Genius aulad


Followers

Showing posts with label Jalan-jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan Cari Makan. Show all posts

Saturday, January 6, 2018

Pesta Penang 2017: Bercuti ke Penang

This trip was actually on Dec 2017. Kebetulan hujung-hujung tahun macam ni kat Penang ni memang ada pesta yang dipanggil Pesta Penang. Penangan Pesta Penang ni ya Allah...camner nak cakap, korang google la sendiri [pesta penang]. heheh.....


This time dari Perak rumah adik ke Penang juga tengok adik-adik. Berniaga kat sana. Time ni memang dorang semua sibuk denga Pesta Penang ni. Memang heaven bagi dorang sebab time ni semua jualan masyuk wey...ramai sangat orang. Macam kami lah, sanggup datang dari luar negeri ke Penang. Perghhh..=)

Friday, January 5, 2018

Best Ever Holiday! Bercuti ke Lost Wold of Tambun

Baru berkesampatan nak upload photo masa bercuti ke Lost Wold of Tambun. Ya Allah..This is very joyful trip setakat ni, bawa anak-anak. Dorang happy sangat. Pasal tiket masuk dah lupa, korang boleh la google untuk yang up to date info. Tapi serius agak mahal la...rasa hangin jugak kalau tiket mahal-mahal tapi tak best kan..By the way rasa berbaloi la mahal pun sebab memang best you all.. tak rugi pun sebab memang anak-anak enjoy habis..

Mula-mula pilih nak datang sini ada survey jugak, rata-rata semua bagi feedback yang memuaskan. So, that why decide untuk bawa anak bercuti kali ni ke sini. 



Korang kalau nak ke sini baik ceduk info banyak-banyak dulu tau..sebab nanti tak de la macam rusa masuk kampung bila ke sini. Ok, Lost World Of Tambun ni terletak di Ipoh, Perak. Tempat ni sangat luas, dan kalau nak pergi better pergi pagi-pagi lagi tau. Kawasan dia ada theme park, beach, dan zoo. Haa....mana tak menarik kat sini kalau nak bawak anak-anak memang sesuai sangat la. Anak-anak boleh main dan explore sampai penat tau dorang. 

Tuesday, September 8, 2015

Trip ke Cameron Highland Pengalaman yang Menyeronokkan.

24 April 2015 yang lepas kami berpeluang untuk mengikuti trip ke Cameron Highland bersama lebih kurang 30 peserta termasuk teachers dan family. Ida bersama husband dan Afif juga tak lepaskan peluang untuk ke sana. Kami pergi sedikit awal dari tarikh yang dirancangkan iaitu pada 1 Mei 2015, cuti umum labor day. Memandangkan hari tersebut banyak homestay yang fully booked, so terpaksalah kami awalkan tarikh trip tersebut. 

Apa yang paling best apabila kami sememangnya sudah lama merancang untuk pergi bercuti. Pada mulanya, destinasi pilihan adalah untuk ke Pulau Perhentian, tapi terpaksa dibatalkan setelah mendapat banyak request untuk ke Cameron Highland. InsyaAllah, Pulau Perhentian untuk next trip pulak :-).

Seawal jam 8.00 pagi kami berkumpul dan memulakan perjalanan jam 8.30 pagi sebagaimana yang dijadualkan. Perjalanan kami melibatkan 5 buah kereta. Perjalanan dari Kubang Kerian, Kelantan mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk ke sana. Setibanya di Gua Musang lebih kurang jam 11.30 pagi kami berhenti rehat dan makan seketika. Kat sini kami lunch dengan nasi ayam madu. Boleh tahan sedap :-)

Selesai lunch kami meneruskan perjalanan yang masih berbaki lebih kurang 2 jam. Tidak jauh lari dari jadual yang ditetapkan finally kami tiba ke sana kira-kira jam 2.30 ptg. Perasaan melonjak gembira tak sabar untuk ke ladang teh di Tanah Tinggi Cameron Highland. Bukan ladang teh sahaja tempat yang menarik di sini tau. Terdapat banyak lagi tempat-tempat lain yang menarik yang tetdapat di sini. Nak tahu? Jom ikuti tempat-tempat menarik yang sempat kami lawati sepanjang kami di sana.

BOH Plantation.

