Genius aulad


Followers

Wednesday, January 29, 2014

Cara Menggalakkan Anak Makan Buah dan Sayur

Sebagaimana yang kita tahu, buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi serat yang tinggi selain dari vitamin dan mineral yang berbeza. Serat amat penting sebagai pelawas untuk mengelakkan sembelit terutamanya kanak-kanak. 

Buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk perkembangan dan pembesaran anak kita.

Walaupun buah-buahan dan sayuran merupakan component yang kecil dalam pemakanan seharian kita, tetapi ia memainkan peranan yang besar dalam mengekalkan kesihatan. Tapi, cabaran anak tidak suka makan buah dan sayur merupakan masalah yang sering dialami oleh ibu bapa. 

Di sini terdapat beberapa cara atau tips yang boleh kita amalkan untuk menggalakkan anak makan buah terutamanya. 




Antara Cara Untuk Menggalakkan Anak Suka Makan Buah dan Sayur:

Tanam Tabiat Suka Makan Buah dan Sayur Sejak Dari Kecil.
Fahamilah, anak kita tidak gemar makan buah dan sayur kerana ianya tidak dilatih 'suka makan' buah dan sayur sejak dari mereka kecil. Dedahkan kepelbagaian rasa buah terhadap anak. Ianya lebih mudah apabila sikap suka makan buah dan sayur sudah menjadi tabiat meraka.

Hidangankan.
Jangan mengharapkan anak kita untuk mengambil sendiri buah untuk makan. Sebaliknya kita hendaklah berusaha menghidangkan buah kepada mereka. Hidangkan dalam sajian utama atau sajian sampingan. Potong dan cuba masukkan dalam bekas kegemarannya atau hidangkan sewaktu mereka sedang menonton tv.

Kreatif.
Jadikan hidangan buah dan sayur lebih menarik serta menyeronokkan. Potong buah menjadi bentuk-bentuk tertentu seperti kiub atau batang mancis. Buah dan sayur juga boleh dikisar dan dicampur ke dalam hidangan yang lain. Hiaskan pinggan makan dengan cantik menggunakan sayur dan buah yang berwarna-warni. 

Pelbagaikan cara masakan.
Anak-anak akan berasa bosan jika hidangan yang sama diberikan. Jadi, cuba pelbagaikan gaya masakan untuk hidangan buah dan sayur. Cuba selang-selikan di antara masakan dan hidangan dengan pelbagai menu yang mudah dan ringkas. 

Libatkan anak dalam penyediaan hidangan.
Libatkan anak bersama semasa membeli dan menyediakan buah dan sayur. Semasa menyediakan hidangan, panggil anak untuk sama-sama menyediakan hidangan. Ceritakan kelazatan dan kesedapan buah dan sayur yang kita sediakan. 

Jadilah contoh untuk anak.
Kanak-kanak memerhatikan apa yang berlaku di hadapannya. Makanlah sayur dan buah bersama anak. Mereka akan makan apa yang kita makan. Pujuk anak makan secara lembut. 

Campurkan Buah dalam Makanan Kegemarannya.
Ambil kesempatan utuk menambahkan buah dan sayur dalam makanan kegemarannya. Buah dan sayur boleh dikisar atau dipotong halus. 


Galakan ibubapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak supaya suka makan buah dan sayur. Cara-cara ini mungkin boleh membantu ibu bapa dalam menggalakkan anak makan buah dan sayur. Selamat mencuba=)






2 comments:

  1. tips kisar tu dah cuba, tak berjaya... dengan ank2 akk kene kreatif hidang dan kena kreatif nak motivate...payah tul

    ReplyDelete
    Replies
    1. sma la..kene byk brsabar dgn kerenah ank ni..=)

      Delete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...