Genius aulad


Followers

Saturday, October 18, 2014

First Segmen Bersama Sara Liyana


Salam...Hai2..

Salam perkenalan Sara Liyana dan rakan-rakan. Bagus segmen ni. Harap-harap income dari Nuffnang melimpah ruah...:)

Jom support segmen ni sambil tambah income tabung en.Nuff dan kalau ada rezeki boleh juga merasa menang hadiah...Wow!!

Hadiah

Wang tunai RM 50 ( Seorang)
Topup RM 5 ( 5 orang ) 

Clik Banner Untuk Join!

Tarikh tutup penyertaan adalah 14.11.2014

Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Ayu

Untuk Join Sila Klik Banner.

Assalamualaikum..Hai..Salam kenal.

Jom join Segmen Blogwalking Bersama Cikgu Ayu.
Tinggalkan link korang untuk Ida follow kembali. Terima kasih...:)

Friday, October 17, 2014

Resepi Nasi Ayam Simple ala KFC

Untuk memasak nasi ayam, selalunya menggunakan air rebusan ayam, manakala ayamnya pula akan digunakan untuk membuat lauk (ayam) mengikut cita rasa, dan lebihan air rebusan ayam pula akan dijadikan sup.  

Untuk resepi ini, Ida memerlukan stock ayam. Ianya mudah dan senang didapati di mana-mana pasaraya. 

Berbeza dengan penyediaan ayam ala KFC ni, ia adalah lebih mudah dan senang berbanding dengan nasi ayam biasa. Resepi ni Ida 'main' olah mengikut cita rasa sendiri sahaja. Lagipun Ida memang suka menu nasi ayam bersama ayam goreng di KFC tu. 


Walaupun rasanya tetap tidak sama, tapi rasanya ianya lebih berbaloi apabila memasak sendiri di rumah. Ok.....kalau sesiapa ingin mencuba, boleh la cuba yer...Resepi serba ringkas dan senang Nasi Ayam Simple ala KFC. 

Thursday, October 16, 2014

Resepi Nasi Goreng Cina Simple

Kali ini Ida nak masak simple je. Nak buat nasi goreng je. Nasi goreng yang paling simple, iaitu nasi goreng cina. 


Kenapa agaknya dipanggil nasi goreng cina ek?? Mungkin orang yang mula-mula dulu masak nasi goreng ni adalah orang Cina atau mungkin jugak kerana sayur-sayur campur (mix frozen vegetable) yang digunakan kot. Rasanya nasi goreng lain tak ada mix frozen vegetable macam ni kan. 

Itu kelebihan-kelebihan nasi goreng yang terdapat kat Malaysia ni, ada kelainan dan rasanya yang tersendiri. 

Bagi Ida, nak masak nasi goreng cina ni teramat la senang. Bahan-bahannya pun tak banyak. Tapi untuk resepi ni Ida tak menggunakan mix frozen vegetable pun, Ida just gunakan carrot yang di potong-potong dadu. Tak de la macam mix frozen vegetable tu yang mempunyai campuran carrot, jagung dan juga kacang hijau. 


Sebab tu la, resepi kali ini di namakan Nasi Goreng Cina Simple! Ok, nak resepinya seperti di bawah.

Resepi Roti Gulung Sosej Goreng

Pernah dengar tak roti gulung sosej atau hotdog?? Ida lebih gemar menggunakan perkataan 'sosej' berbanding 'hotdog'. Roti gulung sosej ni lebih kurang sama dengan roti gulung sardin, ini kerana sosej juga boleh digantikan dengan inti sardin.  


Roti gulung sosej ni sedap dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan atau pun sebagai hidangan pada waktu petang. Ianya sedap dimakan bersama sos chili dan juga mayonis. 

Resepinya sangat mudah. Ok, kalau nak cuba boleh tengok resepi Roti Gulung Sosej Goreng seperti dibawah. Resepi ni special sket, ada gambar step by step..:)

Wednesday, October 15, 2014

Dinner di Restoran Anna Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan

Sebelum ni Ida dan family sudah ke Kuantan untuk bercuti, namun lebih kurang seminggu kemudian kami ke Kuantan lagi atas urusan kerja suami. Bertolak dari rumah mertua di Terengganu, kami terpaksa bermalam di Kuantan sementara menunggu urusan kerja suami selesai sebelum menuruskan perjalanan balik semula ke Kuala Lumpur. 


Penat kian terasa dari hari membawa ke minggu kami asyik travel sahaja. Tapi, orang kata menyelam sambil minum air, sambil-sambil tu boleh la bercuti. Boleh kenal tempat baru dan boleh mencuba makanan yang popular di sesuatu tempat . 


Tuesday, October 14, 2014

Bercuti dan Beriadah: Tarikan Persisiran Pantai di Kuantan, Pahang

Gembiranya rasa takkala mendapat berita daripada suami untuk ke Kuantan, Pahang. Mana taknya, fikiran terus melurus untuk berjumpa dengan 2 orang kawan baik Ida di sana. Nanti boleh la keluar jalan-jalan bersama. 

Walaupun suami ke sana atas urusan kerja, namun hasrat untuk ke sana tetap untuk bercuti sambil berjalan-jalan di sekitar Kuantan. Kalau sebelum ini, kami bercuti dan dibawa berjalan-jalan di sekitar Temerloh, sekarang kami nak jalan-jalan di sekitar Kuantan pula. 

