Genius aulad


Followers

Wednesday, January 8, 2014

Resepi Tomyam Seafood

Kali ni Ida akan share resepi tomyam lagi. hehe...suka makan tomyam..:) Tapi kali ni tomyam seafood pula yer. Menu tomyam adalah berasal dari negara Thai yang sangat digemari. Lebih-lebih lagi bagi penggemar-penggemar rasa masam dan pedas. 


Selalunya tomyam ni menjadi hidangan favorite di restoran-restoran atau pun kedai makan. Tapi lagi bagus kalau kita masak sendiri dan menikmatinya bersama-sama keluarga. Hmmm...apa lagi, jom la tengok resepi tomyam seafood ni...:)



Bahan-bahan:
  • 7- 8 ekor udang besar/udang galah
  • 4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 1/4 batang lobak merah (dihiris/potong)
  • Segengam bunga kobis (dipotong kecil)
  • Sedikit putik jagung (dihiris serong @ dibelah memanjang)
  • 1 batang saleri (dihiris serong)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 inci lengkuas (dititik)
  • 5 biji cili padi (diketuk)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 biji bawang merah (saiz besar dibelah 4)
  • 1 batang serai (dititik @ dihiris serong)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 3 sudu besar perencah tomyam paste
  • 3 biji limau kasturi (diambil jusnya) @ boleh juga guna air asam jawa
  • Sedikit sos ikan
  •  garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • 1 jug air (+- 1 liter)


Cara-cara:

  1. Didihkan air secukupnya untuk kuah. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali udang, jus limau dan garam, gula serta serbuk perasa. Biar mendidih seketika.
  2. Masukkan udang dan sotong. Tambahkan garam, secukup rasa (maggi) dan gula (jika perlu)
  3. Akhir sekali masukkan tomato dan jus limau kasturi. 
  4. Biarkan seketika sehingga masak dan angkat.


Siap....Tomyam seafood sedia dihidangkan...=)





2 comments:

  1. Assalamualaikum.... Wah, nmpak begitu menyelerakan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam...kan..kan...mmg mnyelerakan..=)

      Delete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...