Genius aulad


Followers

Sunday, November 23, 2014

Panduan Belajar Cara Berenang: Mengajar Asas Berenang Dengan Mudah

Tak pandai berenang? hehe...Sama la kita!! Sebenarnya banyak kelebihan apabila kita pandai berenang. Kemahiran berenang adalah amat diperlukan oleh setiap orang terutamanya kanak-kanak. 

Sukan renang salah satu sukan yang penting dan digalakkan sebagaimana sebuah hadis:-

"Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah": (hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Kajian telah membuktikan kanak-kanak yang didedahkan dengan berenang menunjukkan peningkatan dalam berberapa kelebihan berbanding kanak-kanak lain, termasuklah:
  • Kemahiran motor kasar dan halus
  • Refleksi (masa tindak balas)
  • Kuasa tumpuan (fokus)
  • Kepintaran / kecerdasan
  • Tabiat sosial
  • Interaksi sosial
  • Keyakinan diri
  • Kebebasan
  • Boleh menangani situsi yang diluar jangka.

Ternyata banyak kelebihan yang perolehi daripada kebolehan pandai berenang. Apa yang jelas ialah dari segi keselamatan apabila berada dalam situasi cemas terutamanya ketika berada di pantai, sungai, kolam atau sebagainya.

Sumber: Google Image

Apabila berada dalam air sesiapa sahaja yang tidak pandai mengimbangi badan akan membahayakan keselamatan lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak. Kanak-kanak sememangnya suka bermain air tetapi malangnya mereka tidak didedahkan dengan ilmu bagaimana untuk berenang. 

Bagi kaum wanita, mereka agak malu untuk belajar berenang kerana pakaian yang perlu dipakai sewaktu belajar berenang. Tapi zaman sekarang, set pakaian muslimah telah pun direka khas untuk wanita muslim berenang. Ini membuktikan betapa pentingnya kemahiran renang untuk setiap orang dan tiada halangan untuk tidak belajar. 

Kemahiran-kemahiran renang ini bukan sahaja berguna untuk kesalamatan orang-orang di sekeliling kita, malah amat berguna untuk diri sendiri. Siapa tahu, kita berada dalam keadaan kecemasan untuk selamatkan diri dan ahli keluarga sewaktu banjir dan sebagainya.

Teknik Berenang - Pelajari Asas Berenang Dengan Mudah!

Cara yang terbaik untuk belajar berenang adalah dengan mempelajarinya secara praktikal, tetapi teori asas mengenai cara berenang juga diperlukan. Setidak-tidaknya kita mempunyai pengetahuan dan senang untuk mempraktikkannya. 


Bagaimana untuk mempelajarai teori-teori mudah untuk belajar berenang ni?? Sekarang begitu mudah untuk belajar. Mungkin kita kesuntukan masa dan tidak sempat untuk ke kelas-kelas renang. Ebook Panduan Belajar Cara Berenang ada penyelesaiannya. 

Ebook ini begitu bagus sekali kerana ianya mengajar cara berenang lengkap dengan perkara-perkara asas untuk berenang seperti kaedah kawalan pernafasan, body streamline, kaedah menendang dan menolak air dan sebagainya. 

Kemahiran berenang, adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari dengan tertib. Ebook ini menerangkan satu persatu teknik-tekniknya yang perlu dipelajari untuk berenang. Setiap orang perlu belajar untuk berenang, dan mereka yang sudah mahir juga bukannya terus pandai semudah mereka masuk kedalam air dan terus berenang. 


Panduan belajar cara berenang (Teknik Berenang - Panduan Belajar Berenang Gaya Breaststroke) adalah sebuah ebook bergambar yang disertakan video tentang teknik-teknik asas berenang. Ianya akan mengajar teknik berenang gaya breaststroke, iaitu teknik berenang yang paling mudah dan paling asas untuk anda pelajari di peringkat permulaan.

Harga ebook ini sangat murah dan tidak la terlalu mahal jika dibandingkan dengan bayaran yuran untuk ke kelas-kelas renang. Hanya RM30.00 sahaja!

Haa...apa tunggu lagi, jom kita sama-sama belajar berenang mulai sekarang! Excited nak belajar ni...:) 

Maklumat lanjut mengenai buku panduan ini boleh layari terus web site www.TeknikBerenang.com





3 comments:

  1. bila lah nak pandai berenang ni.... hehehe

    ReplyDelete
  2. brenang memeng hobi peveret. berjam2 dalam air pun xpa.
    kadang2 kalo penat atau sakit otot ke apa ke pegi berendam juga kat kolam renang. hehehehe

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...