Genius aulad


Followers

Wednesday, August 1, 2018

Video Cara-cara Memasak Bubur Nasi Ala McD Simple

Salam..Hye korang buat apa? Tengah masak ke tu? hehe...Suka pulak saya tengok dekat 8 Rainbow Post Most Popular ni lebih-lebih lagi top 1 dalam ranking ialah Resepi Bubur Nasi Ayam ala McD. Top ranking ini di ambil pada August 2018. Sah-sah korang juga suka dengan menu simple seperti ni kan. Ada juga yang pm untuk detail resepi ni. 

Apapun saya akan tolong setakat yang termampu. Sebenarnya memasak ni lahir dari minat, inspirasi sendiri tau. Bagi saya la, ia adalah terapi stress yang sangat best..hahaha..Masak je, tapi tak semestinya kita yang makan. Orang lain yang habiskan..
jangan rosakkan mood tengah diet ni..haha...

Jadi alang-alang terlebih rajin ni, mood mengedit video pun tengah ON kan. So, saya nak share video pendek lagi simple cara-cara memasak resepi Bubur Nasi Ala McD. 
Resepi ni sebanarnya sangat sesuai untuk anak-anak. Boleh juga dijadikan menu di tadika dan taska. Bukan itu sahaja, ianya juga sesuai untuk citarasa seisi keluarga. Cuma korang boleh ubah-ubah bahan yang diguna mengikut kesesuaian orang yang nak makan nanti.

Contoh kat sini saya gantikan ayam tu dengan daging pulak. Untuk kanak-kanak daging tu boleh la dihiris kecil-kecil je. Lagi satu cili api tu, kalau untuk kanak-kanak tak perlu la letak yer. 

Okey nak tengok resepi boleh la ke resepi yang ditulis pada 27 Jan 2014, Resepi Bubur Nasi Ala McD.

Dan boleh la ke IG untuk tengok post video pada 1 Aug 2018, atau boleh tengok kat sini je ha..saya share. 



Okey...semoga korang pun mendapat sumber terapi jugak dalam memasak. Happy Cooking. Adios....Wassalam.")

No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...