Genius aulad


Followers

Monday, January 13, 2014

Resepi Paprik Campur

Satu lagi menu yang berasal dari Thai ialah Paprik. Sebelum ni Ida pernah post resepi nasi goreng paprik kan. So, kali ni Ida nak share resepi paprik campur pula. Masakan paprik ni bertambah sedap jika dimasukkan udang dan sotong. Kuahnya yang agak pekat serta pedas sedikit menjadikan masakan paprik ni digemari. Ianya sedap dimakan dengan dengan nasi goreng mahupun dengan nasi putih biasa. 



Bahan-bahan:

  • 5-6 ekor udang (sederhana besar)
  • Sedikit isi ayam (dihiris kecil)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 ulas bawang besar (hiris)
  • 2 sudu cili giling
  • 3 sudu sos tiram
  • 1 sudu tomyam paste
  • 1 batang serai (diketuk/potong serong)
  • 2-3 helai  daun limau purut 
  • Sayuran campur
    • 1/4 lobak merah (dihiris)
    • 4 biji putik jagung (dipotong)
    • Sedikit bunga kubis (dipotong)
    • Sedikit kacang panjang/sawi/pakchoy (dipotong)
  • 2-3 biji cili padi (diketuk)
  • Sedikit air perahan limau nipis
  • Garam, Gula, serta Serbuk perasa secukupnya.
  • Sedikit minyak
  • Sedikit air


Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau. 
  2. Masukkan serai, cili giling, tomyam paste dan sos tiram. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan sedikit air dan masukkan isi ayam. Biarkan isi ayam masak seketika. 
  4. Selepas itu masukkan sayuran campur, cili padi dan daun limau purut. Gaul sekata.
  5. Masukkan udang. Biarkan udang masak kemerahan.
  6. Seterusnya masukkan sedikit gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  7. Akhir sekali masukkan bawang besar dan masukkan air perahan limau nipis. Biarkan masak seketika. Boleh padamkan api.



Siap...Sedia dihidang...=)


2 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...