Followers

Tuesday, September 8, 2015

Trip ke Cameron Highland Pengalaman yang Menyeronokkan.

24 April 2015 yang lepas kami berpeluang untuk mengikuti trip ke Cameron Highland bersama lebih kurang 30 peserta termasuk teachers dan family. Ida bersama husband dan Afif juga tak lepaskan peluang untuk ke sana. Kami pergi sedikit awal dari tarikh yang dirancangkan iaitu pada 1 Mei 2015, cuti umum labor day. Memandangkan hari tersebut banyak homestay yang fully booked, so terpaksalah kami awalkan tarikh trip tersebut. 

Apa yang paling best apabila kami sememangnya sudah lama merancang untuk pergi bercuti. Pada mulanya, destinasi pilihan adalah untuk ke Pulau Perhentian, tapi terpaksa dibatalkan setelah mendapat banyak request untuk ke Cameron Highland. InsyaAllah, Pulau Perhentian untuk next trip pulak :-).

Seawal jam 8.00 pagi kami berkumpul dan memulakan perjalanan jam 8.30 pagi sebagaimana yang dijadualkan. Perjalanan kami melibatkan 5 buah kereta. Perjalanan dari Kubang Kerian, Kelantan mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk ke sana. Setibanya di Gua Musang lebih kurang jam 11.30 pagi kami berhenti rehat dan makan seketika. Kat sini kami lunch dengan nasi ayam madu. Boleh tahan sedap :-)

Selesai lunch kami meneruskan perjalanan yang masih berbaki lebih kurang 2 jam. Tidak jauh lari dari jadual yang ditetapkan finally kami tiba ke sana kira-kira jam 2.30 ptg. Perasaan melonjak gembira tak sabar untuk ke ladang teh di Tanah Tinggi Cameron Highland. Bukan ladang teh sahaja tempat yang menarik di sini tau. Terdapat banyak lagi tempat-tempat lain yang menarik yang tetdapat di sini. Nak tahu? Jom ikuti tempat-tempat menarik yang sempat kami lawati sepanjang kami di sana.

BOH Plantation.

Selain dari ladang teh Bharat, BOH Plantation juga merupakan tempat yang sering menjadi tarikan pengunjung. Ianya terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. Kami memilih untuk ke BOH Plantation kerana ianya lebih dekat memandangkan kami tiba dari arah Gua Musang. Jalan untuk ke sana agak bersimpang siur sedikit, so kene berhati-hati. Setibanya di sana MasyaAllah.....sejuknya mata memandang kehijauan ladang-ladang teh yang terbentang luas.


Saturday, July 4, 2015

Hiasan Dalaman: Lampu Hiasan Penyeri Rumah

Tiktoktiktok....masa berlalu. Rumah Ida sudah pun dah masuk fasa untuk mendeco-deco dah. Selesai sahaja proses mengecat rumah, en.suami terus mengajak untuk membeli lampu-lampu di dalam dan luar rumah. Apa lagi perasaan melonjak-lonjak happy nak hias rumah, walaupun Ida bukannya pandai sangat. Maklum la rumah sendiri, perasaan tu lain sket nak bagi rumah tu cantik!!!

Planning awalnya rumah kami siap sebelum raya, tapi banyak benda lagi tak setle, so kene tunggu lepas raya jugak la.. Takpe, yang penting tak kelam kabut sebab banyak benda lagi tak siap, termasuk langsir yang masih tersadai dalam bilik jahit tu..huhu..

Haa...kami memilih sebuah kedai area Kota Bharu untuk membeli lampu hiasan ni. Tokey cina. Lampu-lampu kat kedainya cantik-cantik dan murah. Macam-macam jenis lampu ada. Suka sangat:-). Ini la Afif, dia pun sibuk memilih lampu jugak...


Bahagian ruang tamu dan dapur kami guna lampu downlight. Untuk bilik kami gunakan lampu pendafloor biasa. Ruangan yang bewarna oren ni adalah dining. Ida suh en.husband letak satu lampu kristal. Lampu ni boleh bertukar-tukar cahaya/warna. Cantik sangat. Tu la yang pi ambik jugak walaupun lampu ni tinggal hanya yang display.


Sunday, June 14, 2015

Misi Memilih Warna Cat untuk Dalaman Rumah

Salam readers and bloggers!! Teruja untuk blog entry kali ni, sebab ianya mengenai rumah kami. Alhamdulillah..hasrat untuk memiliki rumah sendiri hampir tercapai..Syukur yaAllah.. Buat masa sekarang boleh dikatakan 95% siap. Sekarang cuma tunggu elektrik dan air je yang belum beres.

So, berbalik pada tajuk kali ni..sebenarnya part memilih warna ni baru sahaja settle. Pening jugak untuk membuat pilihan warna rumah ni kan. Warna memainkan peranan yang besar jugak la dalam memastikan rumah yang didiami tu cantik dan selesa. Part luar rumah dah tak de masalah sebab semuanya dah ditetapkan sebagaimana dalam plan. Tapi part yang dalam rumah kami diberi option untuk memilih warna cat sendiri. Kalau tak warnanya hanya warna putih sahaja.

