Genius aulad


Followers

Saturday, January 11, 2014

Resepi Nasi Goreng Seafood Special

Nasi goreng seafood ni adalah salah satu menu yang best jugak kalau dimasak kena dengan caranya. Sebelum ni, pernah makan kat kedai nasi goreng seafood ni...tapi kurang 'menyengat' la. Mana taknya, kurang lauk pauk seafood tu. So, kali ni nak try masak sendiri, baru puas hati. Betul tak? 


Tapi macam mana nak menghasilkan nasi goreng seafood yang sedap ek? Tengah-tengah duk study satu persatu resepi nasi goreng seafood ni, baru Ida tahu nasi goreng seafood kena masukkan sambal belacan ek. Ooo..baru tahu ni..hehehe....

Sesiapa yang nak cuba masak nasi goreng seafood ni boleh la tengok resepi ni ek. Resepi ni hasil dari gabungan resepi-resepi lain yang telah diubah suai mengikut cita rasa sendiri..;)



Bahan-bahan:
  • 2-3 mangkuk nasi putih
  • 1 biji bawang merah - saiz besar (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit sawi (dipotong)
  • 1 genggam isi kerang
  • 5-6 ekor udang (sederhana besar)
  • 4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
  • 1 sudu cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
  • Sedikit minyak masak/minyak bijan
  • Garam dan secukup rasa
  • Daun sup dan timun (untuk hiasan)


Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/hiris. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.
  4. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.
  5. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit. 
  7. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.
  8. Hiaskan dengan daun sup dan timun. 


Siap..Nasi Goreng Seafood sedia dihidang..=)


Selamat mencuba...=)






4 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...