Genius aulad


Followers

Tuesday, January 21, 2014

Berkelah di Air Terjun, Ulu Yam

Salah satu aktiviti riadah kami sewaktu musim cuti sekolah yang lepas ialah pergi berkelah di kawasan air terjun, Ulu Yam yang terletak di Hulu Selangor. Sekali sekala dapat merasa udaranya yang nyaman dan sejuk boleh juga bermandi-manda dan bersantai-santai sambil melihat keindahan alam semulajadi cipta-Nya. Subhanallah...cantik sungguh ciptaan Yang Maha Esa. 




Sebelum ni Ida dah pernah berkelah kat sini time zaman bujang-bujang dulu. Time tu tak de anak kecik, best la ber BBQ bagai.hehe...






Sekarang berkelah ala kadar je. Cukup dengan ada bihun goreng, keropok, dan nugget..:). Tak pe la, ini bagi memenuhi jadual cuti sekolah adik-adik yang nak mandi-manda kat air terjun ni. hehe...


Untuk pengetahuan semua, tempat ni dibuka setiap hari dari puku 8:00 pagi - 5:00 petang dengan bayaran hanya RM1.00 (dewasa) dan RM0.50 sahaja (kanak-kanak). Murahkan, sebab tu la ramai yang suka datang ke sini. 


Kami datang pada sebelah pagi, takot ramai orang. Ye la, cuti-cuti sekolah dan hari minggu cam ni mesti ramai orang. Tapi, pagi-pagi nak mandi kat sini, YaAllah......sejuknya air. Macam ais!! Memang menggigil dibuatnya. Sebab tu ramai yang datang waktu-waktu petang sedikit. Tapi, time-time petang faham-faham la, orang pun dah ramai. 



Untuk sampai ke sini, kene drive hati-hati  sebab jalanrayanya pun bengkang-bengkok. Nak turun ke kawasan perkelahan pun kene menuruni anak tangga yang agak tinggi jugak la dan kene merentasi satu jambatan gantung. Dah namanya pun kawasan air terjun, tentulah ia kawasan yang berbukit. Tapi tak de lah sangat extreme. Sekadar nak rasa termengah-mengah tu boleh la..hehe....


Tapi memang best dapat bergambar di atas batu-batu sungai yang cantik-cantik tu. Sape-sape yang nak jadi model air terjun kat sini, boleh la..hehe...



Apa pun, sekali sekala dapat berkelah macam ni sememangnya memberi pengalaman menyeronokkan. 



No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...