Followers

Wednesday, June 26, 2013

Ulang Tahun Kelahiran Afif, 1 Tahun

Hari ni 26 Jun 2013, genap umur anak saya 1 tahun. Bangun pagi-pagi memang dah terkeluar dah dari mulut ni "Selamat hari lahir, cayang", walaupun dia tak tahu apa-apa. Tapi kucupan kasih sayang seorang ibu, tak pernah lekang kat pipi anak mama sorang ni..hehe...

Semalam Papa Afif dah tanya, esok hari jadi Afif, nak hadiah apa? Nak celebrate kat mana? Macam teruja je sebab ini lah kali pertama menyambut ulang tahun kelahiran anak pertama yang ke-1.


Tanpa dirancang, birthday Afif disambut bertemakan White and Red color! Papa belikan sebiji kek dan celebrate kat Pizza Hut, Wangsa Maju. 


"Smart Like Daddy, Sweet Like Mommy", Smart Like Papa, Sweet Like Mama...wah...so cute..ini la baju Afif. Happy tengok Afif sihat dan ceria je. Maklum la baru lepas sembuh dari demam, cirit-birit, batuk dan selsema..Kesian anak mama.


Telatah Afif memang menghiburkan, walaupun belum boleh berjalan, tetapi mulutnya tak pernah diam duk potpetpotpet. Satu PizzaHut dengar suara dia. Mungkin dia tak tahu apa-apa tapi nampak dia memang seronok lah tu..:)









Birthday Cake untuk Birthday Boy. Semoga anak mama sentiasa sihat, cepat besar dan jadi anak yang baik-baik. :)






Once again..Happy 1 year Birthday for Afif...:)











No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...