Genius aulad


Followers

Wednesday, May 28, 2014

Resepi Daging Masak Hitam Special

Selalunya untuk daging, Ida akan goreng biasa je. Tapi kali ni, Ida nak cuba buat daging masak hitam. Suami Ida memang gemarkan masakan yang berasaskan tumis dan mempunyai kuah yang pekat-pekat ni. 


Daging masak hitam ni sedap dan sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi beriani serta nasi minyak. Resepi daging masak hitam ni sesuai digandingkan bersama acar timun. Emmmm..Sedap...


So, jom tengok resepi daging masak hitam sebagaimana di bawah ni..

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg daging (dipotong nipis)
  • 2 ulas bawang merah - labu besar (dikisar)
  • 2 ulas bawangg putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 ulas bawang besar (dimayang)
  • 2 sudu cili giling
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar 
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 cawan kicap pekat
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit minyak masak (untuk menumis)
  • Lada merah (hiasan)

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan-bahan kisar bersama cili giling, bunga lawng dan kulit kayu manis sehingga wangi.  
  2. Campurkan sekali serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar bersama sedikit air (jadikan pes) dan masukkan dalam bahan tumis. Kacau sekata.
  3. Kemudian masukkan daging dan air secukupnya. Biarkan air kering sehingga daging empuk.
  4. Setelah daging empuk, masukkan kicap pekat, air asam jawa, garam, serbuk perasa dan sedikit gula secukupnya. 
  5. Gaul dan kacau sekata dan biarkan kuah pekat bersalut pada daging.
  6. Selepas tu boleh la masukkan bawang besar yang dimayang. Biarkan bawang layu sedikit boleh la padamkan api. 
  7. Siap dan sedia dihidangkan. 




Untuk resepi acar timun boleh klik disini.

Selamat mencuba...=)





10 comments:

  1. menyelerakan kak..boleh cuba untuk berbuka puasa ramadhan ni..hihi :)

    ReplyDelete
  2. Fiza suke makanan masak kicap.. tak kisah la daging, ayam.. mmg sedap...

    ReplyDelete
  3. bila tgk daging masak hitam nih , baru teringat ... dah lama tak masak resepi nih . mudah2an ingat nak masak ni bila ada daging nanti ... done follow sini ( 291 )

    ReplyDelete
  4. Sedapnyoo kak.Lapor pulak hukhuk

    ReplyDelete
  5. Macam best jer resipi daginmg ni…mintak share ye dear..:)
    Jom bertukar2 link di blog saya
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. salam.. singgah blog dan terus join blog.. selamat berkenalan..

    ReplyDelete
  7. Salam Perkenalan,
    Saya masih baru dlm dunia blog (walaupun dah tua :))
    Saya ada amik resipi awak.. tapi camana nak link ekk..

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...