Banyak juga house/wall color catalog yang kami refer termasuk nippon, sissons dan juga colourland, but finally kami memang tertarik dengan catalog interior collection nippon paint. Harga boleh tahan, no wonder color nya cantik! Mane tak jatuh hati...tengok la sendiri cantiknya. Setiap orang ada cita rasa tersendiri, bagi Ida...Ida sukakan gabungan soft and bright color.



Sunday, June 7, 2015

Resepi Telur Dadar Kulit Sisir Simple

Simple tetapi sedap itu la ungkapan yang sesuai bagi resepi kali ini. Kulat sisir sememangnya istimewa kerana bukan selalu kita boleh dapat kulat sisir ni. Kulat sisir hanya tumbuh pada musim-musim tertentu sahaja. Selalunya ia akan tumbuh pada permukaan batang-batang pokok mati dalam keadaan cuaca lembab.



Kat mane Ida pergi cari kulat sisir ni? Ha...kulat sisir ni Ida beli kat pasar tani je. RM3/secawan. Kulat sisir ni sedap dibuat masak lemak dan di goreng dengan telur. Memandangkan sekarang ni sibuk bebenar..so tak sempat nak spend masa lama-lama kat dapur. Niat di hati cuma nak goreng telur je tapi bila ade kulat sisir ni boleh la buat kelainan sket. So, Ida nak masak telur dadar kulat sisir yang simple tetapi sedap ni.

Monday, April 13, 2015

Keropok Lekor Losong C.I.K Jerteh, Terengganu...Sodap!!

Terengganu sememangnya sebuah negeri yang tidak asing lagi dengan kerepok lekor. Orang kata keropok lekor 696 kat Terengganu sedap. Tapi masih belum berkesempatan untuk merasanya lagi.huhu...Tapi tidak kurang sedapnya jugak keropok lekor losong C.I.K di Jerteh. 


Boleh dikatakan kami sekeluarga kerap juga berulang alik dari Kelantan ke Terengganu. On the way nak balik Kelantan memang selalu juga kami singgah di medan selera keropok lekor losong ni.

Lokasi keropok lekor losong C.I.K ni terletak di Medan Selera, Keropok Lekor Losong, No. 10, Kg. Gerai Muda, 22200 Jerteh, Terengganu.

Kat sini ada jual keropok lekor losong yang mentah (separa masak), keropok yang siap di goreng dan keropok-keropok segera, keropok keping, serta macam-macam lagi. 


Makan di Restoran Mawar Merah, Wakaf Che Yeh

Restoran Mawar Merah, Wakaf Che Yeh, Kelantan. Restoran ni dah jadi favorite restoran Ida dan suami. 1st time datang sini, husband yang bawak; katanya kat sini makanannya sedap. Hmmmm...pernah datang sini la tu dengan kawan-kawan dia. 


Tapi, memang betul sedap..1st time datang sini dah jatuh hati dengan menu chicken chop nyer.. Kebetulan, Ida memang penggemar chicken chop. Chicken chop kat ni ada yang biasa dan special. 

Bezanya yang special ni ada hot dog dan apa lagi entah.. Tapi yang regular (biasa) ni pun dah kenyang, tak habis makan..huhu..Kalau tak salah hanya RM8/set (biasa) dan RM11/set (special). 


Kat sini boleh dikatakan makanannya sedap, tempat selasa, dan harga berpatutan..(thumb up!!)..hehe..caya la, bukan senang Ida nak bagi pujian macam ni tau kalau bukan yang betul-betul..

Friday, April 10, 2015

Su Warung Nasi Kerabu, Batu 11 (Ketereh) Kelantan, Memang Terbaik!!

Sekian lama tinggal merantau di negeri orang, Alhamdulillah Ida sekeluarga sudah pun menetap di negeri kelahiran sendiri iaitu negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan). So, kali ni Ida akan menjelajah ke tempat-tempat makan yang best di Kelantan pulak. 

Agak teruja sebenarnya, memandangkan banyak tempat-tempat makan yang menarik di Kelantan masih belum 'diterokai'. 


Berbalik kepada menu sarapan pagi pada hari Jumaat yang lepas, iaitu nasi kerabu. Nasi kerabu terdapat dalam pelbagai jenis termasuklah nasi kerabu biru, nasi kerabu tumis, dan nasi kerabu kuning. Wow! Sememangnya nasi kerabu adalah menu favorite Ida dan suami sejak dari dulu lagi. 


Wednesday, March 18, 2015

Resepi Telur Masak Lemak Ummpph...

Bila dengar telur je, mesti ingat menu biasa je kan. Tapi kalau kene dengan resepi, makan nasi dengan telur pun boleh bertambah-tambah tau.hehe..

Kali ni, Ida nak share resepi telur masak lemak. Selalunya kalau nak buat masak lemak ni, guna telur itik lagi baik, sebab telur itik tak mudah hancur dalam kuah dan telur kuningnya lebih besar. 

