Genius aulad


Followers

Tuesday, May 27, 2014

Pembelajaran Anak: Rumah Macam Tadika

Masih terlalu awal untuk Afif yang baru nak masuk 2 tahun ni belajar secara formal. Kanak-kanak peringkat usia ini akan belajar sendiri menggunakan semua benda-benda di sekelilingnya. 


Dek kerana hobi mainannya sebelum ini ialah menulis, so mama sengaja bagi pen/pensil dan buku untuk Afif. Bila dapat pen dan buku dia memamg asyik dan leka menconteng pada buku tersebut. Boleh la, mama memasak lama-lama sket bila time dia bermain buku dan pen ni. 



Tapi malangnya, bila anak mama ni dah pandai dan dah jemu menulis pada buku, dia dah mula mencari hobi baru, iaitu menulis dan menconteng jugak, bukan pada buku dan kertas lagi tapi pada dinding!! 

Aduuii...pening kepala mama. Bukannya tak perhatikan dia bermain, cuma terlepas pandang sekejap je, habis satu dinding dicontengnya.

Ini..


dan ini lagi..


Conteng dangan pensil ok lagi boleh padam dengan pemadam. Tapi bila diconteng dengan pen, melekat kat situ la dakwatnya. 


Ida sengaja tampalkan learning cards di bahagian dinding rumah supaya dapat menutup hasil seni Afif setelah habis dicontengnya. Nampaknya Afif sudah mula minat untuk belajar mengenal gambar. Dia suka melihat bentuk-bentuk objek dan gambar-gambar binatang serta bunyi


Jadi mama tampalkan poster-poster atau learning card supaya dia dapat lihat dan belajar. Tak sangka dia memang suka, terutamanya gambar-gambar binatang seperti gambar kucing. Bukan itu sahaja, dia cuba untuk pegang dan sentuh gambar binatang yang dia suka dan cium.hahaha....hadoooii...Boleh pulak macam tu..Orang suruh tengok je, dia siap pergi cium-cium (ummmmpphh).





Di samping gambar-gambar haiwan, Afif juga sudah mula belajar mengenal warna dan bentuk. Sebenarnya masih terlalu awal untuknya mengenal huruf dan number. Tapi, tak mengapalah mama letakkan jugak...ABC, 123, dan Alif-Ba-Ta..


Sekarang ni rumah dah macam tadika dah. At least Afif boleh belajar walaupun dirumah..Orang cakap demi anak, tak mengapalah. Dah lumrah nak membesarkan anak...=)





2 comments:

  1. saya jadi cikgu taska sementara. Kalau duduk rumah, ibu boleh perhatikan kelakuan anak2 dengan dekat. ^_^ Mungkin bila umur Afif sudah 4 tahun, boleh hantar ke taska. Heheh. Btw, comel anak akak. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooowhh yeke..tu la, tggu dia 4thn blh la hntr tdka pulak.hehe...tq...=)

      Delete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...