Genius aulad


Followers

Tuesday, November 25, 2014

Resepi: Sotong Singgang/Rebus Serai

Di pantai timur, sotong singgang atau rebus sememangnya sinonim terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Cara penyedian resepi ini cukup mudah dan ringkas, namun begitu rasa masakan ini sudah tentunya sedap memandangkan rasa sotong yang segar dan sedap.


Penggunaan serai yang diketuk/dititik menaikkan lagi aroma dan rasa resepi ini. Resepi Sotong Singgang/Rebus Serai sebagaimana dibawah:

Bahan-bahan:
  • 250 gram sotong (dibasuh bersih dan toskan)
  • 2 batang serai (diketuk/dititik)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 4-5 hiris halia
  • 1 keping asam gelugur/asam keping
  • 1 biji cili merah (kalau nak pedas)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Air secukupnya
Cara-cara:
  1. Didihkan air secukupnya dalam periuk (cukup untuk kuah).
  2. Masukkan semua bahan-bahan seperti serai, bawang, halia, asam keping dan cili. Biaran kuah mendidih.
  3. Kemudian masukkan sotong dan biarkan masak sehingga lembut. 
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Padamkan api.
  5. Siap dan sedia dihidangkan.


Selamat mencuba!!

10 comments:

  1. Sy panggil dia sotong rebus..Klu singgang yang lain pulak..singgang tu yg buh bawang putih dgn lengkuas.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..macam-macam orang panggil..sbb nk sama=)

      Delete
  2. wah first time tengok sotong dibuat singgang.. selalu ikan je kan

    ReplyDelete
  3. kali pertama juga kak ana lihat singgang sotong ni, tapi kalau di rumah ni jenis yg kuah air macam ni susah sikit nak laku..kena pedas2..lain orang lain citarasanya kan, thanks for sahring Ida :)

    ReplyDelete
  4. singgang sotong.. kalau cicah dengan budu mesti sedap! :)

    ReplyDelete
  5. Duduk dgn hausmet kelate baru kenal masak singgang. Hehe

    ReplyDelete
  6. saya suka singgang!! emm.. ni masak org bujang super duper pemalas macam saya ni sgtlah best.. thanks! dah xda idea apa nak masak sebenarnya.. =.=

    ReplyDelete
  7. xpernah makan lg.. nampak mcm tom yam

    ReplyDelete
  8. Sedap cari sotong kecik..sotong jarun pun ok

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...