Kalau nak gunakan telur ayam pun boleh juga. Tapi semasa pecahkan telur ayam dalam kuah tu, kene api yang perlahan dan tak perlu kacau kuat sangat takot nanti telur akan menjadi lebih hancur.


Ok, jom kita tengok resepi ringkas yang Ida sediakan ni. Senang je, tapi rasanya memang ummmph...=)

Tuesday, March 10, 2015

Koleksi Photo Album

Photo album? Zaman sekarang ada lagi ke yang suka kumpul koleksi album gambar macam ni? Apa yang dimaksudkan ialah hard copy photo album. Ha..sekarang ni, kecanggihan teknologi sudah mengatasi zaman-zaman manual dulu. 

Sekarang ni kalau sebut photo album,  rasanya semua orang ada, tapi dalam bentuk digital folder. Telefon serba canggih, gambar-gambar semua tersimpan dalam bentuk digital.


Sebenarnya ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri digital photo album dan hard copy photo album ni. Semua orang tahu digital album photo ianya mudah dibawa ke mana-mana, senang untuk di upload, boleh disimpan secara banyak, dan banyak lagi kelebihan-kelebihan lain. 

Namun ada kelemahan yang tersendiri antaranya mudah 'ter delete' (kalau tak ada backup maknanya hilang terus).

Pelbagaikan Cita Rasa Aiskrim Vanila dengan Buah

Sejak akhir-akhir ni musim panas melanda negara kita. Kene jaga kesihatan betul-betul. Perbanyakkan minum air kosong. Sekarang ni, tak kira dewasa atau kanak-kanak memang mudah terkena demam, batuk, selsema serta sakit tekak.

Walau apa pun musim-musim panas macam ni kalau dapat rasa icecream vanilla dengan buah ni pun sedap jugak kan. Boleh dimakan bila-bila masa sahaja dan sesuai juga untuk dihidangkan sebagai dessert. 

Sesetengah pendapat ada juga menyatakan aiskrim vanila ni membantu menyembuhkan demam selsema. Ha..elok sangat la tu kalau makan aiskrim ni.

Ermmm...Yuuummmy!! Ok, jom tengok antara yang sempat dihidangkan.

Vanilla Ice cream with Kiwi and Choc.

Saturday, March 7, 2015

Lama Menyepi dari Dunia Blog

Di dahulukan dengan ucapan Salam untuk semua. Harap semuanya baik-baik sahaja hendaknya. Aiiiseh...lama betul Ida tak menulis entry baru dalam blog ni. Tapi, alhamdulillah ada juga pengunjung yang tidak jemu-jemu meninggalkan jejak mereka di blog ini. Terima kasih.

Lama benar menyepi tanpa kata, last entry pun tahun lepas lagi. Ok, tak mengapa, syukur kerana sempat juga mencoretkan sesuatu buat permulaan entry bagi tahun 2015 ini walaupun sekarang dah masuk bulan Mac. hehe...

Sebenarnya Ida sibuk betul sejak akhir-akhir ni, memandangkan banyak perkara-perkara yang tidak diduga berlaku. Hujung tahun lepas semua dikejutkan dengan bencana banjir besar yang melanda, Ida dan keluarga juga terlibat sama. Syukur kerana tiada kecederaan mahupun kehilangan nyawa yang berlaku akibat dari bencana banjir tempoh hari, cuma hanya kerosakan dan kemusnahan harta benda sahaja yang berlaku. 

Tahun baru tahun 2015 juga merupakan permulaan cabaran baru buat Ida, kerana Ida sudah mula menceburkan diri dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Ternyata memang mencabar tapi, tak mengapa, "I love new challenging" boring juga bila barada di takut yang lama sahaja kan. Move forward, move from my comfort zone!! Yes, I'll do. Haahh...nampak tak ayat yang berkobar-kobar gitu..;P

Ok..Bukan sekadar itu sahaja, ada lagi berita sedih yang menimpa..pada 9 Feb 2015 yang lepas Ida di kejutkan dengan kematian ibu mertua pula. Lumrah kehidupan, yang hidup pasti akan pergi. Semoga arwah dicucuri rahmat. Al-fatihah. 

Ulang-alik dari Kelantan ke Terengganu, Terengganu ke Kelantan, sekejap ke rumah mak tinggal/ambik anak, sekejap ke rumah mertua di Terengganu, begitu la keadaannya sebulan dua ni. Boleh dikatakan memang tidak ada masa untuk personal life. (kesian...;( ) Alah bisa tegal biasa. Tuhan permudahkan segalanya bagi orang-orang yang bersabar. Alhamdulillah..

Ternyata apa yang berlaku memberi peluang baru, permulaan yang baru buat kita semua. Semoga yang kita lakukan diberkati dan dipermudahkan oleh-Nya. InsyaAllah. Nanti la, kalau ada kelapangan Ida akan sambung menulis entry-entry baru yang masih tersadai dalam draf tu..;D

Salam rindu buat pembaca sekalian...^_^





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...