Assalamualaikum w.b.t
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pertama sekali ingin saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi saya kesempatan untuk mencoret sesuatu pada kali ini. Pada kali ini saya akan kongsikan review saya tentang pusat perkembangan minda yang tidak kurang ulungnya, bait-bait namanya disebut-sebut ibu bapa sekarang ini. Mana tidaknya, ibu bapa sekarang sememangnya ramai yang sudah peka tentang tadika atau tempat anak-anak mereka belajar. Kisah-kisah mengenai kes-kes penderaan kanak-kanak di tempat asuhan baru-baru ini sudah tentu membuatkan ibu bapa hari ini semakin 'celik mata' dan lebih berhati-hati dalam memilih tempat yang sesuai untuk anak-anak.

Terlebih dahulu jom kenali
Genius Aulad. Genius Aulad merupakan sebuah pusat perkembangan minda kanak-kanak berusia 3-6 tahun yang menerapkan kemahiran berbahasa Inggeris serta kurikulum pendidikan prasekolah berteraskan prinsip-prinsip rukun Islam. "
Lesson Beyond Classroom" sebagai moto pengajarannya cukup untuk menggambarkan ianya melibatkan pelajaran yang kreatif, hands-on, aktiviti yang menarik dan penglibatan sosial terhadap perkembangan kanak-kanak dengan lebih baik dengan kekuatan dan kebolehan semula jadi yang terbaik. Islam bukanlah satu-satunya perkara yang diajar di dalam bilik darjah, tetapi ia adalah sesuatu yang secara semulajadi tertanam dalam amalan harian kita.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Genius Aulad, Kubang Kerian sebagai 'orang luar' saya rasa amat tertarik dan kagum untuk lebih mendekati pusat perkembangan kanak-kanak ini. Pengalaman beberapa tahun berada di dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak betul-betul membuka minda saya untuk lebih mendekati dunia kanak-kanak dan cara didikan terhadap mereka ditambah pula dengan saya yang mempunyai anak-anak sendiri. Saya sentiasa mencari dan ingin memberikan pembelajaran yang terbaik untuk mereka dan saya tahu begitu juga dengan ibu bapa di luar sana.
Gambar-gambar ini diambil semasa Open Day untuk intake 2019 di Genius Aulad Kubang Kerian, Kelantan. Sejuk mata memandang apabila melangkahkan kaki ke Genius Aulad. Ianya memang menitik beratkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk kanak-kanak. Berlatar belakangkan warna kuning dan biru sememangnya memberikan kecerian terhadap kanak-kanak. Apa yang saya perhatikan, ternyata Genius Aulad menitik beratkan 'children safety first'. Sedari dari pintu masuk yang sudah dilengkapi dengan 'bell' dari tingkat bawah beserta pintu yang berpenggera memberikan kemudahan untuk ibubapa dan anak-anak keluar masuk. Bukan itu sahaja, ianya dilengkapi dengan CCTV yang beroperasi 24 jam.