Selain dari ladang teh Bharat, BOH Plantation juga merupakan tempat yang sering menjadi tarikan pengunjung. Ianya terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. Kami memilih untuk ke BOH Plantation kerana ianya lebih dekat memandangkan kami tiba dari arah Gua Musang. Jalan untuk ke sana agak bersimpang siur sedikit, so kene berhati-hati. Setibanya di sana MasyaAllah.....sejuknya mata memandang kehijauan ladang-ladang teh yang terbentang luas.


Monday, April 13, 2015

Keropok Lekor Losong C.I.K Jerteh, Terengganu...Sodap!!

Terengganu sememangnya sebuah negeri yang tidak asing lagi dengan kerepok lekor. Orang kata keropok lekor 696 kat Terengganu sedap. Tapi masih belum berkesempatan untuk merasanya lagi.huhu...Tapi tidak kurang sedapnya jugak keropok lekor losong C.I.K di Jerteh. 


Boleh dikatakan kami sekeluarga kerap juga berulang alik dari Kelantan ke Terengganu. On the way nak balik Kelantan memang selalu juga kami singgah di medan selera keropok lekor losong ni.

Lokasi keropok lekor losong C.I.K ni terletak di Medan Selera, Keropok Lekor Losong, No. 10, Kg. Gerai Muda, 22200 Jerteh, Terengganu.

Kat sini ada jual keropok lekor losong yang mentah (separa masak), keropok yang siap di goreng dan keropok-keropok segera, keropok keping, serta macam-macam lagi. 


Makan di Restoran Mawar Merah, Wakaf Che Yeh

Restoran Mawar Merah, Wakaf Che Yeh, Kelantan. Restoran ni dah jadi favorite restoran Ida dan suami. 1st time datang sini, husband yang bawak; katanya kat sini makanannya sedap. Hmmmm...pernah datang sini la tu dengan kawan-kawan dia. 


Tapi, memang betul sedap..1st time datang sini dah jatuh hati dengan menu chicken chop nyer.. Kebetulan, Ida memang penggemar chicken chop. Chicken chop kat ni ada yang biasa dan special. 

Bezanya yang special ni ada hot dog dan apa lagi entah.. Tapi yang regular (biasa) ni pun dah kenyang, tak habis makan..huhu..Kalau tak salah hanya RM8/set (biasa) dan RM11/set (special). 


Kat sini boleh dikatakan makanannya sedap, tempat selasa, dan harga berpatutan..(thumb up!!)..hehe..caya la, bukan senang Ida nak bagi pujian macam ni tau kalau bukan yang betul-betul..

Friday, April 10, 2015

Su Warung Nasi Kerabu, Batu 11 (Ketereh) Kelantan, Memang Terbaik!!

Sekian lama tinggal merantau di negeri orang, Alhamdulillah Ida sekeluarga sudah pun menetap di negeri kelahiran sendiri iaitu negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan). So, kali ni Ida akan menjelajah ke tempat-tempat makan yang best di Kelantan pulak. 

Agak teruja sebenarnya, memandangkan banyak tempat-tempat makan yang menarik di Kelantan masih belum 'diterokai'. 


Berbalik kepada menu sarapan pagi pada hari Jumaat yang lepas, iaitu nasi kerabu. Nasi kerabu terdapat dalam pelbagai jenis termasuklah nasi kerabu biru, nasi kerabu tumis, dan nasi kerabu kuning. Wow! Sememangnya nasi kerabu adalah menu favorite Ida dan suami sejak dari dulu lagi. 


Tuesday, November 18, 2014

Singgah Rehat: Hentian Bukit Titiwangsa

Kagum melihat keindahan di atas Hentian Bukit Titiwangsa ni. Di sini terdapat sebuah R & R yang terletak di tengah-tengah Lebuh Raya Timur Barat. Kami berhenti rehat di sini setelah hampir beberapa jam perjalanan melalui Gerik dari Kelantan ke Perak. 


Perasaan teruja bercampur tak sabar untuk turun dari kereta untuk menghirup udara yang sejuk dan nyaman di atas puncak tertinggi Bukit Titiwangsa ni.

Tuesday, November 11, 2014

Singgah Makan: Mee Ketam, Warung Pak Su, Juru, Pulau Pinang

Now, part untuk berhenti makan-makan! Ianya seolah-olah sebagai reward kepada kami setelah penat bercuti dan jalan-jalan di Penang ni. Ini merupakan kali kedua kami singgah makan di Warung Pak Su, Juru. 

Kat mana warung ni?? Lokasi Warung Pak Su ialah di 385, MK12, Bagan Nyir Juru, SPT, 14000 Bukit Mertajam, Penang.  Tak susah pun nak cari, google je terus boleh dapat. Walaubagaimanapun, nasib la husband masih ingat lagi jalan untuk ke sini. 

