Followers

Saturday, June 29, 2013

Nasi Arab di Restaurant Saba

Sebut saja, nasi arab mesti teringat nasi arab kat Saba Restaurant ni. Ini kali kedua dah kami berkunjung ke Saba Restaurant yang terletak di Setiawangsa. Mungkin lain kali boleh cuba pergi ke cawangan Saba Restaurant kat Cyberjaya pula. 



Antara menu nasi yang terdapat di sini ialah Kabsah Lamb, Hanith Lamb, Mandi lamb, Kabsah Chicken, Hanith Chicken, Mandi Chiken. Soup pula ada Mushroom Cream Soup, Chicken Cream Soup dan Lamb Soup. Menu-menu lain pun ada juga. Semua menarik dan nampak macam sedap je.

Kali ni, saya dan family (suami dan anak saya je.hehehe)..jalan-jalan cari makan lagi ke Restaurant Saba Setiawangsa yang terletak di Dataran Jelatek. Restoran ini terletak berhadapan dengan stesen LRT Setiawangsa. Restorannya terletak di tingkat 1 dan 2. Kami makan di tingkat 1, outdoor sket, boleh tengok pemandangan dari bawah. Read more »

Friday, June 28, 2013

Mee Goreng Basah

Resepi kali ni Mee Goreng Basah. Resepi ni saya masak time bosan makan nasi, nak makan makanan selain nasi. Senang sebab tak payah sediakan lauk pauk. 


Bahan-bahan 

  • 500-600 gm mee kuning (1 Paket)
  • 1 keping dada ayam
  • 6-8 ekor udang 
  • 1 biji telur
  • 1/2 bawang besar(dimayang)
  • 2 ulas bawang putih(dicincang)
  • 3 sudu sos tiram
  • sudu kicap pekat
  • 3 sudu sos tomato
  • Sawi @ kobis
  • Sekeping tauhu goreng (jika mahu)
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3 sudu cili giling
  • Garam 
  • Secukup rasa
  • Minyak utk tumis bawang
  • Air secukupnya

Lain-lain
  • Timun batang
  • Limau nipis


Cara-cara
  1. Tumis bawang dan bawang putih hingga agak garing.
  2. Masukkan cili giling ke dlm kuali setelah bawang garing
  3. Biar sampai bahan tumis pecah minyak, masukkan isi ayam. Bila ayam dah masak, masukkan sos tiram, sos tomato, kicap dan.kacau rata.. masukkan 1 cawan air. 
  4. Masukkan udang, tunggu seketika udang nampak merah.
  5. Masukkan tauhu (jika mahu), garam, secukup rasa dan gula. Biarkan mendidih, dan pecahkan telur ke dalam kuali, kacau lagi. 
  6. Lepas tu baru masukkan mee. Kacau rata.
  7. Akhir sekali masukkan sayur. Kalau nak lebih gelap warna nya tambah kicap.
  8. Kalau nak pedas, potong cili api dan masukkan ke dalam mee. 
  9. Sedia di hidang, dan makan panas-panas. Sebab kalau tunggu sejuk mee jadi kembang, dan tak jadi basah la dah kering..:P



*Sempoi, janji sedap...hehehe...




Resepi Sambal Bilis Petai

Sambal petai ni juga merupakan favorite husband. Nak-nak tumis dan tambah dengan petai. Resepi saya ni ringkas je. Mungkin orang lain, ada cara yang tersendiri. Untuk sambal bilis ni, saya sengaja perbanyakkan tumisnya, suami suka gaul dengan nasi. Ada sambal tumis ni, tak pandang dah yang lain. Hehehe...

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk kecil ikan bilis (bersihkan dan tos)
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 3 papan petai, ambik isinya (saya gemar letak bersama kulitnya)
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 1 sudu asam jawa
  • Secukup rasa 
  • Garam (Jika perlu-sebab ikan bilis sudah masin)
  • Air secukupnya

Kisar:
  • 7 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia

Cara-cara 


  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum.
  2. Kemudian masuk cili kisar dan tumis hingga garing.
  3. Masukan asam jawa, air (sedikit-jika perlu), garam, secukup rasa, kacau dan masak hingga pekat.
  4. Masukan petai dan hirisan bawang besar, masak sekejap hingga bawang layu.
  5. Sedia dihidang.




