Genius aulad


Followers

Thursday, January 23, 2014

Melawat ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah

Antara aktiviti menarik bila ke Temerloh ialah 'tengok' gajah di Kuala Gandah. So, aktiviti kami dipagi hari selepas bersarapan dimulakan dengan aktiviti melawat ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, di Kuala Gandah. 

Untuk pengetahuan semua, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan merupakan tempat pemulihan gajah yang memainkan peranan untuk menangkap dan memindahkan gajah dari habitatnya yang diterokai. Ianya sekali gus memelihara dan menempatkan gajah-gajah yang terancam sebelum ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. 




Buat masa ni, tempat ini masih lagi dalam proses pengubahsuaian. Untuk masuk ke sini tidak dikenakan bayaran tiket, tapi hendak lah buat pendaftaran di kaunter pendaftaran. Selepas pendaftaran pengunjung akan diberikan stiker pelekat khas macam gambar ni. 


Antara aktiviti di sini ialah memerhatikan kumpulan anak gajah, menonton tayangan video, memerhatikan gajah mandi serta mendegar penerangan konservasi. Sebelum nak pergi ke tempat ni, dinasihatkan supaya rujuk jadual akitiviti pelawat yang disediakan. So, boleh la manage masa sewaktu di sana nanti.


Sambil memerhatikan anak-anak gajah tu kiteorang juga berkesempatan memberi gajah makan. Makanan gajah boleh dibeli di tempat yang disediakan. Antaranya ialah seperti tebu, pisang dan kacang tanah. 


Selain daripada itu juga, kami juga dapat melihat anak gajah yang disusukan. Comel sangat anak gajah yang minum susu tu. Botol susunya yang besar, sekali minum kena bagi 4 botol baru cukup. 


Suasana dan persekitaran kat sini pun best. Datang sini, boleh menikmati suasana hutan yang dikekalkan dan dipelihara. 


Selain dari melihat gajah serta mendapat pengalaman memberi makan gajah boleh juga mengambil gambar kenangan bersama gajah..:)


Memandangkan kami pergi waktu pagi, so tak dapat nak melihat aktiviti-aktiviti yang lain di waktu petang. Walaupun tak semua aktiviti kat sini kami boleh tengok tapi kami tetap seronok kerana dapat mengenali dan pelajari kehidupan haiwan yang bergelar Gajah..=)  





3 comments:

  1. bile umur da tua ni rasa mcm da bape belasan tahun da x g tgk gajah..hehe

    ReplyDelete
  2. jadual akitiviti pelawat dah tak boleh tengok..sedihnya

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...