Genius aulad


Followers

Friday, January 3, 2014

Resepi Nasi Goreng Paprik

Bosan dengan nasi goreng biasa. Kali ni nak makan nasi goreng yang asalnya dari Thai ni iaitu nasi goreng paprik. Jom tengok tengok resepinya.


Penyediaan Nasi Goreng:

Bahan-bahan:
  • 2-3 mangkuk nasi
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus/ditumbuk)
  • 2 sudu besar cili kering (yang diblender)
  • 1 sudu besar tom yam paste
  • Sedikit isi ayam
  • 2-3 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu kecil garam / secukupnya
  • Serbuk secukup rasa/Serbuk perasa secukupnya


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan biarkan ayam masak sekitika.
  3. Kemudian masukkan cili kering dan tomyam paste. Kacau sekata. 
  4. Tambahkan garam dan serbuk perasa.
  5. Kemudian boleh masukkan nasi dan gaul sehingga sekata dan padamkan api.


Penyediaan Paprik:

Bahan-bahan:
  • 4-5 ekor udang/sotong
  • Sedikit hirisan isi ayam
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang serai (dipotong serong)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Sayur-sayuran (bunga kubis/putik jagung/kacang panjang)
  • 3/4 biji cili padi (diketuk)
  • 1/4 bawang besar (dimayang kasar)
  • Garam secukupnya
  • 1 sudu kecil gula
  • Serbuk perasa secukupnya


Cara-cara:
  1. Tumiskan bawang putih dan serai sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan biarkan masak seketika.
  3. Masukkan sos tiram, sos tomato, dan air secukupnya. Kacau sekata.
  4. Masukkan sayur (putik jagung, bunga kubis, kacang panjang).
  5. Kemudian masukkan udang/sotong. Biarkan masak seketika.
  6. Pastu masukkan cili padi, daun limau purut dan bawang besar. 
  7. Kacau dan gaul sekata sehingga masak. Padamkan api. 
  8. Sedia dihidangkan dengan nasi goreng tadi. 



Selamat Mencuba...=)

2 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...