Bercuti dan jalan-jalan belah utara masih lagi berbaki, dari Kedah terus menghala ke Penang. Selepas kami ronda-ronda naik Jambatan Pulau Pinang Kedua, kami langsung ke sebuah muzium yang baru sahaja ditubuhkan di Penang. Ini lah muzium yang semakin mendapat tempat di kalangan pengunjung dan peloncong ke Penang.
Lokasi
"Made In Penang Intractive Museum (MIPIM)" adalah sebuah galeri yang mempunyai seni senario 3D popular di Penang. Galeri ini memperkenalkan sejarah Pulau Pinang, seni, dan kemanusiaan ke dalam sebuah cara yang menyeronokkan dan interaktif termasuklah seni lukisan dan multimedia.
Mula-mula nak cari muzium ni susah jugak, sebab tak pernah sampai lagi sebelum ni. Dalam fikiran kami muzium ni besar dan mudah di cari, tapi susah jugak nak sampai sini memandangkan muzium ni kecil sahaja. Ianya terletak di deratan lot-lot kedai di sebuah bangunan di Jalan Pengkalan Weld. Lokasi Made in Penang Interactive Museum ialah di No. 3, Pengkalan Weld, 10300 George Town, Penang.
Setelah jumpa mencari lokasi muzium ni, kami terus pusing-pusing lagi nak mencari parking. Haduish.....rupanya parking awam ada disediakan tidak jauh di sebarang jalan, agak jauh sedikit dari muzium ni. So, kena berjalan la sket, tak jauh mana pun dekat je. Untuk bayaran parking kat sini dah lupa la pulak..tapi rasanya murah sahaja.
Tiket dan Waktu Operasi
Pintu masuk menghala ke muzium ini dibina seakan-akan sebuah lorong yang kiri dan kanannya terdapat lukisan-lukisan dan pameran-pameran 3D yang serba ringkas. Kami masuk terus menuju ke kaunter jualan tiket.
Sebelum nak masuk dalam muzium ni, sempat la Afif bergambar atas beca kat luar ni sekejap..:). Nampak real macam betul-betul beca kan?
Ida pun sempat juga berlakon sambil posing. Ceeewah..bila lagi nak dapat kesempatan sebegini kan.
Tiket masuk ke muzium ini adalah sebanyak RM15 (dewasa-Mykad), RM10 (Kanak-kanak), percuma bagi kanak-kanak bawah 2 tahun, dan RM30 (dewasa-Tanpa Mykad). Kami pergi berempat, nasib baik la Afif (2 tahun) tak dikenakan bayaran masuk, save la sket..:) Muzium ini beroperasi pada setiap hari, bermula pada jam 9:00 pagi sehingga jam 6:00 petang.
Inilah kaunter tiket untuk masuk ke dalam muzium ni. Nak datang sini jangan lupa bawa Mykad tau, kalau tak, harga tiket akan dicaj sebagai pelancong.
Okey..dah dapat tiket! Ida, husband dan juga mak. Sebelum masuk dalam muzium tu, sempat lagi kalau nak bergambar dan minum-minum dahulu bersama Lim Guan Eng. Bukan senang nak betul-betul bergambar dengan pemimpin kan..:) So, datang sini boleh la bergambar, walaupun gambar 'tipu-tipu'...=p
Info Ringkas Mengenai MIPIM
Made in Penang Interactive Museum adalah muzium seni lukisan atau gambar 3D yang pertama di Pulau Pinang yang baru sahaja di lancarkan pada 1 November 2013. Baru lagikan, that's why ramai yang masih tidak mengetahui kewujudan muzium ini.
Selain daripada menjadi tarikan terbaru di Pulau Pinang, muzium ini ditubuhkan bertujuan bagi mempromosikan sejarah Pulau Pinang dan juga tokoh-tokoh terkenal seperti P.Ramlee (ikon hiburan Malaya), Sun Yat-Sen (Bapa Bangsa dalam Republik China), Nicol David (pemain skuasy wanita Malaysia), Lim Guan Eng (Ketua Menteri di negeri Pulau Pinang) dan lain-lain lagi untuk pengunjung seluruh dunia melalui mural 3D dan diorama kecil.
