Genius aulad


Followers

Friday, January 24, 2014

Penangan Ikan Patin Masak Tempoyak, Temerloh

Ikan patin masak tempoyak ni salah satu menu yang sangat popular di Temerloh. Rasanya tidak lengkap jika ke sini kalau tidak menikmati Ikan Patin Masak Tempoyak ni. 

Sebagaimana yang dijanjikan Ida sekeluarga dan kawan-kawan ke Gerai Makan Pak Usop yang terletak antara deretan kedai-kedai makan di Temerloh ni. Sebelum ni, selalu jugak mendengar suara-suara dan luahan-luahan dari orang lain yang mengatakan patin tempoyak di sini sedap. So, kali ni kiteorang tak nak melepaskan peluang untuk mencuba dan merasa sendiri ikan patin masak tempoyak di sini.



Sesampainya kami di gerai tersebut sudah kelihatan ramai orang yang sedang menunggu Ikan Patin Tempoyak yang dimasak untuk kali yang ke-3. Kali ke-3!! Pelik pulak bunyinya kan?? Tapi ini la hakikat yang sebenarnya, kalau datang lewat-lewat memang dah habis la jawabnya. Walaupun ikan patin tempoyak sudah dimasak dalam periuk yang sangat la besar, tetapi masih lagi kene masak sehingga tiga kali bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sanggup menunggu, kerana 1 dan 2 periuk sudah habis. Nasib kami baik kerana masih belum terlewat untuk menikmati ikan patin tempoyak sebelum kehabisan. 

Difahamkan  pengunjung di sini bukanlah terdiri daripada orang tempatan sahaja, malah orang dari negeri-negeri lain juga sanggup ke sini untuk menikmati ikan patin masak tempoyak ni. So, menunggu tak sampai 30 minit tidaklah menjadi halangan kepada kami, kerana masih ramai lagi yang menunggu lebih lama dari kami sebelum kami sampai. 


Sambil menunggu ikan patin tempoyak masak, kami dapat menikmati kesejukan ais kacang a.k.a ABC yang sangat sedap ni. 


Berbaloi kerana sabar menunggu, akhirnya ikan patin tempoyak ni masak dan pelanggan boleh beratur untuk mengambil ikan patin masak tempoyak yang disediakan di samping mengambil ulam-ulam, tempoyak, sambal belacan secara layan diri. 



Ternyata memang kuat betul penangan ikan patin masak tempoyak di Gerai Pak Usop ni. Rasanya memang sedap betul. Memang terasa kuah ikan patin yang pedas dengan tempoyaknya yang segar dihidangankan dengan nasi putih dan dimakan dengan ulam-ulam. Perrrgggh...Alhamdulillah...Sedapnya...





Inilah wajah-wajah teruja, tak sabar nak menikmati ikan patin masak tempoyak..;)




Dari segi harganya juga sangat berpatutan. Berbaloi dan sangat berpuas hati dapat merasa ikan patin masak tempoyak di sini. Jika ke Temerloh lagi InsyaAllah kami akan ke sini lagi untuk menikmati ikan patin masak tempoyak.

4 comments:

  1. Replies
    1. klu prnh mkn kt sini mmg patut terliur pun TB.hehe...=)

      Delete
  2. ahahaa..tetibe rsa ngidam blik nk mkn patin msak tempoyak nie..waaa...

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...