Genius aulad


Followers

Saturday, April 12, 2014

Resepi Nasi Goreng Kampung Special

Salah satu resepi favorite Ida dan suami ialah nasi goreng kampung. Nasi goreng yang terkenal kerana ada ikan bilis. 

Ianya juga sering mendapat tempat di hati pengujung-pengujung restoran-restoran masakan panas. Cara membuatnya adalah simple dan cepat. Namun hasilnya nasi goreng yang sungguh lazat....


Setiap orang mesti ada cara yang tersendiri untuk memasak kan. Okey..jom tengok resepi nasi goreng kampung versi masakan Ida..=) 


Bahan-bahan:
  • 3 mangkuk nasi-sejuk (dileraikan)
  • Sedikit kangkung (dibasuh bersih dan dipotong)
  • 1 keping isi ayam (dipotong kecil)
  • 1 genggam ikan bilis (ditumbuk dan ketepikan)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 sudu sos ikan
  • 5 biji cili padi (diketuk)
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Serbuk secukup rasa
  • Sedikit serbuk lada putih
     Tambahan:
  • Ikan bilis goreng
  • Telur mata
  • Timun (dihiris)
Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak. Isi ayam gaulkan dengan sedikit serbuk secukup rasa dan digoreng separuh masak. Nak biarkan kekuningan sedikit pun boleh. Angkat dan ketepikan. 
  2. Dengan menggunakan lebihan minyak yang sama, tumiskan bawang yang tumbuk sehingga naik bau. 
  3. Masukkan cili padi yang diketuk, sos ikan, serbuk secukup rasa, serbuk lada putih. Gaul sekata. 
  4. Masukkan kangkung, kacau seketika sehingga layu sedikit.
  5. Kemudian, masukkan ikan bilis yang ditumbuk dan kacau. Terpulang samaada untuk memasukkan garam atau pun tidak, tapi hati-hati kerana ikan bilis sudah masin.
  6. Jangan lupa masukkan isi ayam yang digoreng tadi. 
  7. Selepas itu boleh la masukkan nasi sedikit demi sedikit dan digaul sehingga sekata dengan semua bahan-bahan.
  8. Dah siap. Padamkan api. Sedia dihidangkan.
  9. Hidangkan bersama telur mata, hirisan timun, dan ditabur dengan ikan bilis goreng di atasnya. 


Emmm...sedapnya..ini lah keunikan nasi goreng kampung. Bila dimakan, terasa ikan bilisnya dan bertambah lagi kesedapannya bila terasa kerangupan ikan bilis gorengnya...;p

Selamat mencuba...=)





8 comments:

  1. InsyaAllah fiza cuba. Selalunya beli ja perencah nasi goreng kampung adabi tu. hehe

    ReplyDelete
  2. Mak saya suka sangat nasi goreng kampung Ida

    ReplyDelete
  3. suka sgt...nak cuba lah buat sendiri,tq..=)

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaa.. ayra pun suka masak nasi goreng letak kangkung.. sedap memang menjilat jarilah.. tak pernah letak sos ikan lagi. Next time wajib cuba ni..
    =D

    www.mqvitashop.com

    ReplyDelete
  5. Kalau tak letak sos ikan boleh ke ?

    ReplyDelete
  6. wow sedap sedap.. ada sup kosong ni kompem terangkat

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...