Di Pantai Penarik ni memang terkenal dengan sotong goreng tepung dan ikan goreng tepung selain dari popular dengan keropok lekor yang memang famous kat Terengganu. Nak-nak makan sambil meneguk air kelapa yang segar sambil menikmati angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa tu..hehe..
So, time balik kampung husband bulan lepas, kiteorang sempat ke Pantai Penarik sambil-sambil menikmati sotong goreng di sini. Nama kedai makan tu lupa la pulak. Tapi, husband cakap kat sini memang terkenal dengan sotong gorengnya yang sedap.
Harga sebungkus/sepinggan sotong adalah antara RM10-RM12 bergantung kepada saiz sotong. Hmm...agak mahal sikit kan. Harga ikan pula ialah RM6 seekor.
So, time ni kami decided untuk bungkus sahaja, sebab nak makan kat persisiran Pantai Penarik ala-ala berkelah la kononnya.hehe...
Walaubagaimana pun rasa sotong goreng tepungnya dah kurang sedap berbanding dulu. Hmm...tak mengapa lah..mungkin sotong goreng ni dah sejuk sedikit kot. Pernah dulu sekali dapat merasa sotong goreng yang betul-betul sedap. Tapi itu dah lama la. Sebelum ni, kami makan sotong yang panas-panas, yang baru masak tu...Perrgggh..memang sedap betul.
Best jugak dapat menghirup angin pantai waktu petang-petang ni. Sambil-sambil makan, Afif boleh bermain kat taman permainan yang disediakan.
Seronok tengok dia main..=)
Assalamualaikum... wah nmpak rangup sekali sotong dan ikan goreng tepung nya...
ReplyDeleteW'kslm...klu kene yg betul2 sedap..mmg sgt sdp;p
DeleteThis is great Article
ReplyDeleteThanks for the recipe