Wajah Afif yang girang seronok dapat jalan-jalan...:)

Dari pagi kami bertolak dari Kuala Lumpur sehingga lah tiba di sana lebih kurang waktu tengah hari. Selesai lunch bersama dengan rakan-rakan, kami berbincang untuk meneruskan 'misi' untuk jalan-jalan waktu petang pada hari tersebut. So, kami decided untuk menjelajah pantai-pantai di Kuantan sambil beriadah dan menghirup angin pantai pada waktu petang.

Bunyinya macam seronok je kan!! Sebenarnya dah lama tak pergi pantai. Antara pantai-pantai yang sempat kami terokai ialah Teluk Chempedak, Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam (Black Stone Beach).

Sunday, October 12, 2014

Tempat Makan Best di Gombak: Medan Selera Taman Sri Gombak

Siapa penggemar-penggemar nasi campur gulai kawah?? Angkat tangan!!! Haa....Salah seorang yang angkat tangan tu ialah husband Ida. Mana taknya dia memang suka sangat nasi putih dengan gulai kawah. 

Peluang untuk merasa gulai kawah ni bukan selalu tau, time-time kenduri je. Tapi sekarang dah banyak gerai-gerai makan yang menjual dan menyajikan nasi dengan gulai kawah ni. Selalunya gerai-gerai atau kedai-kedai makan yang besar-besar. 


So, kalau ke Gombak, jangan lupa untuk singgah makan di Medan Selera, Taman Sri Gombak. Alamatnya di Jalan Makmur, Kawasan Industri Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor. Sudah banyak kali kami ke sini, dah lupa plak kali ini yang ke berapa..huhu... 


Tempat ni famous sangat, nak cari guna google maps pun senang. Pada waktu tengahari boleh la ke sini untuk lunch. Terdapat pelbagai hidangan nasi campur di samping gulai kawah itu sendiri, serta lauk pauk lain seperti ikan bakar, percik ikan, kerabu, ulam-ulaman beserta pelengkap hidangan seperti tempoyak, budu, sambal belacan, dan juga cencalok. 


Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014



Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 bermula pada jam 4.00 pe 11 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 11 November 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 552.90 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Thursday, October 9, 2014

Resepi: Brokoli Goreng Udang Special

Brokoli merupakan salah satu sayuran hijau yang terdapat dalam keluarga kubis. Ianya boleh direbus, dikukus mahupun dimakan mentah. Sedap!! 

Tahu tak?? Brokoli adalah sejenis sayur yang kaya dengan vitamin C dan juga serat pemakanan. Ada sumber yang menyatakan brokoli mengadungi pelbagai nutrisi dengan ciri-ciri yang boleh melawan kanser. 

Hmm..tinggi betul khasiat brokoli ni. Selepas ini, boleh la kita jadikan brokoli sebagai sayuran kegemaran dan bagi penggemar-penggemar sayur-sayuran pula, bolehlah menambah sayur brokoli sebagai salah satu hidangan vegetarian kita. 

Namun cara memasak juga boleh mempengaruhi khasiat yang terkandung dalam brokoli. Bagi memperolehi khasiat yang tinggi, brokoli boleh la dimakan mentah setelah dibasuh bersih samada menjadikan brokoli sebagai vegetable salad atau pun dijadikan sebagai ulam sahaja. 


Apa yang pasti menggoreng juga tidak menjadi kesalahan dalam penyediaan brokoli ini, yang penting kita perlu menggoreng sekejap sahaja bagi mengekalkan khasiat yang terdapat dalam brokoli ini. 

Nak tahu salah satu resepi brokoli boleh la tengok seperti yang Ida masak di bawah ni. Semoga dengan resepi ini ianya boleh menambah idea memasak korang...

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang bermula pada jam 9.30 pagi 9 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 28 Oktober 2014.Sepuluh blogger bertuah akan dipilih untuk memenangi Template Eksklusif untuk Bloglist dari cikkumbang.

Semua blogger dijemput untuk menyertai Giveaway ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog Sponsor
CikKumbangAzhafizahSyiraLokmanDayangDeno

2. Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.

5. Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI & nyatakan Bulan Kelahiran korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus boleh wish birthday nanti (x__X)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

Good luck!

Thursday, October 2, 2014

Santai Petang di Gua Damai, Batu Caves

Bagi penggemar-penggemar "rock climbing" atau dengan kata lain "aktiviti memanjat" boleh la ke Gua Damai, Batu Caves, Selangor. Di sini terdapat lebih 100 laluan mendaki yang telah disediakan dengan pelbagai kelengkapan yang disediakan. 


Lokasi Gua Damai, Batu Caves ini terletak tidak jauh dari bandar Kuala Lumpur dan hanya mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan dari pusat bandar. 


Kami ke sini bukannya untuk mendaki, tetapi untuk memenuhi aktiviti santai petang bersama keluarga disamping melihat sendiri peserta mendaki gua batu ini. 

Berkenaan dengan rate dan bayaran untuk climbing dan latihan-latihan yang disediakan kami kurang pasti, maklumlah kami ke sini untuk membawa Afif bermain-main sahaja. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...