Kalau sebelum ni tak berkesempatan untuk merasai mee ketam kerana habis, kali ni kami ke sini lagi untuk mencubanya. Alhamdulillah rezeki kami nak makan mee ketam kali ni ada. 


Harga sepinggan mee ketam ni kalau tak salah RM15-RM18 sepinggan bergantung pada saiz ketam yang dimasak. Kata husband, memang sekarang harga mee ketam dah mahal sket berbanding dahulu. Tak mengapa lah, kami pun jarang-jarang datang, mahal pun nak buat camner..pejam mata aje la..:)

Kalau nak datang sini kene prepare masa betul-betul, sebab kalau datang lewat nanti masakan ketam habis. Waktu operasi Warung Pak Su ni adalah dibuka pada setiap hari kecuali hari Khamis bermula jam 12:00 tengah hari sehingga 10:30 malam. 

Rasa ketam yang dimasak betul-betul sedap. Isi ketam manis dan segar. Husband Ida pulak laju je habiskan sepinggan. Sedap katanya..:P

Monday, November 10, 2014

Berkunjung ke Made in Penang Musuem Art, Pulau Pinang

Bercuti dan jalan-jalan belah utara masih lagi berbaki, dari Kedah terus menghala ke Penang. Selepas kami ronda-ronda naik Jambatan Pulau Pinang Kedua, kami langsung ke sebuah muzium yang baru sahaja ditubuhkan di Penang. Ini lah muzium yang semakin mendapat tempat di kalangan pengunjung dan peloncong ke Penang. 

Lokasi

"Made In Penang Intractive Museum (MIPIM)" adalah sebuah galeri yang mempunyai seni senario 3D popular di Penang. Galeri ini memperkenalkan sejarah Pulau Pinang, seni, dan kemanusiaan ke dalam sebuah cara yang menyeronokkan dan interaktif termasuklah seni lukisan dan multimedia.

Mula-mula nak cari muzium ni susah jugak, sebab tak pernah sampai lagi sebelum ni. Dalam fikiran kami muzium ni besar dan mudah di cari, tapi susah jugak nak sampai sini memandangkan muzium ni kecil sahaja. Ianya terletak di deratan lot-lot kedai di sebuah bangunan di Jalan Pengkalan Weld. Lokasi Made in Penang Interactive Museum ialah di No. 3, Pengkalan Weld, 10300 George Town, Penang. 


Setelah jumpa mencari lokasi muzium ni, kami terus pusing-pusing lagi nak mencari parking. Haduish.....rupanya parking awam ada disediakan tidak jauh di sebarang jalan, agak jauh sedikit dari muzium ni. So, kena berjalan la sket, tak jauh mana pun dekat je. Untuk bayaran parking kat sini dah lupa la pulak..tapi rasanya murah sahaja. 

Tiket dan Waktu Operasi

Pintu masuk menghala ke muzium ini dibina seakan-akan sebuah lorong yang kiri dan kanannya terdapat lukisan-lukisan dan pameran-pameran 3D yang serba ringkas. Kami masuk terus menuju ke kaunter jualan tiket. 



Wednesday, November 5, 2014

Jalan-jalan ke Penang Naik Jambatan Kedua Pulau Pinang

Dah lama dah orang duk heboh-heboh pasal jambatan baru kat Penang ni, Ida dan family pulak baru je pergi menjejakkan kaki untuk melihat sendiri Jambatan kedua Pulau Pinang ni. Tak pe la, at least sampai jugak kan. Maklum la kami pun bukannya orang Penang sebab tu lewat sikit sampai..;p 


So, trip percutian kami kalinya bukan hanya ke Kedah sahaja, tapi dari Kedah membawa ke Penang pulak. Alang-alang dah dekat kami jalan-jalan ke Penang sekali. Tempat en. suami belajar dulu-dulu, katanya dah expert datang sini. Ida pula, ini merupakan kali kedua, sebelum ni mai sini bercuti ke Pulau Pinang tapi, jambatan ni belum siap lagi. 


Namun masih belum terlewat lagi, kerana jambatan ini masih baru lagi dirasmikan olah Perdana Menteri kita, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Mac 2014. Haa...baru lagi kan.

