Aktiviti hujung minggu ini ialah berkebun.hehe.. Ini bukan berkebun kat kebun sayur ke apa, tapi kat tepi rumah je. Menaman pun dalam pasu je. Maklum la, hidup kat bandar kota metropolitan ni, susah nak cari rumah yang ada tanah lapang. Kalau ada pun tentunya harganya pulak mahal. So, kita berkebun sekadar yang mampu je la yer iaitu dalam pasu..=)
Sebenarnya banyak jenis tanaman yang boleh ditanam dalam pasu ni selain dari pokok bunga. Contohnya, seperti lada, pandan, pokok kari, dan sebagainya. Cuma perbezaannya mungkin tahap kesuburan dan pembiakannya adalah kurang sedikit memandangkan medium tanah hanyalah di dalam pasu sahaja.
Limau purut, pandan, pokok kari |
Tetapi, ianya cukup memadai jika tanaman dalam pasu ni hidup subur dan dapat memberi hasil kepada kehidupan seharian kita terutamanya untuk memasak. Kalau sebelum ni Ida selalu membeli semua jenis bahan masakan termasuk cili, daun pandan, daun limau purut, daun kunyit, daun kari dan sebagainya. Alangkah mudahnya kalau ada yang ditanam sendiri. Petik je dari pokok jika nak digunakan untuk memasak.
Pokok kunyit |
Sekarang dah tanam sendiri..dah jimat, tak perlu beli lagi.. Lagipun bila kita petik dan terus digunakan untuk memasak kita dapat yang fresh dan segar dari pokok. Berbaloi-baloikan. So, ini boleh elak dari membazir. Bukan mahal pun kalau beli sepeket daun kari atau daun limau purut tu, tapi masalahnya guna cuma sehelai dua je, yang lebih tu dibiarkan kering dalam peti ais dan akhirnya dibuang. Yela, hari ni buat tomyam atau kari, esoknya takkan nak masak menu yang sama lagikan.
Sebenarnya seronok sangat berkebun secara mini ni. Pagi-pagi dah ada kerja nak buat, iaitu siram pokok. Happy dan tak sabar pulak nak tengok pokok-pokok ni membesar. Seronok.....okey tengok ni. Pokok ulam yang baru ditanam beberapa hari, daun-daun pokok sudah mula tumbuh selepas 2 minggu. Tak sabar nak tunggu pokok ni makin membesar.
Beberapa hari ditanam. |
Selepas 2 minggu ditanam. |
Selain itu juga, Ida ada juga tanam pokok bunga. Tapi tanam pokok bunga ni tak menjadi la, asyik mati je..hehe...yang tinggal 2 pokok ni je.
Teringin jugak nak tanam pokok bunga rose atau bunga-bunga lain.;p Tengok la lepas ni nak cari anak pokok bunga rose pulak.
Kaedah Penanaman
Selalunya penanaman di dalam pasu adalah menggunakan kaedah penanaman dari polybag ke pasu. Kaedah ini adalah untuk memastikan pokok yang dipindahkan ke dalam pasu adalah pokok yang betul-betul hidup dan mudah untuk tumbuh.
Selalunya anak pokok yang Ida tanam adalah dibeli yang dijual dalam polybag hitam tu. Anak pokok limau purut dan anak pokok kari tu semuanya dibeli dengan harga kalau tak salah kurang RM8/sepohon. So, peratusan untuk pokok ni hidup bila dipindahkan dalam pasu adalah tinggi.
Ini pula anak pokok cili/lada yang mak Ida berikan. Mak dah semai dalam plastik macam ni, so...dari jauh Ida bawak anak pokok ni, semata-mata nak balik tanam dalam pasu kat rumah ni.hehe...
Peralatan.
Jadi apa yang diperlukan ialah pasu kosong, tanah, baja, alat-alat berkebun seperti penyodok tanah, gunting dan sebagainya.
Campuran Tanah untuk Tanaman Pasu.
Sebenarnya komposisi tanah yang digunakan adalah tanah campuran mengandungi tiga bahagian iaitu satu bahagian tanah biasa, satu bahagian tahi ayam reput dan satu bahagian pasir. Kalau ada campuran tanah yang sebegini adalah lebih baik. Tapi, Ida just guna tanah mana yang ada je.
Bahagian yang atas sekali Ida gunakan potting soil (campuran tanah untuk pasu). Tanah ni Ida beli kat pasaraya. Harganya murah je, tak mahal sangat pun.
Bila semua dah tersedia, Ida akan pindahkan pokok lada ni ke dalam pasu dengan menanggalkan/ menggungtingkan plastik polybag tersebut dan memindahkannya secara berhati-hati ke dalam pasu.
So, ini la hasilnya. Tak sabar nak tunggu cili ni berbuah..=)
Penjagaan
Untuk memberi kesuburan kepada pokok cili ni, Ida akan membajanya setiap 2 minggu sekali. Ida cuma menggunakan baja organik serbaguna (sesuai untuk semua jenis tanaman).
Caranya dengan hanya menaburkan baja di sekeliling pokok (jarak sedikit dari pokok) dengan kadar yang sedikit sahaja (dalam 1 sudu kecil).
Tidak lupa juga kena sentiasa menyiram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan. Sekarang cuaca panas, kalau tak siram nanti pokok mudah layu dan tidak subur.
Tengok la, anak bujang Ida ni pun rajin tolong siram pokok.hehe...Pandai anak mama!! Seronok ada aktiviti sebegini bersama anak-anak.
Dengan adanya aktiviti sebegini masa terluang digunakan secara berfaedah. Bak kata husband, "mama, dah tak boring duk rumah", mana taknya jadual penuh dengan buat itu, buat ni...Kadang-kadang tak terkejar nak buat semua.hehe... Lagipun Afif tak de la boring duk main dalam rumah je, waktu petang dia boleh la bermain di kawasan sekitar rumah sambil siram pokok..=)
seronok jugak bila tanam pokok ni....hehe kat rumah petang-petang pun selalu tolong mak siram pokok2 bunga dia =D
ReplyDeleteada jugak aktiviti yg kita nk lakukan ptng2 kan=)
DeleteSeronok tengok pokok cili yg Mak Ida bagi tu - hidup subur walaupun dlm paket susu tepung je. Recycling - sikap terpuji. Semoga semua pokok membesar dgn sihat. :D
ReplyDeleteWah rajin tanam sayur dlm pasu. Jimat belanja.
ReplyDeleteSy punye cili br kluar ank pokoknye...hihi
ReplyDelete