Domino's Pizza di Temerloh baru sahaja beroperasi. So, kiteorang decided untuk ke sini memandangkan Ida dan husband pun belum pernah merasa Domino's Pizza. Nampaknya ramai orang yang sedang beratur dan tidak kurang juga yang sedang menunggu di meja masing-masing. Meja pun kebanyakan sudah penuh. "Baru buka, mesti ramai yang tak sabar nak merasa Domino's Pizza kat sini", kata kawan Ida.
1st time makan kat Domino's Pizza. Bab-bab menu kat sini Ida memang failed. Sebelum ni pernah ke Pizza Hut je. Itu pun, sebab kat Pizza Hut complete service, main tunjuk-tunjuk je. Kat Domino's Pizza ni berbeza sikit sebab kat sini self service macam kat McD or KFC jugak. Order makanan kat kaunter, tunggu siap, pergi pick up order dan duduk makan di mana-mana tempat yang kosong. Nasib la kawan Ida dah biasa, so dorang yang uruskan semua.hehe...
Sambil dorang membuat order, Ida dan suami pulak menunggu untuk mendapatkan meja yang lebih selesa. Setelah pelanggan lain siap makan, mereka bangun je, kami terus mendapatkan meja mereka yang ditinggalkan bersepah. Nak cepat, kami mengemas sendiri meja tersebut, "kemas sendiri ok". hehe...tak pe la, sebab takot meja tu dapat kat orang lain.
Setelah menunggu hampir 1/2 jam lebih kot, hidangan kiteorang pun siap. Kawan sendiri yang served hidangan tu dan kami meyambut dengan senyum lebar, tak sabar nak rasa Domino's Pizza ni..:).
So, ini la hidangannya. Specific name untuk setiap menu ni Ida tak tahu sangat, next time kalau nak makan lagi kene tanya kawan yang lebih arif tak pun kene bagi menu book.hehe..
Air Pepsi, Bread Garlic, Soup |
Ok..dari segi rasa, bagi Ida la....Bread garlic dan soupnya 'kurang' sket. Apa pun layan je makan roti dengan soup tu.
Bread Garlic |
Soup |
Tapi, untuk pizzanya pulak, hmmmm...memang sedap. Pizzanya yang agak nipis dan tak muak bila makan. Mungkin ramai yang ke sini, kerana pizzanya bukan kerana servicenya..hehe...Bab pizzanya yang sedap tu la boleh buat orang lupa kejap pasal servicenya tu kan..:)
Ini pulak moist chocolate cake. Rasanya pun sangat sedap. Berbaloi dengan harganya dan bentuknya yang kecil dan comel dalam bekas kek tu...:)
Nasib baik la, anak mama sorang ni bawak mainan dia time ni. Tak de la dia meragam time menunggu tu. hehe...
Ini la, wajah-wajah ceria bila bersama. Dah lama tak keluar bersama-sama macam ni. Bila tengok gambar ni teringat zaman sekolah dulu-dulu. Oppss..baru perasan yang muka ni dah nampak makin bulat dan chubby-chubby sket berbanding dengan kawan-kawan. Maklum la dah tua kan...Aduss....
Haa...Ini la receipt makan kat Domino's Pizza ni. Nak jugak upload walau pun tak nampakkan.hehe... Kat sini tidak dikenakan service caj pun, no wonder service dia pun gitu. So, jangan marah-marah kat Domino's Pizza ek. hehe.. Apa yang penting pizza dia sedap..
Hadoii...Bukan main lagi upload receipt, padahal kawan yang belanja..hehe..Terima kasih untuk kawan Ida yang sudi belanja Domino's Pizza. Ini yang syok datang Temerloh ni..heh..heh..InsyaAllah ada reziki boleh la ke sini lagi..=)
saya suka sangat dengan domino :)
ReplyDeletezara xbrapaa sgt mkn pizza ni.. mkn tu mmg mkn tp bkn feverate.. hoho. sekali setahun jaa kot mcm last year.. hikhik
ReplyDeletesama la kita=)
Delete