Genius aulad


Followers

Tuesday, May 20, 2014

"Imam Muda" Afif 1 Tahun 9 Bulan

Terhibur melihat telatah anak yang kian membesar. Betul la orang kata, anak sumber inspirasi. Penghibur saban hari takkala meniti waktu. Sedar tak sedar usia kita pun dah meningkat. Afif ketika ni berusia 1 tahun 9 bulan. Dah semakin besar dah. 


Gambar ni sudah lama tersimpan dalam fon. Baru-baru ni baru sempat copy ke laptop. Kanak-kanak seusianya memang cepat belajar, cepat meniru dan cepat mendengar apa yang orang lain buat. 

Afif dengan kopiah papa dan sejadah kecilnya. Dia akan turut merenget-renget nakkan kopiah dan sejadah juga bila melihat mama dan papa solat. 



Walaupun dia tidak petah menuturkan perkataan dengan betul, tetapi segala yang dilihat dan yang didengar akan disimpan dalam sistem otaknya.  



Apa yang tak boleh dilupakan, bila disuruh doa..dia akan menadah kedua-dua tangannya dan akhir sekali dengan lantangnya menyebut "amin". Perkataan "Amin" je yang jelas.hehe... 



Tak mengapalah semoga anak mama akan ingat sampai besar kelak apa yang di ajar...Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak mama..Kalau besar nanti betul-betul jadi imam muda apa salahnya...=)




2 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...