"Malam ni kita makan kat luar yer..so, tak payah masak", kata husband Ida. Okey!! Tapi kali ni nak makan kat mana pulak yer..???? Ini la yang problem yang selalu dialami bila nak makan kat luar iaitu tak tahu nak makan kat mana! Huhuhu..
Sebenarnya dah boring makan di tempat yang sama. So, jarang-jarang sekali makan kat luar ni nak la rasa kelainannya. Kami selalu jugak pergi jauh-jauh semata-mata untuk makan. Tapi untuk makan malam ni, tak larat nak pergi jauh-jauh. Nak cari-cari tempat makan sekitar rumah je.
Foto: Google |
So, tempat makan pilihan kami ialah di Jees D'Village Seafood & Western Food. Restoran ni terletak di Kg. Laksamana, Batu Caves, Selangor. Dekat je dengan rumah kami.
Foto: Google |
Actually, ini dah kali ke-2 kami makan di sini. Sebelum ni, kami pernah makan chicken chop di sini. Tapi, kali ni nak try menu lain pula. Ida pilih untuk cuba nasi goreng ladna. Suami pula nak makan bihun celup. Katanya sedap. Minuman pula, masing-masing teh o ais limau dan laicikang.
Di sini terdapat juga booth kecil yang menjual sate dan rojak buah kalau tak salah. Ramai juga pelanggan yang datang ke sini, memandangkan lokasi restoran ini strategik di tepi jalan.
Rasa?? Emm...boleh tahan, sedap jugak la. Harganya pula berpatutan. Lupa lak berapa actual price. Tapi rasanya semua tu kurang dari RM25. Murah je.
Next time, kalau penat nak pergi makan jauh-jauh, boleh la kami berhenti singgah makan di sini je...=)
owh.. area selangor ke.. igtkan kat sini2.. heheh
ReplyDeletemacam sedap je..
yela..sini2 tu kat mane..huhu
Deleteakak duduk area sri gombak ke? heheheh ni dekat ngan umah kite ni ngeehh :D
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, sheila pernah makan sini.. sekali je rasanya. lupa dah. hehee. singgah follow dan menabung nissan sini~~~
ReplyDelete