Followers

Monday, April 13, 2015

Keropok Lekor Losong C.I.K Jerteh, Terengganu...Sodap!!

Terengganu sememangnya sebuah negeri yang tidak asing lagi dengan kerepok lekor. Orang kata keropok lekor 696 kat Terengganu sedap. Tapi masih belum berkesempatan untuk merasanya lagi.huhu...Tapi tidak kurang sedapnya jugak keropok lekor losong C.I.K di Jerteh. 


Boleh dikatakan kami sekeluarga kerap juga berulang alik dari Kelantan ke Terengganu. On the way nak balik Kelantan memang selalu juga kami singgah di medan selera keropok lekor losong ni.

Lokasi keropok lekor losong C.I.K ni terletak di Medan Selera, Keropok Lekor Losong, No. 10, Kg. Gerai Muda, 22200 Jerteh, Terengganu.

Kat sini ada jual keropok lekor losong yang mentah (separa masak), keropok yang siap di goreng dan keropok-keropok segera, keropok keping, serta macam-macam lagi. 



Yang paling Ida suka ialah keropok lekor losong yang siap di goreng panas-panas ni. Sebelum digoreng keropok ni macam di uli-uli dalam sejenis tepung dulu, sebelum digoreng. Rasanya rangup dibahagian luarnya..sedap..Tak sama macam yang kita balik goreng di rumah.hehe..


Beli keropok ni boleh la dijadikan buah tangan untuk mak dan saudara mara bila balik ke Kelantan.


Balik Kelantan bau budu, pergi Terengganu bau ikang..hehe..Sedap keropok lekor losong kat sini penuh dengan rasa ikan..;D

2 comments:

  1. selamat malamm :) syira jenjalannn sini sementara cuti midsem..hehee

    ReplyDelete
  2. Wahhh!!! febret! febret ni....1st try time studi dulu...mule2 jual mhal xnak makan sekali da rasa...hamekkkk! makan x benti...hihi

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...