

Bahan-bahan:

  • Sedikit ayam
  • Sedikit udang
  • Sedikit sotong (jika ada)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 ulas bawang merah (dipotong kasar/belah 4)
  • 1/2 bawang besar (dihiris)
  • 2 batang serai (ketuk/hiris serong)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 1 inci lengkuas (diketuk)
  • 2-3 sudu tomyam paste
  • 1 sudu asam jawa (adabi Xtra)
  • 2 helai daun limau purut
  • Sedikit air perahan limau nipis 
  • Garam, gula secukup rasa
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Sayur campuran


Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan merah sehingga naik bau.
  2. Masukkan tomyam paste, asam jawa, daun limau purut,lengkuas dan serai. Tumis seketika.  
  3. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi biarkan mendidih. Masukkan ayam, gaul sekata dan tutup periuk untuk seketika.
  4. Kemudian boleh tambah air yang cukup untuk kuah. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan udang dan sotong. 
  5. Selepas tu, perlahankan api, masukkan sayur campur.
  6. Tambah garam dan secukup rasa. Masak seketika.
  7. Akhir sekali masukkan bawang besar dan tomato. 
  8. Dah siap dan sedia dihidang.








No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...