Sekarang sudah genap usia Afif, 1 tahun 6 bulan. Dia suka bermain dengan telefon, tab, laptop dan benda-benda yang sekutu dengannya.hehehe...
Bukan tak beli pun alat mainan untuknya, malah alat mainannya dah penuh pun sebakul. Dia hanya akan main mainan dia tu sekejap je, sebaliknya tetap nak main dengan benda-benda yang orang tak kasi ni. huhu...Anak-anak zaman sekarang....Jauh bezanya dengan zaman kita kanak-kanak dulu kan.huhu..
Orang kata tak berapa elok kalau anak-anak selalu bermaian alat maianan atau gadget-gadget yang berskrin ni. Banyak risiko negatif. Hmm..Untuk elakkan dia nangis Ida bagi jugak la dia main sekejap. Mana taknya asyik duk berebut telefon dengan dia je.hehe..
Selain dari meniru aksi orang bercakap dengan telefon, ini pula aksi-aksinya bermain dengan gadget. hehe...
Macam-macam la Afif ni kan..Kadang-kadang terhibur pulak bila tengok gelagat-gelagatnya bermain..=)
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)