* Kalau nak masukkan santan pun boleh juga. Tapi resepi saya ni saya tak masukkan lah, sempoi kan..janji sedap..;P




Ini versi yang saya buat bila petai dikupas kulit dan dibelah dua. 




Hidangan Petang Celup Tepung (Kentang & Seafood Ball)

Selamat Petang..(Kalau petang la...:),

Kali ni nak share resepi yang baru dicuba untuk hidangan waktu-waktu petang bersama seisi keluarga.  Macam mana resepi ni yer?? Ok, pernah tengok tak apa ni?


Selalu jual kat tepi-tepi pantai, pasar-malam pun ada....ini satay seafood pelbagai sebelum digoreng celup tepung. Ini la yang saya akan goreng. Cuma tambah ubi kentang jika mahu. Resepi ni dari adik saya yang gemarkannya. 

Bahan-bahan

Seafood pelbagai (ada yang dijual dalam paket)
5 biji ubi kentang
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
secubit garam
secubit gula
sebiji telur


Cara-cara
  1. Pertama sekali, sediakan semua fishball, prawnball, crabball dan lain-lain. 
  2. Selepas tu, ubi kentang dikupas, dan potong sederhana kecil. 
  3. Kemudian, gaul semua tepung ke dalam mangkuk.
  4. Masukkan telur kacau sebati.
  5. Masukkan gula, garam dan gaul lagi.
  6. Celup semua seafood balls dan ubi kentang tadi dan goreng sehingga garing.
  7. Sedia dihidang dan sedap dimakan dengan sos cili.




Nak sedap, guna sos ni..(juga adik saya yang recomend.hehehe..)



Nak sedap lagi, makan petang bersama sambil minum teh ais untuk menghilang kan dahaga pada hari cuaca yang panas. fuhhhh....






Ikan Keli Goreng Berlada

Ikan keli? Ramai yang suka, ramai juga yang tak suka. Bagi Ida ok je, sedap..tapi nak masak rumit, sebab bau hanyir dan berlendir. Lagi satu, nak goreng pun susah.....habis meletup letup. Bagi memenuhi cita rasa suami yang gemarkan ikan keli berlada ni, Ida masakkan la jugak. 

Sedap, memang sedap...untuk resepi versi kali ni, saya gunakan lada hijau je, bagi yang nak gunakan lada merah sekali pun boleh. 




Bahan-bahan


  • Ikan keli sederhana besar
  • 1 keping asam gelugur/asam keping (boleh juga guna asam jawa)
  • Secubit gula
  • Secubit garam dan kunyit
  • Bawang Besar (hiasan) 
  • Minyak untuk menumis
  • Secukup rasa

Bahan dikisar :

  • 3 Ulas Bawang putih
  • 2 Ulas Bawang merah
  • 10 biji cili hijau (kalau nak pedas boleh tambah) - di tumbuk untuk elak terlalu hancur

Cara-Cara
  1. Bersihkan ikan keli. Saya selalu gunakan asam jawa untuk hilangkan hanyir. Lumur pada ikan keli untuk buang lendir. *Ada orang kata gunakan limau nipis dan daun limau purut untuk hilangkan hanyir. 
  2. Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan. Hati-hati mengoreng. Kalau boleh, guna penutup kuali. Nak senang saya goreng dalam Pemanggang Ikan Ajaib (Ikan tak melekat, minyak tak meletup)
  3. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Masukkan gula dan asam keping hingga garing.
  4. Tambah secukup rasa dan bawang besar yang di potong-potong.
  5. Angkat dan tuang di atas ikan keli goreng tadi
  6. Sedia dihidangkan.

*Ini pula resepi versi cili merah+cili hijau. Bahan-bahan dan cara-cara sama je. Selamat mencuba...






Wednesday, June 26, 2013

Ulang Tahun Kelahiran Afif, 1 Tahun

Hari ni 26 Jun 2013, genap umur anak saya 1 tahun. Bangun pagi-pagi memang dah terkeluar dah dari mulut ni "Selamat hari lahir, cayang", walaupun dia tak tahu apa-apa. Tapi kucupan kasih sayang seorang ibu, tak pernah lekang kat pipi anak mama sorang ni..hehe...

