Genius aulad


Followers

Sunday, January 12, 2014

Resepi Sup Ayam Siam/Thai

Menu dari Thai, memang sinonim dengan rasa yang pedas, dan masam. Selain tomyam, sup siam atau sup thai juga terkenal bagi penggemar-penggemar rasa pedas yang sekali gus memberi impak rasa yang sedap. 

Setiap kali makan kat restoran-restoran tomyam seafood, supnya agak lain dari yang Ida pernah masak sebelum ni. Tertanya-tanya macam mana resepi sup ni? Supnya yang agak putih  dan keruh sedikit. Ha....ini la sup siam/thai ayam atau daging.


Selalunya nak buat sup mesti kene ada rempah sup bunjut tu. Tapi sup siam ni, rempah-rempahnya tak perlu rempah sup bunjut yang dibeli kat kedai tu tapi guna satu persatu rempah asli dan serbuk-serbuk tertentu. Itu yang leceh sebenarnya...itu yang menyebabkan bahan-bahan yang diperlukan adalah banyak. 

Tapi, sup siam punya pasal...Ida cuba juga cari satu persatu rempah ratus yang diperlukan. hehehe....First time Ida masak sup ni, memang berbeza...fuhhh..sedap la.. So,  ini la resepinya sup ayam siam/thai.


Bahan-bahan:
  • 1/4 Ayam dipotong kecil
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 inci lengkuas (dititik)
  • 1 batang saleri (dipotong serong)
  • Sedikit lobak merah (dihiris)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 batang akar daun ketumbar (basuh bersih)
  • 3-4 biji cili padi (dipotong)
  • Rempah tumis (bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis)
  • 1/2 bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang merah (kisar)
  • 1 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • Sedikit sos ikan
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Daun ketumbar dan daun bawang (dihiris)
  • Bawang goreng
  • Limau nipis 

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan sekali serai, rempah tumis, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih sehingga agak pecah minyak sedikit.
  3. Kemudian masukkan air secukupnya untuk kuah.
  4. Masukkan ayam dan biarkan mendidih sehingga ayam masak.
  5. Selepas itu masukkan batang saleri, lobak merah, serta akar ketumbar.
  6. Masukkan garam, serbuk perasa dan sos ikan sehingga menepati rasa tersendiri.
  7. Kemudian masukkan cili padi, bawang besar dan tomato. Siap, boleh padamkan api. 
  8. Hidangkan dengan taburkan daun ketumbar serta daun bawang, bawang goreng dan perahkan limau nipis.


Sup Ayam Thai/Siam  sedia dihidang.
Selamat mencuba...=)




20 comments:

  1. nnt sy try... sy mmg nk cari resepi sup ayam thai ni...tqvm

    ReplyDelete
  2. nnt sy try... sy mmg nk cari resepi sup ayam thai ni...tqvm

    ReplyDelete
  3. nnt sy try... sy mmg nk cari resepi sup ayam thai ni...tqvm

    ReplyDelete
  4. nnt sy try... sy mmg nk cari resepi sup ayam thai ni...tqvm

    ReplyDelete
  5. nnt sy try... sy mmg nk cari resepi sup ayam thai ni...tqvm

    ReplyDelete
  6. nnt sy try... sy mmg nk cari resepi sup ayam thai ni...tqvm

    ReplyDelete
  7. nnt sy try... sy mmg nk cari resepi sup ayam thai ni...tqvm

    ReplyDelete
  8. nnt sy try... sy mmg nk cari resepi sup ayam thai ni...tqvm

    ReplyDelete
  9. nnt sy try... sy mmg nk cari resepi sup ayam thai ni...tqvm

    ReplyDelete
  10. nampak sedap
    terima kasih atas resepinya :)

    ReplyDelete
  11. sedapnye resepi ni..bole cuba buat ni..:-)

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Test resepi nih bln pose....alhmdulillah dh siap tp blom cuba lg cmner,hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cmner rasanya sis..mmg mcm kt kedai siam x

      Delete
  14. belum cuba tapi tahu resepi ni sedap..terima kasih berkongsi :)

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...