Mee udang Kuala Sepetang memang popular di kalangan penjejak-penjejak tempak makan. Sebut sahaja mee udang di Kuala Sepetang, Perak, semestinya ramai yang sudah ada dalam kotak fikiran mereka sama ada Mee Udang Mak Jah atau Mee Udang Mak Teh. Kedua-duanya popular terutama bagi penggemar mee udang khususnya.
Bila dengar sahaja husband Ida bercerita mengenai mee udang di Kuala Sepetang ni, terdetik jugak...macam mana la sedapnya mee udang di sini? Adakah betul sebagai mana yang digambarkan?
So, bila berpeluang bertandang ke rumah adik Ida di Changkat Jering, Perak kami bersetuju untuk merasa sendiri mee udang di Kuala Sepetang.
Pada mulanya kami ingin ke warung Mak Teh, Mee Banjir Udang..Tapi malangnya hari tersebut tutup la pulak. Kalau tak salah hari sabtu. Tapi adik Ida cakap kadangkala buka, tutupnya tak menentu jugak. So, kami terus menyinggah ke Warung Mak Teh, Mee Banjir Udang. Tergaman sekejap...ramainya orang! Sampai penuh meja. Membuatkan kami makin teruja nak rasa mee udang ni.
Afif dan sepupunya Damia, terpaksa makan nestum dulu sebelum order sampai... |
Tapi, bila pelanggan dah ramai macam ni, service la pulak kurang memuaskan sebab kami kene menunggu agak lama untuk mendapatkan order. Tak pe la, mee udang punya pasal kami sanggup bersabar. Itu pun dikira kami bernasib baik sebab mee udang ada lagi. Ada juga rakan-rakan yang pernah datang petang untuk makan mee udang, tapi malangnya dah habis..bayangakan kalau datang jauh-jauh semata-mata nak merasa mee udang ni, tak ke kempunan. hehe...
Harga mee udang kat sini ada yang RM8/semangkuk (udang kecil), RM10/semangkuk (udang sederhana besar), RM12/semangkuk (udang besar). Time kami pergi tu dah habis dah mee udang yang RM8/semangkuk untuk udang kecil. So, kami order mee udang yang RM10/semangkuk untuk udang sederhana besar. Korang boleh lihat sendiri udang kami yang sederhana besar, so korang boleh estimate sendiri udang yang bersaiz kecil dan bersaiz besar tu ek..;p
Setelah menunggu hampir 1/2 jam lebih jugak la..baru la mee udang kami sampai...Yeay..!! Alhamdulillah..memang sedap. Berbaloi kami datang dari KL..huhu..Kami belum merasa sendiri Mee Udang kat kedai Mak Jah so, tak boleh nak compare yang mana lagi best..Tapi, insyaAllah nanti kami akan datang lagi untuk merasa mee udang di Warung Mak Jah pula..=)
besar2 udangnye..puas ati..
ReplyDeleteha'ah..besar kan..mmg terasa isi udang tu..=)
Deletepernah makan sini jugak ^^ heaven ! tapi gerai lain, mee udang mak jah :D
ReplyDeleteyela...time tu mee udang mak jah tutup..nxt time boleh la prgi lg nk try mee udang mak jah=)
Deletekesana pada 7-Sep, memang tak sedap mee udangnya,meenya tak dicelur,hanya sayur kobis keras (mentah)
ReplyDeleteTgk nasib la kalau dpt yg sedap.. kdg2 dpt yg tak sedap.. dua kali sy pegi, mula2 pegi malam, org tak ramai sgt , tp sddap gilerrr, second time pegi petang, org agak ramai, rasanya pulak amat mengecewakan...
ReplyDeleteErmm. Memang tk sedap pun. Hg pun mahal..ngn rasa yg yg cair n service very poor.
ReplyDeleteBab sedap..terpulang kepada individu..tetapi layanan perempuan muda semasa mengambil order amat teruk..juga semasa bertanyakan tisu..orang Melayu perlu pertingkatkan servis ini.. kami adalah customer anda..bukan peminta sedekah di kedai anda..(Restoran asal di Kuala Sepetang)
ReplyDelete