Genius aulad


Followers

Thursday, January 9, 2014

Resepi Potato Wedges Dan Cheesy Wedges

Terliur pulak tengok cheesy wedges yang meleleh tu. Selalu makan kat KFC dan McD. Tp, tak pernah pulak buat sendiri. So, kali ni...semangat pulak nak buat sendiri setelah penat mencari resepi.hehe...

Untuk resepi potato wedges atau kentang wedges ni Ida dah ubah suai sendiri dari resepi yang asal menggunakan bahan-bahan yang ada ni. 

Manakala, untuk resepi cheesy wedges Ida tertarik resepi dari blog nabeelstories. Kagum bila orang lelaki pandai memasak ni kan..:)

Okey..jom kita tengok satu persatu resepinya.


Potato/Kentang Wedges

Bahan-bahan:
  • 7-8 biji kentang (dibasuh bersih dan belah)
  • 1/4 cawan tepung gandum (atau secukupnya)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Sedikit garam
  • Serbuk perasa secukupnya
  • 1 biji telur

Cara-cara:
  1. Basuh bersih kentang tanpa membuang kulit dan dibelah mengikut potongan wedges.
  2. Masukkan air secukupnya serta sedikit garam dan rebus kentang sehingga empuk. Toskan kentang dan air rebusan. Ketepikan.
  3. Sediakan bancuhan untuk salut pada kentang sebelum goreng dengan mencampurkan tepung gandum, tepung jagung, lada sulah, serbuk perasa, terlur dan garam (boleh kurangkan garam sebab garam dah dimasukkan dalam air rebusan tadi).
  4. Salutkan bancuhan pada kentang. 
  5. Goreng sehingga perang keemasan dan boleh angkat. 


Sos Cheesy Wedges

Bahan-bahan:

  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 sudu butter
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit lada putih
  • Sedikit lada hitam
  • 2-3 keping cheese
  • Sedikit susu penuh krim
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Pewarna kuning

Cara-cara:
  1. Panaskan kuali kemudian cairkan butter. Pastikan api adalah yang paling kecil.
  2. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau supaya tidak berketul.
  3. Selepas itu boleh la masukkan cheese. Biarkan sehingga hancur dan kacau sebati.
  4. Masukkan serbuk perasa, garam, lada hitam, lada putih dan pewarna kuning. Kacau sekata sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki. 


So, inilah sos cheesy wedges yang dah siap.  Bila dah siap, boleh la dicurahkan atas kentang wedges tadi bersama mayonis dan juga sos cili. 



Selamat Mencuba..=)



17 comments:

  1. Mcm senang je,,boleh try ni.=)

    ReplyDelete
  2. Tengok resepi mcm mudah.ptg ni nk cuba..tq atas resepi

    ReplyDelete
  3. Sedapnye..terliur tengok cheese meleleh tu..:)

    ReplyDelete
  4. Cheese ada banyak jenis .. yang mane stu jenis erk .. akak pakai cheese ape ?

    ReplyDelete
  5. salam dear, yg warna putih tu mayonis ke?

    ReplyDelete
  6. Serbuk perasa tu yg mcm Maggie Cukup Rasa tu ke atau mcm mana ye? Maaf bertanya sbb saya tak pernah guna serbuk perasa dlm masakan. Tak kenal pulak..

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...