Monday, November 3, 2014

Singgah ke Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah

Kalau sebelum ini Ida ada ceritakan mengenai berkunjung ke Menara Alor Setar, sekarang mengenai Pekan Rabu pula. Mana taknya pada hari yang sama kami naik menara Alor Setar, kami sempat singgah sebentar ke Pekan Rabu. 


Kalau nak tahu, Pekan Rabu ini juga merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan pelancong ke Kedah. 


Wednesday, October 15, 2014

Dinner di Restoran Anna Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan

Sebelum ni Ida dan family sudah ke Kuantan untuk bercuti, namun lebih kurang seminggu kemudian kami ke Kuantan lagi atas urusan kerja suami. Bertolak dari rumah mertua di Terengganu, kami terpaksa bermalam di Kuantan sementara menunggu urusan kerja suami selesai sebelum menuruskan perjalanan balik semula ke Kuala Lumpur. 


Penat kian terasa dari hari membawa ke minggu kami asyik travel sahaja. Tapi, orang kata menyelam sambil minum air, sambil-sambil tu boleh la bercuti. Boleh kenal tempat baru dan boleh mencuba makanan yang popular di sesuatu tempat . 


Tuesday, October 14, 2014

Bercuti dan Beriadah: Tarikan Persisiran Pantai di Kuantan, Pahang

Gembiranya rasa takkala mendapat berita daripada suami untuk ke Kuantan, Pahang. Mana taknya, fikiran terus melurus untuk berjumpa dengan 2 orang kawan baik Ida di sana. Nanti boleh la keluar jalan-jalan bersama. 

Walaupun suami ke sana atas urusan kerja, namun hasrat untuk ke sana tetap untuk bercuti sambil berjalan-jalan di sekitar Kuantan. Kalau sebelum ini, kami bercuti dan dibawa berjalan-jalan di sekitar Temerloh, sekarang kami nak jalan-jalan di sekitar Kuantan pula. 

Wajah Afif yang girang seronok dapat jalan-jalan...:)

Dari pagi kami bertolak dari Kuala Lumpur sehingga lah tiba di sana lebih kurang waktu tengah hari. Selesai lunch bersama dengan rakan-rakan, kami berbincang untuk meneruskan 'misi' untuk jalan-jalan waktu petang pada hari tersebut. So, kami decided untuk menjelajah pantai-pantai di Kuantan sambil beriadah dan menghirup angin pantai pada waktu petang.

Bunyinya macam seronok je kan!! Sebenarnya dah lama tak pergi pantai. Antara pantai-pantai yang sempat kami terokai ialah Teluk Chempedak, Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam (Black Stone Beach).

Sunday, October 12, 2014

Tempat Makan Best di Gombak: Medan Selera Taman Sri Gombak

Siapa penggemar-penggemar nasi campur gulai kawah?? Angkat tangan!!! Haa....Salah seorang yang angkat tangan tu ialah husband Ida. Mana taknya dia memang suka sangat nasi putih dengan gulai kawah. 

Peluang untuk merasa gulai kawah ni bukan selalu tau, time-time kenduri je. Tapi sekarang dah banyak gerai-gerai makan yang menjual dan menyajikan nasi dengan gulai kawah ni. Selalunya gerai-gerai atau kedai-kedai makan yang besar-besar. 


So, kalau ke Gombak, jangan lupa untuk singgah makan di Medan Selera, Taman Sri Gombak. Alamatnya di Jalan Makmur, Kawasan Industri Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor. Sudah banyak kali kami ke sini, dah lupa plak kali ini yang ke berapa..huhu... 


Tempat ni famous sangat, nak cari guna google maps pun senang. Pada waktu tengahari boleh la ke sini untuk lunch. Terdapat pelbagai hidangan nasi campur di samping gulai kawah itu sendiri, serta lauk pauk lain seperti ikan bakar, percik ikan, kerabu, ulam-ulaman beserta pelengkap hidangan seperti tempoyak, budu, sambal belacan, dan juga cencalok. 


Tuesday, May 20, 2014

Cerita Makan: Hayaki Kopitiam, Danau Kota

Cerita makan! Nak rasa makanan Kelantan? Haa..Rupanya kat Hayaki Kopitiam ni banyak menyediakan menu atau hidangan dari Kelantan. Hayaki...bunyinya macam restoran makanan Korea je. Bila 1st time dengar sebelum ni, Ida pun fikir ini restoran ala-ala Korea/Jepun..tapi, sebenarnya bukan..hehe...


