Genius aulad


Followers

Monday, January 27, 2014

Resepi Ayam Panggang Lemon (Lemon Roasted Chicken)

Sedapnya..roasted chicken....Roasted chicken ni selalu juga makan time makan nasi ayam. Tapi ayam panggang kali ni lain sket, sebabnya rasa dan bau dia macam lemon sedikit. 


Saja nak cuba menu baru..hehe...Okey, jom tengok resepi ayam panggang lemon ni. 

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 inci halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/4 bawang besar
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu garam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit marjerin
Cara-cara:
  1. Kisar bawang besar, halia, bawang putih dan gula. 
  2. Kemudian campurkan bahan kisar dengan serbuk lada hitam, garam, gula, jus lemon, sos tiram, serbuk kunyit dan serbuk perasa.
  3. Kemudian lumurkan pada ayam sehingga rata dan perapkan lebih kurang 1-2 jam. Lebih lama, lebih baik untuk bahan perapan meresap ke dalam isi ayam.
  4. Balut ayam denga aluminum foil. 
  5. Selepas itu, boleh masukkan ayam ke dalam oven yang dipanaskan pada suhu 220 darjah celcius, selama 30-40 minit.
  6. Setelah masak, keluarkan ayam. Sambung pemanggan menggunaka pemanggan ajaib untuk keringkan air ayam semasa membakar tadi.
  7. Bila ayam sudah agak-agak kering sapukan dengan marjerin pada ayam supaya kelihatan berkilat. Panggang lagi sehingga ayam kelihatan perang sedikit. 
  8. Siap dan boleh dihidangkan.



Ayam panggang lemon ni juga sedap dimakan dengan sos. 

Selamat mencuba=)


1 comment:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...