Semalam Papa Afif dah tanya, esok hari jadi Afif, nak hadiah apa? Nak celebrate kat mana? Macam teruja je sebab ini lah kali pertama menyambut ulang tahun kelahiran anak pertama yang ke-1.


Tanpa dirancang, birthday Afif disambut bertemakan White and Red color! Papa belikan sebiji kek dan celebrate kat Pizza Hut, Wangsa Maju. 


"Smart Like Daddy, Sweet Like Mommy", Smart Like Papa, Sweet Like Mama...wah...so cute..ini la baju Afif. Happy tengok Afif sihat dan ceria je. Maklum la baru lepas sembuh dari demam, cirit-birit, batuk dan selsema..Kesian anak mama.


Telatah Afif memang menghiburkan, walaupun belum boleh berjalan, tetapi mulutnya tak pernah diam duk potpetpotpet. Satu PizzaHut dengar suara dia. Mungkin dia tak tahu apa-apa tapi nampak dia memang seronok lah tu..:)









Birthday Cake untuk Birthday Boy. Semoga anak mama sentiasa sihat, cepat besar dan jadi anak yang baik-baik. :)






Once again..Happy 1 year Birthday for Afif...:)











Saturday, June 22, 2013

Resepi Kangkung Goreng

Salam..

Hari ni Ida nak share resepi kangkung goreng yang dimasak tengah hari tadi. Rasa nak makan sayur kangkung plak. Kebetulan tengok kangkung segar-segar kat pasaraya tadi. K...jom masak...

Bahan-bahan 

  • 1 ikat sayur kangkung
  • Sedikit ikan bilis
  • Sedikit fish ball (di belah 2)
  • Sedikit sos ikan
  • Sedikit belacan (jika mahu)
  • 2 ulas bwg putih diketuk/dihiris
  • Cili merah dihiris/diketuk
  • Garam & secukup rasa
  • Minyak 


Cara-cara
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih.
  2. Masukkan fish ball, ikan bilis dan belacan. Biarkan sekejap.
  3. Masukkan kangkung yang telah dipotong dan cili merah yang diketuk.
  4. Masukkan garam (hati-hati sebab ikan bilis sudah masin) dan masukkan secukup rasa.
  5. Kacau sekejap dan boleh angkat. Jangan biarkan kankung terlalu layu. 



Fuhh....Sedap dimakan time panas-panas.






Thursday, June 13, 2013

Bercuti ke Genting Highlands

Salam,

Wah, kali ni kene  reverse story pada September 17, 2011..hehe..(Nasib baik ada date kat photo..:p ). Ok..ini percutian pertama selepas kawin. Kira bercuti in honeymoon mood la jugak. hehehe.. 

Setelah planing tersusun rapi oleh my mr. husband, kami bertolak seawal pagi untuk ke Genting Highlands. 





Dah sampai....Tak sabar sangat untuk ke sini, sebab ini la 1st time untuk menjejakkan kaki di sini tambah-tambah lagi bersama suami.:) 



Parking kereta dulu. Pastu baru naik cable car menuju ke puncak. Naik cable car ni pun 1st experience bagi saya ni. That's why, so...happy.. Nasib la, tak gayat sangat. Pagi lagi kami dah sampai, orang pun tak ramai lagi. 






Dah sampai puncak, kami beli tiket in door and out door skali..Tapi tak habis pun explore sume. 


Banyak sangat gamenya, yang paling famous kat Theme Park ni la. Game ni yang tak boleh lupa, ni hah...naik roket ni. Naik sekali, sumpah tak nak naik lagi dah...bagai nak tercabut jantung di buatnya..


Hmmm...seronok, seronok, seronok...hehee..




Kat sini banyak tempat yang cantik-cantik. Macam kat 'rumah coklat' ni. Berwarna-warni dengan pelbagai jenis coklat Berly's. Apa lagi, seronok sakan la bergambar...:)
















Tempat yang paling best juga ialah kat Dinosaurland ni. Banyak dinosaur-dinosaur batu je, kalau yang hidup betol-betol nanti semua orang lari la kan..hehe..



Kalau anda datang ke Genting Highland ni, jangan lupa amik gambar kat sini. Bila lagi nak bergambar ala-ala di London kat Malaysia ni..




Kat sini pulak macam Korea ala-ala musim bunga dan winter..:)






Ok..ini lah sweet memory and sweet moment for both of us...:)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...