Followers

Tuesday, March 10, 2015

Koleksi Photo Album

Photo album? Zaman sekarang ada lagi ke yang suka kumpul koleksi album gambar macam ni? Apa yang dimaksudkan ialah hard copy photo album. Ha..sekarang ni, kecanggihan teknologi sudah mengatasi zaman-zaman manual dulu. 

Sekarang ni kalau sebut photo album,  rasanya semua orang ada, tapi dalam bentuk digital folder. Telefon serba canggih, gambar-gambar semua tersimpan dalam bentuk digital.


Sebenarnya ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri digital photo album dan hard copy photo album ni. Semua orang tahu digital album photo ianya mudah dibawa ke mana-mana, senang untuk di upload, boleh disimpan secara banyak, dan banyak lagi kelebihan-kelebihan lain. 

Namun ada kelemahan yang tersendiri antaranya mudah 'ter delete' (kalau tak ada backup maknanya hilang terus).



Manakala hard copy photo album pula ianya lebih bersifat 'permanent'. Selagi tak hilang, kene air atau terbakar ia still will be keep. Lagi satu, ianya agak susah untuk memuatkan gambar-gambar dengan banyak. 

Oleh sebab itu, sesiapa yang nak simpan hard copy photo ni kene berkorban la sikit memandangkan cara penyusunan serta gambar-gambar ini adalah mengikut kreativiti sendiri. Tapi tak pe, baru la nampak ianya lebih dihargai, betul tak. 

zaman muda mudi belia ramaja;P

Berbeza dengan gambar-gambar digital, gambar-gambar hard copy adalah lebih 'costly'. Sebab tu la untuk jimat tak semu gambar-gambar boleh di 'print/cuci'. Nak kene beli album lagi, so sebab tu ramai yang membiarkan photo-photo mereka dalam bentuk digital sahaja.


Berbeza sangat pada zaman dahulu album-album gambar sering menjadi pilihan untuk dijadikan hadiah. Namun tidak dinafikan sekarang pun masih ada yang jadikan album gambar sebagai hadiah.

Hadiah pemberian dari seorang kawan. 
Kalau dulu, kita ambil gambar dengan menggunakan camera biasa sahaja. Beli 'kodak', nak 'print/cuci' kene keluarkan 'negatif' hantar kat kedai untuk dapatkan hard copy gambar tersebut. 

Ha...ada yang ingat lagi tak negatif/filem yang digunakan dalam camera biasa?

Agak-agak anak-anak kita kenal lagi tak kalau tunjuk benda ni..?

Bila dah canggih sikit keluar pula model camera digital, tak guna filem dah, cuma kalau nak 'print/cuci' still kene hantar kat kedai. Sekarang lagi canggih, bukan setakat camera je boleh ambik gambar tapi sudah banyak model-model telefon canggih yang boleh captured photo dan merakamkan video.  
Ok..ini hanya sebahagin koleksi photo album Ida. Tak larat nk kumpul semua..hehe... Terdapat pelbagai jenis, bentuk, warna dan zaiz photo album. 


Walau secanggih mana pun teknologi digital sekarang ni, namum Ida tetap gemar mengumpul gambar-gambar dalam bentuk hard copy. Tak heranlah photo-photo album sekarang ni boleh dibuat koleksi dalam mini library kat rumah..hehe..

Primary school..hehe...

Tapi rasanya, korang semua pun setidak-tidaknya mesti ada album perkahwinan kan? Boleh tengok sampai anak cucu cicik gambar mak ayah dorang kahwin...:) Setidak-tidaknya ianya boleh jadikan kenangan bersama.


No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...