Genius aulad


Followers

Tuesday, January 21, 2014

Kek dan Dessert untuk Tetamu

Tetamu yang Ida maksudkan ialah tetamu dari jauh. Hah? Sape? Sape? hehe.... Sanak saudara la, sepupu sekeluarga yang duk kat Subang dan mak saudara sekeluarga dari Kelantan. Jauh tu..:) Dorang datang jalan-jalan umah Ida. 

Gembira pulak bila sanak saudara cakap nak datang ke teratak buruk Ida yang tak seberapa ni kan. Ida memang excited bila dorang call cakap nak datang jalan-jalan kat KL ni. Ida cakap datang la, bila-bila pun boleh. Nak request nak makan apa pun boleh. So, katanya nak makan kek yang Ida buat. Terliur dengan kek-kek Ida yang sebelum ni. hehe... Benda kecik je tu.:) 



Ida memang suka kalau sanak saudara berkunjung ke rumah ni. Tak puas bersembang la jawabnya.hehe.. Gambar-gambar dorang tak sempat nak ambil pun, busy tahap tak cukup tangan la katakan. Meraka dihidangkan dengan hidangan mee kari serta kek-kek yang Ida buat. So, gambar-gambar kek dan dessert ni je la yang Ida sempat ambil. hehe...



Untuk kek, Ida buat kek tiramisu. Tapi bahagian atas kek ni kurang menjadi sket, sebab semua serbuk koko dah basah kerana kek yang lembab dan basah tu. Tapi...Yumm! Sedap.. 

Untuk dessert Ida buat pavlova. Apa dorang paling suka makan pavlova ni la. Sedap betul kata dorang. hehe...Alhamdulillah dorang suka dan cakap sedap. Nanti suruh buat lagi. hehe...



Apa pun...Terima kasih buat mak saudara dan sepupu yang sudi datang. Macam buat rumah terbuka pulak.hehe..Ida happy sangat dapat besembang-sembang. Sebab balik kampung pun jarang-jarang, tak sempat nak sembang-sembang pun.hehe...



No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...