Bagi penjejak kedai makan dan penggemar menu-menu dari Kelantan boleh la ke sini untuk menikmati hidangan seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi kukus dan beberapa menu-menu sampingan yang lain seperti western food dan sebagainya. 


Saturday, April 12, 2014

Makan Malam di Jees D' Village Seafood & Western Food

"Malam ni kita makan kat luar yer..so, tak payah masak", kata husband Ida. Okey!! Tapi kali ni nak makan kat mana pulak yer..???? Ini la yang problem yang selalu dialami bila nak makan kat luar iaitu tak tahu nak makan kat mana! Huhuhu.. 

Sebenarnya dah boring makan di tempat yang sama. So, jarang-jarang sekali makan kat luar ni nak la rasa kelainannya. Kami selalu jugak pergi jauh-jauh semata-mata untuk makan. Tapi untuk makan malam ni, tak larat nak pergi jauh-jauh. Nak cari-cari tempat makan sekitar rumah je. 

Foto: Google

Thursday, February 27, 2014

Bercuti ke Bandung, Indonesia: Tempat Percutian dan Membeli Belah Menarik

Ini adalah pengalaman Ida sekeluarga bercuti di Bandung, Indonesia selama 4 hari, 3 malam (14 Feb 2014-17 Feb 2014). Penat travel masih lagi terasa, namum begitu pengalaman bercuti ke Bandung yang terletak Jawa Barat, Indonesia meninggalkan seribu kenangan manis buat kami.

Percutian kali ini adalah mengikuti satu rombongan bersama kawan Ida dari Kuantan dan juga beberapa orang kawan husband. Halangan semasa bercuti di sana ialah kesihatan husband yang tidak begitu baik kerana demam. Namun, aktiviti bercuti kami tetap diteruskan kerana semua sudah diaturkan oleh penyelia rombongan.  

Faktor utama yang menjadikan Bandung sebagai lokasi pilihan di kalangan pelancong terutamanya pelancong dari Malaysia sudah tentulah kerana pusat membeli belahnya yang menawarkan harga yang murah di samping dapat bercuti sambil menikmati tempat-tempat peranginan di sana. 

Airport

Semua peserta rombongan adalah seramai 15 orang. Setelah perancangan rapi telah dibuat sebelum ni, kami ke sana menaiki penerbangan Air Asia ke Jakarta di Kuala Lumpur LCCT. 

Sunday, January 26, 2014

Gambar Kenduri Firdaus dan Fatin

Dah lama nak update gambar ni untuk pengantin F & F (Firdaus dan Fatin). Tapi asyik terbengkalai je kat draf tu. Sebab tak de masa nak update.hehe....Tak pe la, anyway..Tahniah untuk pengantin, semoga bahagia hendaknya. 

Firdaus dan Fatin, kedua-duanya ofismate husband. Kami sempat pergi ke kenduri mereka di Perak tempoh hari.  Meriah sungguh kenduri mereka.

Saturday, January 25, 2014

Bercuti ke Bukit Tinggi (Berjaya Hills) : Tempat Menarik dan Aktiviti

Masih belum habis lagi trip percutian kami kali ni. Sejurus sahaja kami dari Temerloh, kami ke Bukit Tinggi, Pahang yang tidak beberapa jauh dari KL ni. Selain dapat menikmati udaranya yang sejuk dan nyaman boleh juga menikmati keindahan tempat peranginan yang sering mendapat tempat di kalangan pelancong serta penduduk setempat. 


Friday, January 24, 2014

Makan Bersama di Domino's Pizza, Temerloh

Domino's Pizza di Temerloh baru sahaja beroperasi. So, kiteorang decided untuk ke sini memandangkan Ida dan husband pun belum pernah merasa Domino's Pizza. Nampaknya ramai orang yang sedang beratur dan tidak kurang juga yang sedang menunggu di meja masing-masing. Meja pun kebanyakan sudah penuh. "Baru buka, mesti ramai yang tak sabar nak merasa Domino's Pizza kat sini", kata kawan Ida.


1st time makan kat Domino's Pizza. Bab-bab menu kat sini Ida memang failed. Sebelum ni pernah ke Pizza Hut je. Itu pun, sebab kat Pizza Hut complete service, main tunjuk-tunjuk je. Kat Domino's Pizza ni berbeza sikit sebab kat sini self service macam kat McD or KFC jugak. Order makanan kat kaunter, tunggu siap, pergi pick up order dan duduk makan di mana-mana tempat yang kosong.  Nasib la kawan Ida dah biasa, so dorang yang uruskan semua.hehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...