Aktiviti-aktiviti yang Boleh Dilakukan
Muzium ni adalah terdiri daripada 2 tingkat. Tingkat bawah terdapat gambar lukisan dan pelbagai pameran-pameran 3D yang bertemakan suasana di Pulau Pinang pada suatu ketika dahulu.
Sebuah tangga disediakan untuk ke tingkat dua, dimana ianya lebih menjadi tumpuan pengunjung bila ke sini kerana terdapat lebih banyak lukisan-lukisan yang menarik.
Di bahagian tingkat dua ini juga terdapat sebuah bilik bilik pameran audio visual, dimana terdapat sebuah layar besar (macam sebuah pangung wayang) akan menayangkan dokumentari mengenai sejarah-sejarah penting Pulau Pinang.
Inilah suasana dalam muzium ini, begitu meriah dan 'happening' dengan kehadiran ramai pengunjung yang masing-masing terhibur dan seronok bergambar dengan lukisan-lukisan yang terdapat di situ. Rasanya tak nak lepaskan peluang untuk bergambar dengan semua lukisan-lukisan yang terdapat dalam muzium tersebut. Maklumla bukan selalu datang ke muzium ini.
Seronok jugak datang ke sini, selain dapat bergambar bersama gambar 3D yang terpampang dinding-dinding muzium dan ada juga di lantai. Setiap gambar mempunyai maksud tersirat yang tersendiri.
Ternyata sesetengah lukisan-lukisan yang terdapat di situ seolah-olah berjaya membawa pengujung yang menghayatinya kembali ke zaman silam Pulau Pinang suatu ketika dahulu.
Apabila dapat bergambar bersama dengan lukisan-lukisan ini ternyata ianya sesuatu yang menyeronokkan. Arahan untuk bergambar ada disediakan berhampiran dengan setiap lukisan. Jarak dan kedudukan jurugambar juga diberitahu melalui (stiker tapak kaki di atas lantai) bagi membolehkan pengunjung bergambar dan menghasil photo yang menarik.
Sungguh kagum dengan keunikan gambar-gambar dan lukisan-lukisan yang dipertontonkan. Ianya seolah-olah 'hidup' dan memberi peluang untuk 'masuk ke dalam lukisan' tersebut.
Bukan itu sahaja, di setiap tiket yang diberi terdapat satu bar kod yang boleh diimbas pada pengimbas pada alat "opera mask", dimana apabila diimbaskan, ianya akan memberi reflek topeng kepada wajah kita di screen tv yang disediakan.
Kemudahan
Bila sampai ke sini jangan risau, sebab kemudahan-kemudahan asas seperti tandas ada terdapat di luar dan dalam muzium ini. Gerai-gerai jualan makanan ringan seperti buah potong dengan asam juga terdapat berhampiran kauter tiket. Untuk dapatkan minuman, pengunjung juga boleh beli di mesin jualan air termasuk untuk minuman panas atau sejuk.
Cenderamata Kenangan
Pengunjung yang datang ke sini juga boleh membeli cenderahati sebagai kenangan di kedai berhampiran kaunter tiket.
Terdapat beberapa booths yang menarik juga terdapat di sini iaitu terletak sebelum masuk melalui kaunter tiket. Antaranya, booth servis inai jari dan lakaran potret.
Bagi yang nak mempotretkan wajah di atas kertas lukisan boleh juga menyuruh abang pelukis ni melakarkan wajah kita di atas kertas lukisan dengan kadar bayaran yang tertentu.
Sewaktu kami ke sini, banyak lagi penambahan dan renovation sedang dilaksanakan. Ida percaya, yang muzium ni akan perbesarkan dan perkembangkan lagi memandangkan ianya mendapat sambutan baik dari pangunjung.
Seronok datang ke sini, walaupun aktiviti di sini lebih kepada hanya bergambar, namum ianya tetap mengukirkan senyuman kepuasan kepada kami sebagai pengunjung kali pertama ke sini.
Wah. Menarik penjelasan Puan. Saya cadang nak ke sana hari ni. Dah xsempat kot. Lain kali lah.
ReplyDelete