Genius aulad


Followers

Saturday, October 1, 2011

Ikatan Perkahwinan, Hari Bahagia

Tanggal  01 September 2011, jam 11.00 pagi, saya diijab kabulkan dengan suami. Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Kok Lanas, Ketereh Kelantan. Imam mukim selaku Tok Kadi, bersaksikan abah, ayah mertua, bapa-bapa saudara, mak, adik-beradik serta sanak saudara sebelah lelaki dan perempuan, maka dengan hanya sekali lafaz saya sah menjadi seorang isteri kepada suami saya. 


Di sini lah bermulanya bahtera kami bergelar suami isteri. Siapa yang tak rasa bahagia, 'mendirikan masjid' bagi meneruskan perjalanan kehidupan bersama insan tersayang. Perasaan gembira, bibir tersenyum, air mata rasa nak menitis hiba..dalam hati terdetik "ye..saya sudah menjadi seorang isteri". 






Ini antara kad jemputan yang menjadi memori sejarah kami untuk menjemput rakan-rakan dan juga sanak- saudara kami. Tarikh majlis perkahwinan kami berlangsung adalah pada hari raya aidilfitri yang ke-3 selaras dengan cuti saya dan juga suami. Pengantin raya la ni..hehehe..


Banner sempena hari bahagia kami. 



Setelah sah diijab kabulkan resepsi majlis persandingan kami berlangsung pada hari yang sama iaitu pada sebelah petang, bermula jam 12.00 tengah hari. Bertemakan warna purple pink, pelamin kami tesergam indah yang di tempah khas dari butik pengantin Kak Ani Bridal, Kok Lanas. 


Adik-adik saya, merankap adik-adik ipar suami saya, selaku pengapit setia pasangan pengantin pada majlis persandingan tersebut.


Majlis makan beradap bersama pengantin, my mom and my father in-law. Food desert semua disediakan oleh sepupu saya yang merupakan salah seorang chef di kem beliau. No wonder, beliau pakar dalam culinary art dan juga dalam penyediaan makanan pengantin.

 




Sebenarnya abah dah lama berhajat, kalau saya kahwin dia teringin nak tengok persembahan seni silat. (Tengok la betapa istemewanya anak abah sorang ni.hehehehe.....). Seni silat antara sejenis permainan tradisi Kelantan yang tersohor. Suami orang belah Terengganu, so rombongan pengantin lelaki teruja bila di sambut dengan paluan kompang serta persembahan silat. Ada yang postponed untuk makan, semata-mata untuk melihat persembahan silat.  



Ketibaan sang putera hati disambut oleh sang puteri, berpayungkan payung 'raja sehari' sememangnya cukup meriah sekali. 


Ini adalah antara photo-photo untuk tatapan semasa majlis bersanding.



Tidak ketinggalan juga acara memotong kek. Kredit to my friend Normahani yang candid aksi spontan pengantin. Katanya, "pengantin nampak sweet dan bahagia sekali". Thanks dear...:)




Awesome memory bersama suami yang sememangnya menjadi kenangan terindah buat kami.  








Selesai seharian majlis bersanding, penat berbaur perasaan gembira dengan kehadiran sahabat handai serta saudara mara dari pagi sampai petang dan membawa ke malam masih lagi ada yang datang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kerana sama-sama melancarkan majlis persandingan, sekali gus memeriahkan majlis kami. 

Selang sehari selepas majlis bersanding, cukup lah untuk memberi kami rehat yang cukup kerana majlis meyambut menantu pula iaitu pada 03 September 2011 (hari raya aidilfitri yang ke-5). Majlis menyambut menantu berlangsung di rumah suami di Setiu, Terengganu. Majlis tidak kurang meriahnya kerana ini merupakan kenduri perkahwinan yang last buat keluarga suami, kerana suami merupakan anak bongsu.







Happy tetap happy tapi kali ni perasaan happy bercampur sedih lagi, sebab kene berpisah dengan family. hehehe..(macam la sebelum ni tak pernah berpisah, tapi kali ni lain sedikit). Apa pun, welcome family in law. Hope, I'm also will be nice for them. hehehe...













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...