Followers

Friday, June 28, 2013

Mee Goreng Basah

Resepi kali ni Mee Goreng Basah. Resepi ni saya masak time bosan makan nasi, nak makan makanan selain nasi. Senang sebab tak payah sediakan lauk pauk. 


Bahan-bahan 

  • 500-600 gm mee kuning (1 Paket)
  • 1 keping dada ayam
  • 6-8 ekor udang 
  • 1 biji telur
  • 1/2 bawang besar(dimayang)
  • 2 ulas bawang putih(dicincang)
  • 3 sudu sos tiram
  • sudu kicap pekat
  • 3 sudu sos tomato
  • Sawi @ kobis
  • Sekeping tauhu goreng (jika mahu)
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3 sudu cili giling
  • Garam 
  • Secukup rasa
  • Minyak utk tumis bawang
  • Air secukupnya

Lain-lain
  • Timun batang
  • Limau nipis


Cara-cara
  1. Tumis bawang dan bawang putih hingga agak garing.
  2. Masukkan cili giling ke dlm kuali setelah bawang garing
  3. Biar sampai bahan tumis pecah minyak, masukkan isi ayam. Bila ayam dah masak, masukkan sos tiram, sos tomato, kicap dan.kacau rata.. masukkan 1 cawan air. 
  4. Masukkan udang, tunggu seketika udang nampak merah.
  5. Masukkan tauhu (jika mahu), garam, secukup rasa dan gula. Biarkan mendidih, dan pecahkan telur ke dalam kuali, kacau lagi. 
  6. Lepas tu baru masukkan mee. Kacau rata.
  7. Akhir sekali masukkan sayur. Kalau nak lebih gelap warna nya tambah kicap.
  8. Kalau nak pedas, potong cili api dan masukkan ke dalam mee. 
  9. Sedia di hidang, dan makan panas-panas. Sebab kalau tunggu sejuk mee jadi kembang, dan tak jadi basah la dah kering..:P



*Sempoi, janji sedap...hehehe...




No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...