Genius aulad


Followers

Friday, April 10, 2015

Su Warung Nasi Kerabu, Batu 11 (Ketereh) Kelantan, Memang Terbaik!!

Sekian lama tinggal merantau di negeri orang, Alhamdulillah Ida sekeluarga sudah pun menetap di negeri kelahiran sendiri iaitu negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan). So, kali ni Ida akan menjelajah ke tempat-tempat makan yang best di Kelantan pulak. 

Agak teruja sebenarnya, memandangkan banyak tempat-tempat makan yang menarik di Kelantan masih belum 'diterokai'. 


Berbalik kepada menu sarapan pagi pada hari Jumaat yang lepas, iaitu nasi kerabu. Nasi kerabu terdapat dalam pelbagai jenis termasuklah nasi kerabu biru, nasi kerabu tumis, dan nasi kerabu kuning. Wow! Sememangnya nasi kerabu adalah menu favorite Ida dan suami sejak dari dulu lagi. 



Memandangkan hari Jumaat adalah hari cuti umum di negeri ini, kami sepakat untuk bersarapan pagi di Su Warung Nasi Kerabu yang terletak tidak beberapa jauh dari rumah kami. Adik-adik Ida pun turut bersama untuk bersarapan di sini. Walaupun dekat dengan rumah, namum ini merupakan kali pertama kami ke sini untuk menikmati nasi kerabu di sini. (Maklum la sebelum ni jadi anak perantauan).


Si tenit (Afif) ni pun berselera menikmati hidangan nasi kerabu kat sini...:)


Lokasi Su Warung Nasi Kerabu adalah terletak di Batu 11 (Ketereh), lebih kurang 2 km dari pekan Ketereh, terletak di sebelah kiri jalan (dari Pekan Ketereh), berhadapan Surau Kampung Chengal Batu 11. Di kawasan ini sememangnya terkenal sebagai 'perkampungan nasi kerabu' kerana sepanjang deretan jalan sekitarnya banyak lagi terdapat warung-warung nasi kerabu yang lain. 


Haa...bagi penggemar-penggemar nasi kerabu rugi kalau tak ke sini kerana nasi kerabu tumis di sini kerana memang sedap sebagaimana yang di gembar-gemburkan oleh pengunjung-pengujungnya yang sering ke sini samada di Kelantan mahupun dari luar Kelantan. 


Sedikit sebanyak info mengenai Su Warung Nasi Kerabu. Warung ini diasaskan oleh Puan Wan Rahmah bt Wan Daud atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Su sejak dari dulu lagi. Restoran ini telah beroperasi sejak lebih kurang 15 tahun lalu. Warung ini turut dibantu tadbir oleh anak lelakinya En. Shahrul Naim.

Su Warung Nasi Kerabu memulakan operasinya pada setiap hari bermula jam 7:00 pagi sehingga 3:00 petang. Nasi kerabu tumis yang sememangnya sesuai sebagai hidangan sarapan pagi dan juga makan tengah hari di sini sering mendapat tumpuan pelanggan terutamanya pada hujung minggu. 


Nasinya adalah nasi bewarna putih bersama kerabu serta sambal serta pelbagai lauk pilihan yang lain. Harga sepinggan nasi kerabu tumis di sini adalah boleh dikatakan berpatutan iaitu bermula dari RM3.00/sepinggan sehinggalah RM6.00/sepinggan untuk lauk-lauk pilihan seperti daging bakar + ayam bakar + solod lada + keropok + telur masin + jeruk bawang dan lain-lain. 


Bagi yang ingin menukar selera untuk menikmati hidangan nasi berlauk, warung Kak Su juga ada menyediakan nasi berlauk ikan aya/ikan tongkol dan gulai ayam sebagai menu pilihan lain untuk pelanggan. 

Cukup membanggakan kerana warung ini berjaya mendapat sambutan yang meluas di kalangan penggemar-penggemar nasi kerabu. Bukan itu sahaja, Warung Kak Su juga telah mendapat liputan dari akhbar utusan bertarikh 11 Januari 2014; "Kelainan Su Warong Nasi Kerabu". Ha! Sudah tidak dinafikan lagi, nasi kerabu kat sini memang sedap.


Alhamdulillah memang sedap, insyaAllah ini bukan kali pertama dan terakhir bagi kami ke sini, selepas ini akan menyusul pulak kali ke dua dan ke tiga dan seterusnya..insyaAllah...;P




1 comment:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...