Genius aulad


Followers

Tuesday, November 19, 2013

Resepi Cendawan Goreng Sos Tiram....Sedap...

Kalau sebelum ni, Ida masak nasi goreng cendawan, kali ni nak kongsikan resepi cendawan goreng sos tiram pulak. Bukan apa...cendawan yang hari tu banyak lebih lagi , so buat je la resepi ni pulak. 



Resepi ni sedap di makan dengan nasi putih ataupun bagi penggemar-penggemar cendawan... nak ratah pun sodap jugak..=) Terdapat banyak brand cendawan tiram dipasaran. Ida guna cendawan tiram kelabu ni. 


Hmmm...menyelerakan bukan...Okey..tanpa buang masa jom kita tengok resepinya. 


Resepi Cendawan Goreng Sos Tiram

Bahan-bahan:
  • 1 paket cendawan tiram 
  • Sedikit putik jagung (dibelah memanjang)
  • 6-8 ekor udang (serderhana besar)
  • 1/2 biji bawang besar - hiris kasar
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 biji cili api (diketuk)
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3-4 biji lada hitam (diketuk)
  • Sedikit tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Serbuk perasa secukupnya


Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak. Kemudian tumiskan bawang putih dan lada hitam sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, dan sedikit air. Biarkan mendidih seketika.
  3. Tambahkan air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuahnya agak pekat-pekat sedikit.
  4. Kemudian masukkan udang, cili dan putik jagung. Tambah garam dan serbuk perasa. Biarkan putik jagung dan udang agak masak sedikit.
  5. Akhir sekali baru masukkan cendawan dan kacau sekata. Padamkan api. 
  6. Siap dan sedia dihidang



Rasanya sedap dan mengancam sekali. Terasa manis air udang dan putik jagungnya...Pergghh...Cukup menyelerakan =)


Selamat mencuba...


5 comments:

  1. Suka makan cendawan nie..semalam baru buat sup cendawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..sup cendawan blm buat lagi..nnti nak try buat sup cendawan pulak=)

      Delete
  2. cendawan goweng sdp...mne2 cndwn ltk kt sayur mmg laju je mkn..cndwn butang ltk kt spageti fuhhh mantap..=)

    ReplyDelete
  3. Sedap, sudah try masak tadi. Cuma x letak cili sebab mkn dgn anak2.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...