Genius aulad


Followers

Wednesday, November 19, 2014

Berpantang Selepas Keguguran: Info dan Kepentingannya

Keguguran kandungan yang berusia 2 bulan lebih sebelum ni sememangnya masih membuat diri ni terkedu. Kalau sebelum ni, sibuk memcari info mengenai tanda-tanda keguguran, sekarang beralih kepada info selepas keguguran. Memandangkan inilah kali pertama keguguran, banyak benda yang perlu diambil tahu, terutama tentang bagaimana berpantang selepas keguguran. 

Rasa bertuah dan beruntung juga, kerana masih mempunyai mak yang selalu memberi nasihat, terutama tentang petua-petua dan pantang larang ni. Kata mak, orang Melayu dahulu kala, mengangap keguguran adalah lebih serius berbanding kelahiran. Oleh itu, berpantang selepas keguguran adalah perlu diambil berat juga bagi mengelakkan ada kesan-kesan sampingan pada kesihatan terutamanya rahim dan peranakan. 

Amalan Selepas Keguguran.

Amalan selepas keguguran ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Ini adalah sebahagian yang Ida lakukan dan apa yang titikberatkan oleh mak Ida. 
  • Berpantang dalam pemakanan.
  • Mandi air panas terutamanya waktu pagi. 
  • Selepas darah nifas berkurangan hendaklah bertungku terutama di kawasan perut/rahim dan berbekung. Jika bertungku awal-awal takut kalau darah yang keluar semakin banyak dan tidak surut.
  • Sapu losyen mustajab pati halia seluruh badan dan tapak kaki.
  • Memakai stoking untuk mengelakkan sejuk tapak kaki. 
  • Kalau ada jamu dan amalan petua-petua tradisional lagi bagus. 
Berstoking!

Apa yang harus dititik beratkan dalam amalan berpantang selepas keguguran ni ialah pemakanan. Mak pun selalu pesan supaya menjaga pengambilan makanan. Antara makanan yang perlu dielakkan ialah:

Makanan:
  • Elakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung.
  • Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun
  • Elakkan makan buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu.
  • Turut ditegah mengambilnya ialah ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari
  • Elakkan makan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.
Makan tengah hari: Sawi sayur air, ikan selar bakar dan nasi putih. 

Ikan haruan baik untuk ibu dalam pantang. Susah nak cari ikan haruan ni, nasib la kak long yang berikan 2 ekor ni. Boleh la perap garam kunyit dan bakar untuk makan malam.

Ikan haruan

Minuman:
  • Elakkan minum ais atau minuman sejuk 
  • Minum air suam 
  • Elakkan minuman bergas
  • Elakkan minum air kelapa
Sarapan pagi: Roti bakar dan air milo 'o' suam. 

Tempoh Berpantang Selepas Keguguran.

Walaupun sekarang dunia perubatan sudah moden, tapi ilmu-ilmu perubatan tradisioanal tetap juga berguna. Mengikut petua Melayu, terdapat pelbagai pantang larang ibu keguguran dari segi pemakanan dan cara hidup harian. Berpantang ibu bersalin ditamatkan mengikut jangkamasa keguguran.

Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari. Ini adalah kerana angin gugur telah sedia ada untuk menyerang atas kesilapan pantang larang.

Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari. Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari. Namun, untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.


Kepentingan dan Kesan dari Tidak Berpantang Sempurna.

Ternyata berpantang selepas keguguran ini dianggap penting sebagaimana pentingnya amalan berpantang selepas bersalin biasa. 

Dari sumber info perbidanan menyatakan penyakit atau masalah keguguran akan hilang atau sembuh selepas berlakunya kehamilan kembali. Namun, bagi mereka yang keguguran dan tidak hamil lagi, mereka perlu mengawasi pemakanan dengan menjauhi benda-benda yang dilarang sampai bila-bila.

Ini kerana apabila dimakan, walaupun sedikit, mereka akan mendapat kesan sampingan yang akan melemahkan tubuh atau mengakibatkan penyakit bisa otot dan sendi. Apalagi kalau dimakan secara berlebihan, akan menjadi punca penyakit angin pasang atau barah angin.

Setelah membaca beberapa info mengenai pantang larang selepas keguguran ni, rasa takut pun ada kerana telah pun terbukti terjadinya alahan bagi ibu yang melanggar pantang larang selepas keguguran ni seperti bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca serta mudah letih. 

Harap-harap la, Allah s.w.t sentiasa memberi kesihatan yang baik dan mempermudahkan segalanya selepas ini.



9 comments:

  1. walaupun keguguran tetapi masih tetap perlu berpantang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...selepas keguguran rasa tak sakit mcam slps bersalin, tapi penting untuk berpantang jgk..

      Delete
  2. Rindunya makanan waktu pantang dulu. Setuju! Jangan ambil mudah waktu berpantang.Takut nanti kesan dia bila dah tua sakit2 badan.

    ReplyDelete
  3. Setuju.. Kalau gugur pun kena pantang elok2.

    ReplyDelete
  4. Ramai orang yang tak berpantang selepas bersalin akan mengalami masalah kesihatan kemudian hari. Tengok orang putih. sebab tu banyak penyakit datang pada mereka sebab mereka tak pernah berpantang lepas bersalin.

    ReplyDelete
  5. Saya keguguran masa 15 w nak masuk 16w... brapa lama saya perlu berpantang.. 30 hr atau 44 hr?

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...