Followers

Tuesday, September 8, 2015

Trip ke Cameron Highland Pengalaman yang Menyeronokkan.

24 April 2015 yang lepas kami berpeluang untuk mengikuti trip ke Cameron Highland bersama lebih kurang 30 peserta termasuk teachers dan family. Ida bersama husband dan Afif juga tak lepaskan peluang untuk ke sana. Kami pergi sedikit awal dari tarikh yang dirancangkan iaitu pada 1 Mei 2015, cuti umum labor day. Memandangkan hari tersebut banyak homestay yang fully booked, so terpaksalah kami awalkan tarikh trip tersebut. 

Apa yang paling best apabila kami sememangnya sudah lama merancang untuk pergi bercuti. Pada mulanya, destinasi pilihan adalah untuk ke Pulau Perhentian, tapi terpaksa dibatalkan setelah mendapat banyak request untuk ke Cameron Highland. InsyaAllah, Pulau Perhentian untuk next trip pulak :-).

Seawal jam 8.00 pagi kami berkumpul dan memulakan perjalanan jam 8.30 pagi sebagaimana yang dijadualkan. Perjalanan kami melibatkan 5 buah kereta. Perjalanan dari Kubang Kerian, Kelantan mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk ke sana. Setibanya di Gua Musang lebih kurang jam 11.30 pagi kami berhenti rehat dan makan seketika. Kat sini kami lunch dengan nasi ayam madu. Boleh tahan sedap :-)

Selesai lunch kami meneruskan perjalanan yang masih berbaki lebih kurang 2 jam. Tidak jauh lari dari jadual yang ditetapkan finally kami tiba ke sana kira-kira jam 2.30 ptg. Perasaan melonjak gembira tak sabar untuk ke ladang teh di Tanah Tinggi Cameron Highland. Bukan ladang teh sahaja tempat yang menarik di sini tau. Terdapat banyak lagi tempat-tempat lain yang menarik yang tetdapat di sini. Nak tahu? Jom ikuti tempat-tempat menarik yang sempat kami lawati sepanjang kami di sana.

BOH Plantation.

Selain dari ladang teh Bharat, BOH Plantation juga merupakan tempat yang sering menjadi tarikan pengunjung. Ianya terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. Kami memilih untuk ke BOH Plantation kerana ianya lebih dekat memandangkan kami tiba dari arah Gua Musang. Jalan untuk ke sana agak bersimpang siur sedikit, so kene berhati-hati. Setibanya di sana MasyaAllah.....sejuknya mata memandang kehijauan ladang-ladang teh yang terbentang luas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...