Genius aulad


Followers

Thursday, January 23, 2014

Berkunjung ke Deerland, Lanchang, Pahang

Selepas melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, kami meneruskan aktiviti percutian kami ke Deerland di Lanchang, Pahang. Berkunjung ke Deerland juga merupakan salah satu tempat wajib pergi bila ke Kuala Gandah kerana ianya terletak tidak jauh dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan. 



Deerland seakan-seakan mini zoo yang menempatkan beberapa spesis haiwan dan sudah tentu haiwan yang utamanya ialah rusa. Ooo..Ida pun baru tahu sebenarnya ni, Deerland ni dimiliki oleh En. Abdullah Ahmad Bin Mahmud. Ianya ditubuhkan sejak tahun 1996 secara persendirian (private zoo) di kawasan seluas 10 ekar persegi. Ianya berkonsepkan sebuah taman rusa di samping menempatkan haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan di kawasan yang besar dan luas ni. 

"Bermula dengan angan-angan ingin membuka taman haiwan peliharaan, Pak Dollah kini boleh berbangga apabila ladang Deerland miliknya disenarai sebagai antara destinasi pelancongan utama di Lanchang, Pahang" begitulah petikan dari sebuah forum. 


Pengunjung boleh datang ke sini setiap hari kecuali pada hari Jumaat (10.30 pagi hingga 5.30 petang) dengan bayaran tiket sebanyak RM6 (dewasa), RM3 (kanak-kanak bawah 12 tahun) dan percuma untuk kanak-kanak bawah 3 tahun. Setelah membeli tiket, kami diberikan pelekat untuk dilekatkan bagi tujuan pemeriksaan di tempat pemeriksaan tiket dan juga kupon makanan rusa. Melalui kupon tu kami dibekalkan dengan 2 bakul kecil potongan ubi keledek untuk tujuan memberi rusa makan.


So, apa aktiviti yang boleh dilakukan di sini?? Di sini kami boleh merasai pengalaman memberi rusa makan. Rusa-rusa yang berlegar-legar di tepi pagar seakan-akan sangat jinak menunggu untuk diberikan makanan. Pantang nampak ubi keledek yang dihulurkan, rusa-rusa ini berebut-rebut menghulurkan kepala ke luar pagar untuk mendapatkan ubi keledek. Bestkan..hehe...




Apa lagi aktiviti yang tak boleh miss? Bergambar la kan..hehe...Di samping itu, kami juga dapat mendegar bunyi-bunyian haiwan di sini yang sekali gus memberi kesan suasana alam semulajadi yang sejuk dan nyaman di bawah rimbunan pokok yang menghijau di taman ni. 



Selain dari haiwan, di sini juga terdapat beberapa spesis tumbuh-tumbuhan herba yang popular. Jadi, pengunjung boleh la belajar mengenali tumbuh-tumbuhan herba ni. Haiwan-haiwan selain dari rusa yang menjadi trademark kepada tempat ini ialah seperti burung merak, burung unta dan ular. 

Burung Merak
Haiwan ni tak ingat pulak nama apa..hehe..

Comelnya burung-burung ni...=)


Ini pula ular yang sedang bersalin kulit. Nampak tak..eeeeiii...takot tengok..


Apa yang menariknya, di sini pengunjung juga berpeluang memegang ular albino. Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama dengan ular albino ni. Bagi Ida nak pegang ular tu, jawabnya memang tak la.hehe...Serious geli tengok kulit ular tu. Tapi, saluted kat kawan Ida yang berjiwa kental memegang dan mendokong ular tersebut.


Sebelum pulang kiteorang sempat membeli souvenir yang dijual di pintu keluar. Pelbagai souvenir yang dijual di sini seperi fridge magnet, t-shirt, key-chain dan sebagainya. 


Apapun terima kasih untuk kawan Ida yang belikan souvenir untuk Ida dan jugak Afif. Thank you, thank you. Chomel! Opps...tak lupa jugak untuk aiskrim..heee...:)


Walaupun penat, tetapi happy jugak la dapat meluangkan masa bersama di sini. Ngam-ngam kami keluar masa untuk lunch. Perut pun dah berbunyi dah lapar, ikan patin tempoyak seakan-akan dah memanggil-manggil...=)


3 comments:

  1. macam best jerrr .. syiok la si kecik tu dapat tengok .. mcm2 .. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ank sulung ni untung sbb mak ayah dia suka bwk jln2...=)

      Delete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...