Genius aulad


Followers

Tuesday, November 18, 2014

Kaedah dan Teknik Mengajar Anak Cepat Membaca Seawal 4 Tahun

Zaman dah berubah. Anak-anak zaman sekarang tak sama seperti anak-anak zaman dahulu, zaman ibubapa dan nenek mereka. Dahulu kelengkapan untuk belajar serba kekurangan. Kalau dulu, ada sekolah, guru tak cukup; ada buku, tapi tak pandai pula membaca dan tak faham. Begitulah yang boleh digambarkan suasana pembelajaran pada zaman dahulu.

Tapi sekarang zaman dah berubah anak-anak zaman sekarang begitu bertuah dan beruntung kerana mempunyai ibubapa yang serba berpengetahuna malah ada juga berpelajaran tinggi. Namun, tidak kiralah apa status kita sebagai ibu bapa sekali pun, yang penting kita mahukan anak-anak kita berpelajaran sejajar dengan keadaan semasa yang penuh dengan persaingan. 

Oleh itu tangungjawab mengajar dan mendidik anak-anak tidak seharusnya diserahkan 100% ke atas bahu guru yang mengajar mereka, sebaliknya ibubapa haruslah memainkan peranan yang sewajarnya mendidik dan mengajar anak-anak sendiri terutamanya dalam mengajar proses membaca.


Membaca adalah merupakan asas yang utama dalam membentuk anak-anak yang bijak dan pandai. Sebagaimana yang kita lihat, sekarang sudah ramai anak-anak yang sudah pandai membaca sebelum mereka masuk tadika atau pra-sekolah lagi. Mereka bukannya pandai dengan sendiri di rumah, sebaliknya mereka telah diajar dan diasuh membaca dari peringkat awal lagi oleh ibu bapa mereka. 

Perkara yang penting untuk mengajar anak supaya cepat pandai membaca antaranya ialah dengan memupuk minatnya dahulu. Bagaimana??

Bolehkah terus mengajar anak yang berusia 2-3 tahun untuk terus membaca? Semestinya susah kerana mereka tidak didedahkan pada peringkat awal. Oleh itu, memupuk minat anak untuk membaca adalah asas bagi mengajar anak untuk cepat pandai membaca.

Terdapat beberapa kaedah untuk memupuk minat anak-anak membaca dan langkah-langkah ini jugalah yang sering dipraktikan untuk Afif, 2 tahun. Antaranya langkah-langkahnya ialah:

  • Belajar cara untuk mengajar mengikut kaedah Mari Belajar Membaca I-Sina - Mengajar anak yang serba tidak tahu adalah sememangnya susah. Tapi dengan bantuan mengajar dengan cara yang betul boleh mempercepatkan ibubapa mengajar anak-anak supaya cepat pandai membaca.
  • Beli buku yang sesuai untuk mereka - walaupun mereka tidak pandai membaca tapi sekurang-kurangnya sudah boleh simpan dalam minda mereka apa yang mereka lihat. Dahulukan dengan buku-buku yang bergambar dengan ejaan yang mudah terlebih dahulu.
  • Jadi contoh untuk anak-anak - Kadang-kala anak-anak tidak perlu diajar dan disuruh untuk melakukan sesuatu yang kita mahu, sebaliknya mereka akan melakukannya sendiri setelah melihat kita melakukannya. Cuba membaca buku didepan mereka, percayalah mereka juga akan mengambil buku mereka untuk membacanya!
  • Membaca bersama mereka - Anak-anak semestinya tidak mahu membaca jika disuruh membaca sendirian. Sebaliknya ibubapa haruslah melapangkan masa membaca untuk mereka. Mereka akan mendengar dan cuba untuk menceritakan apa yang mereka lihat.
  • Jadikan membaca sebagai amalan setiap hari - "Belakang parang, kalau hari-hari diasah lagi kan tajam", ini kan pula anak-anak kita yang masih tak tahu membaca. Jika setiap hari mereka didedahkan untuk membaca, insyaAllah mereka boleh!
  • Jadikan membaca sesuatu yang menyeronokkan - Kanak-kanak sememangnya cepat bosan jika ibubapa terlalu tegas dan terlalu memaksa. Oleh itu, jadikan amalan membaca sesuatu yang menyeronokkan, termasuklah membaca sambil menyanyi, membaca sambil berlakon, mewarna, melukis dan tidak salah membaca sambil bergurau senda dengan mereka. Gunakan kaedah-kaedah yang diterapkan dalam Program Belajar Membaca I-Sina. Apabila mereka terhibur, mereka akan gemar dan akan suka membaca.
  • Tampalkan poster-poster supaya mereka selalu lihat - Perkembangan minda anak-anak adalah dipengaruhi oleh apa yang mereka lihat. Selain melihat huruf A,B,C dalam buku, mereka juga melihat di sekitar mereka penuh dengan apa yang mereka pelajari, termasukklah di bilik tidur, di dinding dan sebagainya. Rumah Ida sendiri pun dah macam tadika, bertampal-tampal boleh tengok sini.

Kaedah dan teknik mengajar membaca yang berkesan terdapat banyak lagi dalam program Buku Mari Belajar Membaca I-Sina. Di sini Ida sendiri baru didedahkan dengan sebuah buku mengenai Program Belajar Membaca I-Sina ni. Dimana ianya sebuah program dalam bentuk buku untuk memberikan pembelajaran secara menyeluruh kepada kanak-kanak supaya dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat, mudah dan efektif. Ianya juga sesuai untuk ibubapa dan guru tadika atau sekolah untuk dijadikan rujukan untuk mengajar. 

InsyaAllah program buku ini menjanjikan anak-anak mampu membaca dengan lancar seawal usia 4 tahun hasil tunjuk ajar ibubapa mereka sendiri. Ramai ibubapa yang tidak ada pengalaman mengajar, mampu untuk melatih anak-anak mereka untuk fasih membaca di peringkat awal dan juga dapat membantu mengatasi masalah anak-anak yang masih tidak kenal huruf.

Program buku ini menyediakan arahan dan langkah-langkah yang telah diberikan secara efektif untuk mengelakkan tekanan dan kekeliruan kepada anak-anak. Ibubapa sememangnya sibuk dengan urusan harian, tapi apa salahnya jika hanya berikan 10-15 minit sehari untuk mengajar anak. 

Apa yang penting program buku I-Sina ini memberikan penekanan kepada kefahaman anak-anak bukannya hafalan. Oleh itu mereka anak menunjukkan minat apabila mereka faham dan boleh mengikuti program.


Jom sama-sama dapatkan program buku dan CD dari I-Sina dengan tawaran hebat di sini. Apa la salahnya kita korbankan hanya RM50.00 untuk belajar mendidik anak-anak kita supaya pandai membaca.


Boleh juga layari terus web I-Sina di www.i-sina.net untuk maklumat lanjut berkaitan Program Mari Belajar Membaca ni.

2 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...