Keguguran kandungan yang berusia 2 bulan lebih sebelum ni sememangnya masih membuat diri ni terkedu. Kalau sebelum ni, sibuk memcari info mengenai tanda-tanda keguguran, sekarang beralih kepada info selepas keguguran. Memandangkan inilah kali pertama keguguran, banyak benda yang perlu diambil tahu, terutama tentang bagaimana berpantang selepas keguguran.
Rasa bertuah dan beruntung juga, kerana masih mempunyai mak yang selalu memberi nasihat, terutama tentang petua-petua dan pantang larang ni. Kata mak, orang Melayu dahulu kala, mengangap keguguran adalah lebih serius berbanding kelahiran. Oleh itu, berpantang selepas keguguran adalah perlu diambil berat juga bagi mengelakkan ada kesan-kesan sampingan pada kesihatan terutamanya rahim dan peranakan.
Amalan Selepas Keguguran.
Amalan selepas keguguran ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Ini adalah sebahagian yang Ida lakukan dan apa yang titikberatkan oleh mak Ida.
- Berpantang dalam pemakanan.
- Mandi air panas terutamanya waktu pagi.
- Selepas darah nifas berkurangan hendaklah bertungku terutama di kawasan perut/rahim dan berbekung. Jika bertungku awal-awal takut kalau darah yang keluar semakin banyak dan tidak surut.
- Sapu losyen mustajab pati halia seluruh badan dan tapak kaki.
- Memakai stoking untuk mengelakkan sejuk tapak kaki.
- Kalau ada jamu dan amalan petua-petua tradisional lagi bagus.
![]() |
| Berstoking! |

.jpg)

-png.png)