Genius aulad


Followers

Friday, July 27, 2012

Cahaya Mata Kebahagiaan

Assalamualaikum w.b.t.

Ini lah cahaya mata saya dan suami, baby boy; Muhamad Afif Khairin, dilahirkan pada 26 Jun 2012 di Hospital An-Nisa' (Pusat Perubatan An-Nisa', Jln Sultan Ibrahim, 15050 Kota Bharu, Kelantan). Setelah 9 bulan lebih mengandung, lahirlah putera sulung kami, seberat 2.6kg. Alhamdulillah sihat dan comel. 


Kelahiran Afif yang awal 5 hari dari tarikh due, betul-betul membuatkan semua ahli keluarga gembira tambah-tambah lagi papa dan mama yang sekian lama menantikan kelahirannya. Kelahirannya secara normal vacum kerana sewaktu kelahirannya terdapat sedikit komplikasi kelahiran, biasalah anak pertama ni, ramai orang kata susah sket untuk melahirkan. 


Sewaktu mengandungkan Afif ni memang banyak cabaran dan dugaan, antaranya sewaktu 3 bulan mengandung saya berhenti kerja kerana alahan serta kesihatan diri saya yang tidak menentu, 5 bulan mengandung saya kene operated appendix (tiba-tiba kene serangan appendix pulak) dan 2, 3 bulan sebelum bersalin makin banyak pula alahan-alahan lain yang membawa sehingga ke saat nak bersalin. 



Tapi saya bersyukur, walaupun banyak dugaan dan halangan sepanjang 9 bulan lebih mengandung ni, saya dikurniakan anugerah tidak ternilai oleh-Nya. Alhamdulillah. Mungkin inilah hadiah yang Tuhan ingin berikan disebalik kesulitan dan kepayahan saya sebelum ini. 


Alhamdulillah, suami saya banyak bekorban menjaga saya dan menemani saya sehingga ke saat kelahiran anak kami. Bersama ibu saya, tangan tak lepas memegang tangan suami sehinggalah terdengar suara tangisan seorang bayi. Sayu hati ini, saya menangis tak tertahan sebak, semua rasa sakit hilang saat saya mendengar azan dari suami untuk anak kami. Saya sudah menjadi seorang ibu sekarang. Inilah pengalaman bersalin yang saya tidak akan lupakan. Syukur pada Mu ya Allah. 











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...